Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Rawan Sekeping Hati

Pemergian insan terdekat kebelakangan ini sungguh membuat hati ini benar2 rendah. Jiwa juga kurang keruan jadinya. Terasa diri sungguh kerdil, terasa perjalanan hidup yang sudah tidak panjang ini tiada terisi. Usia sudah menjangkau 30-an, persiapan ke alam kekal masih dikategorikan tiada..malu nak mengaku ada, sungguh kalau ada pun tidak seberapa.

Semoga amalan dan pengisian hidupku yang baru selepas nisfu Syaaban semalam adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga aku dan suami diberikan hidayah dan dilapangkan peluang untuk lebih mendekatkan diri pada Pencipta yg Esa.

dihamparan kain yang lusuh
jiwa tertunduk dan bersimpuh
memohon ampun dari yang maha pengampun
atas segala dosa-dosa
yang mencemari raga yang semakin renta
 
kami……
hanyalah setitik debu yang hina
yang rapuh dan tak lupa
dari hilaf serta dosa
tersadar didalam gelisah
setelah begitu jauh melangkah
setelah terlalu lama terlena
akan kenikmatan nafsu dunia fatamorgana
mungkinkah kan mengelupas dari tubuh
kotoran-kotoran
yang telah mendarah daging menjadi satu
 
kami tahu…..
tubuh yang telah terbalut dosa
takkan bisa disucikan
walau degan seluas samodra
Ya…Allah

apapun kehendakmu kami ihklas
biarkan air mata ini menetes
bukan karena air mata derita
biarkan air mata ini mengalir
karena air mata bahagia
disisa-sisa ahkir nafas
berilah yang terbaek
kami yakin ENGKAU MAHA segalanya
kan terima taubat kami
sebelum nyawa terlepas dari raga

From: “TRI ULAN” (http://www.bangfad.com/sastra/tag/puisi-islami)

Saturday, May 14, 2011

I who have nothing

suka giler ngan suara dan nyanyian haley reinhart neh....power beb!!! cant get enough of it!! caya lah...



Wednesday, May 04, 2011

Buat baik dibalas baik..

Seronok tak terkata bila company sedang meng-implement flexible working hours, walaupun hanya untuk trial mode sahaja wat masa skrg. Masa kedatangan adalah dari 7.00am hingga 9.00am, masa pulang pula adalah dari 4.00pm hingga 9.00pm. Aku tade kesulitan apa-apa sebelah pagi, bangun pagi je boleh terus siap-siap ke tempat kerja..so aku decided to masuk ofis seawal 7.00 pagi, membolehkan aku pulang dari ofis seawall 4.00 petang, hehehe…HEAVEN!! Tapi tade lah tepat-tepat pukul 7 aku sampai ofis, terbabas je ke pukul 7.10, 7.15, 7.30..tak kisah lah, janji aku boleh balik sebelum pukul 5 petang. Seronok tau balik awal ni…hehe.

Pagi-pagi lagi tadi aku call mak. Aku mmg sangat selalu call mak aku, boleh dikatakan setiap hari aku call mak aku. Kadang-kadang takde nak sembang apa pun, tapi kalau dengan mak, tak perlu bimbang kalau takde topic nak sembang, for sure mak sentiasa ada je benda yang nak dia cakapkan, hehe. Macam sekejap tadi, topiknya adalah ayah aku. Sejak pemergian wan, ayah belum miss jenguk pusara wan setiap pagi. Bacakan surah yassin, sedekahkan Al Fatihah, tanamkan pokok-pokok. Sejuk hati mak tengok ayah macam tu. Mak cakap ngan aku tadi, “bertuah la seorang ibu dapat anak mcm ayah tu”. Aku akui kata-kata mak. Aku masih ingat satu insiden di kampong, sewaktu wan masih sihat dan tinggal dirumahnya, ayah menangis-nangis memohon maaf dari wan macam anak kecil, hilang segannya pada isteri dan anak-anak walaupun silapnya bukan lah besar mana pun namun ayah tetap bersungguh-sungguh memohon maaf dari wan kerana bimbang silap yang kecil itu boleh mengguris hati seorang ibu.

Orang kata, kalau kite bersikap baik pada ibu bapa kita, InsyaAllah anak-anak kita nanti pun akan melayan kita dengan baik. Apa yang aku nampak, anak-anak mak dan ayah aku takde yang degil keterlaluan, kalau langsung tak degil dan sentiasa mendengar kata tu pun tidak lah…manusia dan salah silap tu kan sentiasa ada. Aku harap aku dan adik beradik yang lain boleh mengikut teladan baik ayah..semoga kami pun boleh terus melayan mak ayah kami sebaik mungkin sehingga akhir usia mereka. Kalaulah ada rezeki aku menimang zuriat (aminnn), aku mohon zuriat aku nanti pun akan hormat dan patuh pada ibu bapa nya, insyaAllahh!!


