Wednesday, December 07, 2011

Hujung tahun bersamaan dengan bulan December

Alamak aiii..sekejap je dah penghujung tahun 2011 dah kan. Dah 8 december pun hari ni...sangat tak perasan masa berlalu. Ingatkan mengandungla aku tahun ni, rupanya belum jugak ada rezeki..huhu, tp takper..yakin sahaja bahawa aturan Allah maha cantik dan sempurna. Jgn la merungut2, x baik!! hehe.

Tapi kan, kalo tade benda nak bebel, xkan la aku meng update blog ni kan. So, mmg ada la benda yg nak dibebelkan ni...huhuu. Sadis!! Pilu!! Aku dengki weyy tengok staff yang sakan bercuti di hujung2 tahun ni. Sekali amik cuti kauu..sampai 9 hari direct.

Aku??? Berangan la nak dpt cuti mcm tu. Nak amik cuti direct 3 hari pun berkira nak pecah kepala. Maklumla cuti tahunan aku cuma 11 hari setahun!!! Oh ye, aku adalah rakyat malaysia, jati, tulen!!! bukan pendatang!! Tapi dah nasib aku hanya diberi cuti tahunan 11 hari jek oleh majikan ku.

Hasil berjimat cuti, ada la lagi balance sehari cuti aku tu...dpt la jugak aku amik cuti after christmas neh.

Wahai majikan - tidak kah anda tahu, staff anda yg ketandusan cuti ini kadang2 datang keja langsung tak produktif???? Hohhhh!!!

OK, cukuplah membebel. Nasib ada keja pun dah syukur kan. Kalo tade keja hah..cuti setahun terus...SERONOK KE? hehehe.

Sunday, August 14, 2011

membebel di bulan mulia, hehe

Sedar tak sedar dah 14 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, aku masih puasa penuh setakat ni, hehe. Kalau dapat puasa penuh sebulan mmg heaven ah, xyah susah2 berganti nanti, hehe. Personally, aku rasa Ramadhan aku kali ni insyaAllah lebih baik daripada Ramadhan2 yang lepas. Masak untuk berbuka dan sahur dah semestinya, walaupun dulu aku bukan jenis yg bangun bersahur tp bila dah jadi bini org ni kenalah bangun sahur dan masak sahur. Biasanya aku panaskan lauk berbuka je, memang dah siap-siap masak lebih masa berbuka. Masak untuk 2 org makan apa lah sangat kan, ala kadar saje. Nasib laki tak cerewet, apa dimasak itulah dimakan. Kritik membina sentiasa ada – tu tade hal. Hehe.

Minggu ni minggu OFF MASAK BERBUKA. Sebabnya hari ni ada majlis berbuka puasa kat ofis, lusa nak balik umah mak sbb Rabu cuti nuzul Quran dah janji nak wat biskut raya berjemaah ngan family. Khamis lak balik ke rumah mertua, minggu ni giliran berbuka rumah mertua. Kawen org dekat macam ni lah, ada giliran berbuka di rumah keluarga sendiri dan keluarga mertua, berselang minggu tauuu!!!. Tp still kena masak jugak untuk sahur..tp sahur laaagii ala kadar dari berbuka, so itu kicik punya hal lah, hehe.

Haihhh sungguh tak sabar nak wat biskut raya neh. Lagi2 wat beramai2, seronok..tak sedar masa berlalu. Resepi tahun ni ialah almond London, tart nenas, samperit, choc chip ala famous amos dan biskut koko rangup. Masak laaaa makan biskut raya!! Hahaha.

Oh, aku pun ada jual biskut raya yg mak sedara aku buat. Alhamdulillah, ada la kawan2 tempah dlm 40 bekas. Rezeki mak sedara ku, hehe. insyaAllah, aku pun akan dapat imbuhannya jugak skit2, aku tak niat berniaga pun, just tolong mak sedara je.

Ok lah, stop kat sini dulu. Blog ni nampaknya semakin sepi tapi takper…sepi itu kan indah!! Haha. Chow..

