Sunday, August 14, 2011

membebel di bulan mulia, hehe

Sedar tak sedar dah 14 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, aku masih puasa penuh setakat ni, hehe. Kalau dapat puasa penuh sebulan mmg heaven ah, xyah susah2 berganti nanti, hehe. Personally, aku rasa Ramadhan aku kali ni insyaAllah lebih baik daripada Ramadhan2 yang lepas. Masak untuk berbuka dan sahur dah semestinya, walaupun dulu aku bukan jenis yg bangun bersahur tp bila dah jadi bini org ni kenalah bangun sahur dan masak sahur. Biasanya aku panaskan lauk berbuka je, memang dah siap-siap masak lebih masa berbuka. Masak untuk 2 org makan apa lah sangat kan, ala kadar saje. Nasib laki tak cerewet, apa dimasak itulah dimakan. Kritik membina sentiasa ada – tu tade hal. Hehe.

Minggu ni minggu OFF MASAK BERBUKA. Sebabnya hari ni ada majlis berbuka puasa kat ofis, lusa nak balik umah mak sbb Rabu cuti nuzul Quran dah janji nak wat biskut raya berjemaah ngan family. Khamis lak balik ke rumah mertua, minggu ni giliran berbuka rumah mertua. Kawen org dekat macam ni lah, ada giliran berbuka di rumah keluarga sendiri dan keluarga mertua, berselang minggu tauuu!!!. Tp still kena masak jugak untuk sahur..tp sahur laaagii ala kadar dari berbuka, so itu kicik punya hal lah, hehe.

Haihhh sungguh tak sabar nak wat biskut raya neh. Lagi2 wat beramai2, seronok..tak sedar masa berlalu. Resepi tahun ni ialah almond London, tart nenas, samperit, choc chip ala famous amos dan biskut koko rangup. Masak laaaa makan biskut raya!! Hahaha.

Oh, aku pun ada jual biskut raya yg mak sedara aku buat. Alhamdulillah, ada la kawan2 tempah dlm 40 bekas. Rezeki mak sedara ku, hehe. insyaAllah, aku pun akan dapat imbuhannya jugak skit2, aku tak niat berniaga pun, just tolong mak sedara je.

Ok lah, stop kat sini dulu. Blog ni nampaknya semakin sepi tapi takper…sepi itu kan indah!! Haha. Chow..

0 comments:

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com