Tuesday, February 08, 2011

Suatu masa dulu aku suka buat ni..

Haaa...daripada tajuk tu rasanya entry ni boleh dikatakan episod "terkenang semasa dulu" neh, hehe. Salah satu perkara atau aktiviti yang aku rindu sangat nak buat sekarang ialah facial treatment. Dulu2 masa single mingle mmg suka sangat wat facial ni. Aku mula berjinak-jinak dengan facial ni masa mula2 kerja dulu. Tapi masa awal2 keja tu takde la aku selalu buat facial ni pasal ongkos tak mengizinkan, huhu. Seingat aku, dua tahun sebelum kawen tu aku rajin sangat gi wat facial, masa tu dalam tahun 2007 dan 2008 la. Faktor penyebab aku jadi suka gi facial ni aku rasa mungkin sebab aku boring hujung minggu takde nak wat apa. Tapi, walaupun aku rajin pegi facial, kulit wajah aku ni takde lah clean n clear pun. Masih tak jumpa produk yang bersesuaian agaknya, huhu.

Sekarang bila dah kawen ni, aku dah sangat jarang wat facial lagi dah. Aku pun tak pasti samada aku malas ke, aku takde masa ke, aku jimat duit ke...entah!! Tapi kemungkinan besar rasanya sebab aku malas kot. Yer la, hari kerja mmg tak sempat la, hari minggu lak selalunya aku balik kg. Kadang kg aku, kadang kg laki aku. Tapi, kadang2 aku cilok gak wat facial masa lunch hour, tapi tak feel la sebab rushing sangat.

Alkisahnya, hari ni aku cuti sakit (mc). Aku kurang sihat..huhu. Aku period pain sebenarnya, bangun pagi tadi belakang badan aku tersangat lah sakitnya. dari tengkuk ke pinggang habis sakit2, tegang segala urat2, mmg sakit la sehinggakan aku tak larat nak pegi ofis. Laki bawa aku ke klinik, masa tu dah tengahari. Klinik yang aku pegi tu takde orang pun. Lengang je, aku suka la sebab mesti cepat je kan...hampeh, takde maknanya..tetap slowwww!! Aku cakap direct je kat doctor yang attend aku. Aku period dan sakit2 badan, skrg dah ok skit tp saya datang klinik jugak sebab saya tak larat pegi keja tadi. Gedebuk gedebak doctor tu bagi aku pil tahan sakit dan ketotop plaster dan mc sehari. jumlah yang perlu dibayar ialah RM21. Series, aku tak pernah dengar plaster ketotop tu apatah lagi menggunakannya..kelakar lak nama tu kan. Doctor bg aku sekeping besar paka tangan je, aku potong dua dan tampalkan pada kedua2 bahu aku...sumpah!! korang tak yah lah carik ketotop ni kat mana2 farmasi, takde kesa langsung!!

Takde 21ringgit tak dapat semua di atas ni tau!
Oh, berbalik pada kisah facial tadi. Disebabkan mc ni, aku dapatlah pegi facial tadi, hahahha...tu je nak ceritanya, punya la panjang lebar mukaddimah!! addduiii!!! walaupun best dpt facial setelah berbulan tak buat facial, tapi....ada kesalan lah di hati aku ni, huhu.

p/s - kalau sakit2 belakang badan, walaupun dapat mc, tak payah la pegi buat facial, tambah sakitkan badan je, lebih bagus kalau buat body massage. Inilah kesalan aku - menggelitik rasa belakang badan ni nak tggu habis facial sejam setengah...seksa oiiii!!!!!



4 comments:

Juli.Zakaria said...

agk la tak kna tu. dah la badan sakit, muka plak penambah perisa.huhuhu

mira said...

zean, mung ada ambil apa2 tak utk relieve period pain mu tu?

mrs redzuan said...

Jue - mmg nyesal sgt u. budak yg wat facial kat i tu siap tnya "akak dah lenguh ke?" hahha..sabo je. tp lepas dah siap tu dia urut2 skit kat belakang baru nyamannn skit, hehe.

mira - tadok amik apa2 ubat pun. sbb kadang2 period pain aku dok la teruk sgt, kadang2 je yg teruk smpai kena MC.

mira said...

oh, gitu. ok la kalau gitu. aku dulu teruk jugok. pastu start aku amalkan minum madu tiap2 pagi lepas subuh, alhamdulillah, period pain kurang dan kdg kala langsung x der..

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com