Monday, February 21, 2011

Hati rasa kecil sangat...

Kata dia aku ni kawan dia. Kawan yang agak rapat juga. Bagi aku, dia pun kawan aku. Kawan yang aku percaya. Aku juga dah buktikan yang aku percaya pada dia. Aku yakin dia tak lupa segala bentuk pertolongan dan tolak ansur antara aku dengan dia selama kami berkawan. Banyak cerita ‘dalam kain’ yang saling dikongsi, itu semua atas dasar kepercayaan seorang kawan kepada seorang kawan.

Hari ni, aku dapat tahu sesuatu mengenai dia. Pada aku, sesuatu yang aku tahu tu adalah satu perkara yang besar. Satu perkara yang perlu difikir panjang sebelum membuat keputusan untuk melakukan perkara tu. Aku bukanlah ingin dia jadikan aku sebagai tempat rujukan, semua perkara yang dia nak buat harus diberitahu kepada aku dahulu. Bukan itu pun yang aku mahu. Cuma, bila aku tahu perkara tu dari seorang kawan lain, hati aku rasa kecil sangat. Kenapa kawan yang lain tu boleh tahu tentang perkara tu sedangkan aku langsung tak tahu menahu. 

Entahlah. Mungkin aku bukan lagi kawan yang boleh dia percaya agaknya. Justeru, aku tidak diberitahu tentang perkara sebesar itu. 

Hari ni sebelum mengetahui tentang perkara itu, aku berkira-kira nak menelefon dia untuk bercakap tentang satu hal. Hal yang aku sendiri masih tak pasti, yang aku sendiri masih belum membuat apa-apa keputusan pun. Aku kononnya nak berkongsi hal yang bermain difikiran aku tu dengan dia. Bila aku dapat tahu dia menyembunyikan suatu perkara sebesar tu tentang dia daripada aku, sedangkan aku pulak ingin berkongsi satu hal yang belum pasti dengan dia, aku rasa malu dengan diri sendiri. 

Biarlah. Sekurang-kurangnya sekarang aku tahu sudah ada border antara kami berdua.

5 comments:

Juli.Zakaria said...

tak paham macamana sesetengah org clasify as their bestfren, adakah bila refering to someone waktu susah only is considered bestfren atopon simply berciter hal sedih pada sapa2 yg good listener sajer aslkan lepas beban kat hati..

Achiq said...

Emo aje entry leni.. rilex2.. chill ok!

MammaSun said...

besfren...kena saling declare lah kot, kalo assume sorang2 ja, takut yg sorang lg tak anggap mcm kita rasa pun....
besfren....adalah bila semua benda rasa nak buat dengan dia...
besfren....adalah bila ada sesuatu yg buruk mcm salah faham ke, membuatkan hidup jd tak keruan....rasa nak minta maaf/bersalah etc...
rindu bestfren saya dolu2....tp lama2 lost contact mcm tu jek...

MammaSun said...

eh, rasa nak bebel lagi...
kak yan yg comel,
saya nak share satu perkara...
saya pun penah kena mcm kak yan...sebabnya, bila lepas saya kawin, besfren yg selama ni share suka duka ngan saya dah jd mcm segan nak kongsi2...sebab dia rasa, bila saya dah ada partner, so dah ada border...mungkin salah saya jugak, sbb dah terkurang luangkan masa dengan besfren....wallahu'alam.

mummy_icha said...

rasanya, tak perlu kecil hati lebih2 kat dia. perasaan manusia ni sentiasa berubah terhadap org lain. samalah mcm tanggapan dan anggapannya. kalau suatu masa dia menganggap kita sahabat sejati, mungkin selepas suatu masa itu berlalu, kita dah dianggap org lain. ini fitrah. manusia akan terus mencari yg lebih baik drpd apa yg ada sekarang. chill out and relax ek..

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com