Sunday, July 17, 2011

Rawan Sekeping Hati

Pemergian insan terdekat kebelakangan ini sungguh membuat hati ini benar2 rendah. Jiwa juga kurang keruan jadinya. Terasa diri sungguh kerdil, terasa perjalanan hidup yang sudah tidak panjang ini tiada terisi. Usia sudah menjangkau 30-an, persiapan ke alam kekal masih dikategorikan tiada..malu nak mengaku ada, sungguh kalau ada pun tidak seberapa.

Semoga amalan dan pengisian hidupku yang baru selepas nisfu Syaaban semalam adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga aku dan suami diberikan hidayah dan dilapangkan peluang untuk lebih mendekatkan diri pada Pencipta yg Esa.

dihamparan kain yang lusuh
jiwa tertunduk dan bersimpuh
memohon ampun dari yang maha pengampun
atas segala dosa-dosa
yang mencemari raga yang semakin renta
 
kami……
hanyalah setitik debu yang hina
yang rapuh dan tak lupa
dari hilaf serta dosa
tersadar didalam gelisah
setelah begitu jauh melangkah
setelah terlalu lama terlena
akan kenikmatan nafsu dunia fatamorgana
mungkinkah kan mengelupas dari tubuh
kotoran-kotoran
yang telah mendarah daging menjadi satu
 
kami tahu…..
tubuh yang telah terbalut dosa
takkan bisa disucikan
walau degan seluas samodra
Ya…Allah

apapun kehendakmu kami ihklas
biarkan air mata ini menetes
bukan karena air mata derita
biarkan air mata ini mengalir
karena air mata bahagia
disisa-sisa ahkir nafas
berilah yang terbaek
kami yakin ENGKAU MAHA segalanya
kan terima taubat kami
sebelum nyawa terlepas dari raga

From: “TRI ULAN” (http://www.bangfad.com/sastra/tag/puisi-islami)

Saturday, May 14, 2011

I who have nothing

suka giler ngan suara dan nyanyian haley reinhart neh....power beb!!! cant get enough of it!! caya lah...



Tuesday, May 10, 2011

Lompat Kerja

Aku memulakan karier aku di tempat kerja aku sekarang ni dari tahun 2004 lagi. So, dah almost 7 years aku bekerja di sini. Berbagai onak duri, pengalaman pahit manis yang aku lalui sepanjang tempoh 7 tahun tersebut. Aku pernah apply kerja lain di jabatan kerajaan, tapi satu pun tak sangkut. Asyik dapat ujian bertulis je. Sekali je pernah dapat interview gomen masa aku apply for KPLI tahun 2004 kot. Jadi, pengalaman aku di interview adalah sangat sedikit, iaitu hanya 2 kali sahaja sepanjang 7 tahun ni.

Beberapa hari lagi, aku bakal mencipta pengalaman baru, pengalaman di interview. Perghhh…nervous gila tau!! Huhuuhu. Kawan-kawan seangkatan aku dah ke mana-mana dah. Ada yang ke Melaka, ada yang ke KL, ada yang ke Serawak..merata ceruk dah. Aku je yang masih setia disini. Bila aku dapat tahu ada kekosongan kerja di sebuah company ni, aku tetiba terbuka hati nak apply kerja tersebut. Akhirnya, aku dipanggil untuk di interview.

Aku tak pasti sama ada aku betul-betul nak lompat kerja ke company lain atau aku masih ingin terus setia di sini. Sejujurnya aku tak pernah terfikir untuk lompat-lompat kerja ni, walaupun aku bekerja contract basis sahaja. Yang pasti, walaupun aku masih tiada keputusan sama ada ingin lompat kerja atau tak, aku tetap akan attend interview tu dulu. Mana lah tahu interview tu aku tak lulus pun kan…ekekeke. Kalau lulus interview, baru lah aku akan fikirkan baik buruk lompat kerja neh as aku takde masalah besar sangat kat tempat kerja aku sekarang. Tak puas hati sikit-sikit tu biasa lah. Aku assume kat mana-mana pun sama je tu, tak puas hati adalah penyakit yang boleh datang pada kita bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, hehehehe.

So, soal sayang nak tinggalkan tempat kerja yang dah hampir 7 tahun aku bernaung ni, ataupun soal bagus tak tempat kerja baru nanti…tidak akan difikirkan lagi buat masa ini!! NOKTAH!! Hehehehe.

.

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com