Monday, May 02, 2011

Hargailah semasa ada...

Tanggal 29.04.2011 (Jumaat), selepas masuknya waktu Asar..Wan (gantinama nenek yg dipanggil cucu-cucu arwah) telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Wan menghembuskan nafas terakhirnya bersama anak sulung beliau (Che We) dan emak ku berada rapat disisinya. Abang, aku dan sepupu ku suami isteri juga ada di rumah Che We tapi kami tiada di sisi wan saat-saat terakhir wan pergi. Ayah ku pula telah ke masjid untuk solat asar.

Wan dah lama uzur, maklum lah dah tua. Namun, keuzuran melampau tahap tidak dapat megurus diri sendiri adalah sejak Aidil Adha tahun lepas. Sejak itu ayah setiap hari pagi dan petang akan pergi ke rumah Che We dan uruskan wan. Aku pernah ceritakan pasal ni di sini

Pada hari wan meninggalkan kami semua, aku nampak ayah sangat cekal hati dan tabah. Aku tahu ayah dah lakukan yang terbaik buat ibu nya. Ayah tak abaikan wan. Ayah anak yang baik. Berbeza semasa arwah Ayah Chik (adik ayah) meninggal dunia beberapa tahun lepas, ayah nampak fragile..tp kali ini ayah betul-betul nampak redha dengan pemergian ibu nya. Untung anak-anak wan kerana wan pergi secara perlahan-lahan, tidak mengejut.

Ini pengalaman pertama aku bersama-sama membantu uruskan jenazah. Satu pengalaman yang sangat menginsafkan. Satu pengalaman yang sangat menguji keimanan dan kecekalan hati. Di saat kite bersedih, air mata ingin mencurah laju, namun terpaksa ditahan atas alasan menghormati jenazah dan tidak mahu menyakitinya. Mengangis hanya dalam hati, sakit di dada menahan tangis hanya Allah yang tahu...

Semasa membantu mandikan jenazah, aku sedar yang sekujur jasad wan bersih dan cantik..kuning berseri, mata pulak tertutup serapatnya.

Kini, wan tiada lagi. Pengganti juga tidak boleh di cari. Wan hanya satu-satunya. Semoga roh wan tenteram di sana, semoga roh wan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al Fatihah.


Monday, February 07, 2011

Yang penting niat...

Sebelum berhujah pangjang lebar pasal "yang penting niat" ni, aku nak bgtau ni...pagi tadi aku betul2 lafazkan kata2 "aku sayang keja aku" sebelum langkah keluar rumah utk pegi keja. Hasilnya...Alhamdulillah...banyak juga lah keja boleh settle walaupun masih dalam holiday mood, hehehe. Aku rasa mujarab jugaklah kata2 cinta tu, boleh lah praktikkan lg pasni. hehe..

Ok, selesai mukaddimah. Ni nak masuk pasal tajuk utamanya yer. Apa ada di sebalik "yang penting niat" ni ek? Aku kat sini takde nak citer pasal orang lain. Citer di sini adalah berkaitan aku, dia dan kehidupan, ececeyyy. Kisahnya, petang td aku tengok siaran ulangan awan dania, terus sambung ke episod terbaru awan dania tu sekejap td. Aku ni bukanlah follow sangat citer ni, tp setiap siri awan dania ni takdelah aku tak tengok langsung. kiranya walaupun aku tak follow every episode, tapi tak ketinggalan lah on jalan ceritanya.

Aku boleh katakan yang aku terharu la ngan perasaan cinta si benjy tu pada dania. Mungkin hormon jugak mempengaruhi emosi aku skrg ni...entahla, tapi seriously mmg susah la nak jumpa lelaki mcm tu kot zaman sekarang ni. Aku terlebih2 terharu masa scene padlock tadi. Aku terdengar laki aku bercakap2 sendiri, sayup2 je aku dengar, lebih kurang mcm ni la monolog dia tadi "kite pun nak buat macam tu kat bini kite, tapi kite tak pandai lah...rasa macam bukan kite kalau kite buat macam tu"

weyyy...aku terharu giler la dengar ucapan ikhlas laki aku tu. Dia tak maksudkan untuk aku dengar pun...dia bercakap sorang2 diri dia je. Aku akui laki aku mmg tak romantik, typical malay man. Namun aku tak kecewa pun bila laki aku tu bukan jenis lelaki yang romantik. Kehidupan kami masih bahagia dan mengikut cara kami sendiri walaupun kurang scene2 romantik berlaku..hahaha. 

Apapun, aku dah cukup tersentuh ngan kata2 laki aku tadi. Bagi aku, takpelah kalau laki aku malu2 meow nak berlaku romantik, cukuplah keihklasan dia tadi yang dapat aku dengar sendiri. Itu lah yang aku katakan "yang penting niat"...hehe

Buat suamiku - aku bangga kite menjalani hidup seperti pasangan dulu2 yang malu nak tonjolkan kasih sayang tapi sebenarnya sangat kuat perasaan kasih, sayang dan cinta itu terhadap pasangan masing2. tak perlu kite segan dengan cara kite kerana hanya kite yang mengetahui perasaan kite satu sama lain. 


p/s - saya sayang suami saya. :)

Monday, January 31, 2011

ceritera langkawi

Dah few days balik dari Langkawi baru nak bercerita kat sini. Sorang kawan tu siap dah masuk 2 entry pasal Langkawi ni, bagus betul, hehe. Aku ni kalau nak mengarang nak kena ada mood. Masalahnya itu mood bukan selalu datang...time mood menerjah, aku lak tade kesempatan nak jenguk blog ni. Time aku ngadap laptop..mood pulak tade mari, haihhh. Baikkk punya  alasan kan? hehehe...

Takper lah, citer lama ke baru ke panas2 ke dah basi ke, yg penting aku bercerita kat sini tujuannya utk rekod aku sendiri. Konon mcm open diary lah..dulu2 tulis diary dalam buku time malam2 nak tido, pastu selit bawah bantal, hehe. Sekarang zaman dah moden...tak perlu tulis2 dalam buku lagik dah..blog terusss!! hehe...

Oklah, balik pasal Langkawi Trip aku last week. Aku bertolak ke Langkawi pada 24th January 2011, jam 10.30am dari airport Kuantan, menyinggah di KLIA sementara tunggu flight ke Langkawi pukul 2.15pm.
Muka excited laki bini di KLIA, hehe
Ni lah laki aku..Redzuan namanya, hehe
 Touch down di Langkawi lebih kurang pukul 3.30pm. Satu kelainan yg terdapat di airport Langkawi adalah tentang taxi counter vs car rental counter. Biasanya airport ada banyak taxi counter, tapi di langkawi counter yg berderet2 sebelum nak exit airport adalah counter sewa kereta sahaja. Aku tercarik2 la mana kaunter taxi, rupanya ada 1 jek nun di luar. Teringat kata2 sorang promoter car rental "taxi sini mahai kok, mana ada meter". Hehe. Tapi..so sorry la abg promoter pasal saya hanya memerlukan taxi wat masa tu. Kelainan yg seterusnya adalah taxi berbentuk van adalah lebih menyerlah berbanding taxi kereta. Senang nak ngangkut ramai org sekaligus agaknya, kan.

Di Langkawi aku stay di Bayview Hotel, di Pekan Kuah. Check in dalam pukul 4.30pm gitu lah, kiteorg laki bini kepenatan so tak terus berjalan-jalan sebaliknya kami memilih utk merehatkan mata, hehe. Sedar tak sedar dah time makan malam. Aku dan laki turun ke hotel restaurant utk menikmati makan malam. tak ketinggalan seorang sahabat lagi menyertai kami, iaitu miss Jules (teringat cougar town, kan). 

Bayview Hotel

the room yang biasa2 saje
Tempat pertama yang aku lawati semasa di Langkawi ni adalah Langkawi Fair. Konon terpengaruh dgn seorang kawan yg beria2 mempromote tempat ni masa makan malam. Lantas, aku, laki dan Jules menonong carik taxi pergi ke tempat ni. hakikatnya bila dah sampai...nan ado! tidaklah havoc seperti dikata, biasa2 saje. Tapi, biasa2 pun berhabis jugak la tang coklat kat sini..hehe. 

Hari kedua dan ketiga adalah hari berlangsungnya PMMS User Workshop, sebuah Forum penyebab aku dan laki berada di sini. Event sepanjang hari dari pagi hingga petang. Jadik, tak banyak tempat yg boleh dilawati sepanjang 2 hari ni. Walaubagaimanapun, disebabkan Bayview Hotel tu terletak di Pekan Kuah, di mana deretan kedai menjual pelbagai barang2 popular Langkawi...maka terjadilah aktiviti shopping spree di situ. Abis event jek terus menapak ke kedai2 kat Kuah tu...sangkut jugak la 1 corele set dan 1 corning ware set, siap ada free gift lagik sebanyak 3 set pyrex, huwaaa...mmg kebabomm lah!! hehehe..

Hari berjalan-jalan adalah hari keempat. Aku sengaja ambik flight lambat semata2 nak berjalan2 dulu di langkawi ni. Kat Langkawi ni kalau nak berjalan tak sah la kalau tade kereta. So, aku menyewa la sebuah kereta bertajuk lancer dengan bayaran sewa RM70/day. Isi minyak RM30, abis la RM100 utk aktiviti berjalan2. Walaupun tak kenal ngan jalan-jalan dan tempat2 di Langkawi ni, namun dengan adanya bantuan GPS bolehlah kami berjalan2 tanpa sesat, hehe.

Antara tempat yang dilawati adalah dataran lang, kota mahsuri, air hangat (hot spring), tempat kapal layar berlabuh berdekatan Telaga harbour park, Teluk Burau, Pantai Cenang dan Underwaterworld. Seronok mmg seronok...cuma sedikit terkilan sbb sebenarnya aku nak island hopping tapi masa tak mengizinkan, huhu.

inilah dia kereta sewa yg bawak kami berjalan2 di sekitar Langkawi

dataran lang

kota mahsuri

air hangat / hot spring

underwater world

teluk burau
sekian dulu ceritera langkawi kali ni. Kemungkinan akan bersambung lagi...tgk tahap kerajinan penulis mcm mana, hehe.

Thursday, January 20, 2011

Jalan-Jalan 2011

Tahun ni macam banyak je planning jalan2...WALAUPUN dengan cuti tahunan yang sangatlah limited itu, huhuhu.Sedey giler tau cuti ciput!!! Cuti tahunan hanya 11 hari setahun mana lah nak cukup kan, tapi terpaksa la redho dan pasrah saje lah seadanya. I can do nothing regarding this issue, the only thing that I can do is just raised it up during our engagement sessions. Then it's all depend on the person in charge how to tackle it but as year passed by, TAK NAMPAK JALAN PUN. Kalau org Terengganu cakap "GELAP GAMBO" So, sabo aje lah!

Ok lah, bercerita semula pasal program jalan-jalan 2011 ni tadi. Program ni akan di kick-off seawal January ni tau. Haa…pantas kan?? Kebetulan ada User Forum bulan January ni di mana aku adalah salah seorang dari peserta forum tersebut. This forum actually is an annual program, which already being conducted since 2006 and I’ve been the loyal participant since then, hehe. Forum ni dah bawa aku ke Sutera Harbour KK lepas tu ke Park Royal Penang, followed by Sheraton Imperial Hotel KL, Le Meridien KK and this year this Forum will take place at Bayview Hotel Langkawi.

Bulan March lak ada nak penuhi undangan majlis perkahwinan kawan di Melaka. Harus pergi neh sebab masa wedding aku dulu pun kawan aku ni sanggup datang sama2 memeriahkan majlis kiteorg, hehe. Lagipun, kalau tade undangan macam ni, sesaje nak jenjalan tu susah skit la..huhu. Bulan march ni jugak ada nak ikut rombongan pengantin ke Kelantan..yang ni family trip. Kite follow saje. Dengar citer macam nak menyinggah ke Rantau Panjang…haihh…harus buat pelaburan tu kat situ nanti. Ngeh ngehhh..!

May pulak will be month of my 2nd wedding anniversary. Tade plan lagik nak pegi mana. Dalam planning samada Bukit Tinggi atau Genting. Tengok la dulu mcm mana. Dah nak masuk 2 tahun kiteorg kawen ek, rasa mcm sekejap je, rasa macam baru jek kawen semalam! Agagagagaga!!!

June dah plan untuk buat family day. Open to our family only..ni bukan tajaan company atau sewaktu dengannya. Ini adalah tajaan sendirian berhad! Gigih mengumpul dana neh..jangan tak jadik dah ler yer…hehe. Venue pun tak confirm lagi, most probably will be visiting Perak, kot!

Sebelum raya puasa plan nak gi KL untuk shopping deco2 nyer items di sana. Yang ni pun masih tertakluk pada terma dan syarat2. Hahaha…proposal tak approve lagik neh. Ada bajet lebih, ada orang nak temankan..insyaAllah jadik la! Kenapa nak kena ada org teman? Pasal…kiteorg ni kan kampongs, mana tau jenjalan di KL tu. Hehehe…

Alhamdulillah, tahun ni banyak cuti terkepit..jadi tade la risau sangat pasal cuti tahunan yg ciput tu. Kuui..kuiii


Sunday, January 16, 2011

Dari sudut hati ini..

Kalau bercakap tentang kasih sayang keluarga, hati aku mudah benar tersentuh.

Hari ni aku nak ceritakan pasal nenek dari belah ayah aku. Aku kurang rapat dengan wan (panggilan untuk nenek aku) sebab wan aku ni garang sikit orangnya. Wan dah lama tak sihat dan sejak kehilangan arwah suaminya (Tok Ayah), wan tinggal bersama anak2. Kadang2 di rumah org tua aku, kadang2 di rumah anknya yang lain pula.

Kesihatan wan sekarang makin merosot. Sekarang wan dah tak mampu walaupun hanya untuk mengengsot. Makan, pakai, mandi, menunaikan hajat semuanya perlu dibantu. Wan dah tak mampu nak urusakan diri sendiri.

Saat seperti ini lah yang menduga sedalam mana kasih sayang anak2 pada org tua mereka. Aku boleh katakan yang aku sangat kagum pada ayah dan mak aku yang sangat menjaga kebajikan wan. Walau wan sekarang tinggal bersama kakak sulung ayah aku, tapi ayah setiap hari akan pergi mandikan wan setiap pagi dan petang.

Petang semalam aku ikut mak menjenguk wan, dah kebetulan aku balik umah mak ayah weekend tu. Aku jenguk wan di biliknya. Berat badan wan dah menyusut. Kata2 wan pun dah semakin sukar nak difahami.

Hari dah petang, dah tiba masa ayah mandikan wan. Aku memerhati sahaja. Aku memerhati dari mula sehinggalah selesai ayah mandi dan siapkan wan. Ayah sempat soal aku adakah aku mampu buat apa yang dia buat apabila dia dah tua dan tak sihat macam wan satu hari nanti. Aku yakin ayah dan mak aku dengar bisikan perlahan dari aku "InsyaAllah".

Sungguh - Aku sayang mak dan ayah aku. Aku mohon Allah sentiasa limpahi rahmatNya pada kedua org tua aku atas kasih sayang mereka pada anak2 mereka dan juga atas kasih sayang mereka pada kedua org tua mereka.

Sungguh - Aku juga ingin memiliki anak, zuriat aku sendiri. Agar aku boleh limpahkan kasih sayang aku padanya kelak sepertimana kasih sayang mak dan ayah aku.

Sungguh - Aku bersyukur memiliki mak dan ayah yang penyayang. Adik beradik yang saling menghormati.

Terima Kasih Ya Allah....

Thursday, July 16, 2009

misi separa berjaya

misi nk celebrate bday en.suami separa berjaya. yg x berjaya ialah plan utk masak2..hehe, semalam blk ofis lmbat, singgah kat kedai barang basah...benda yg dicari telah habis, jadi mood utk memasak sudah lari..hukhuk.

balik rumah tgk en.suami dah ada kat rumah, alamak!! cemaner nak sorok pezen dia ni..iskk!! masuk je rumah smbil bw paper bag dgn selamba shj, dia x perasan pun, hehe. lepas slm peluk cium en.suami, terus suh dia siap2...mkn kat luar je lah.

herm, so instead of candle light dinner di rumah, aku just treat him ke secret recipe shj. mkn2 di sana. balik dr secret recipe, aku wat xtahu je kat dia...dia tgk tv, aku masih dlm bilik. aku letak pezen kat atas tilam..and aku kuar bilik tgk tv sesama ngan dia.

masuk tido...dia surprise tgk pezen tu, dia mmg igtkan xder pezen pasal dah belanja mkn td. hehe. and aku suka sgt sbb dia suka hadiah tu...

note: wpun separa berjaya tp aku yakin it was a memorable bday celebration for him..sbb ni kali pertama dia celebrate bday, and to make it more special...diraikan setelah bergelar suami...diraikan bersama isteri tercinta!! how sweet.

Wednesday, July 15, 2009

en.suami oh en.suami

akhirnya....aku dah pun beli sesuatu sbg hadiah bday utk en.suami, hehe. xderlah mahal pun, xtahu la dia suka atau tak...tp nak paksa jugak supaya dia suka - bley? hikhik.

petang nnti nk g beli kek, gi beli barang basah...mlm ni nk masak!! hoyeyyy...nak candle light dinner ler kununnnn. ahahha. apebenda nk masak pun xtau ler...nasib la en.suami oii dpt isteri mcm gini, hehe.

note: batuk2 aku ni masih x hilang lg. spoil betul la kalo mkn mlm nnti terbatuk2...x lomantik lah kan. huhuuuu

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com