Monday, February 16, 2009

i cried a lot

aku ni sensitif orgnya...sangat sensitif sebenarnya! malam ni aku nangis banyak sgt..dah few days aku tahan dari nangis. malam ni akhirnya termenangis jugak. aku pernah cakap kat diri aku, one day bila aku dah ada somebody di sisi, yg membahagiakan aku..aku dah xnak menangis lagi...

pada kawan2 yg kenal aku, u know that it is not easy for me to get him..banyak giler dah dugaan yg aku lalui. kisah sedih aku sebelum ni byk bg aku pengajaran dan mematangkan aku. dia tidaklah sempurna, juga bukan terlalu istimewa..tp dia menyenangkan hati aku. dia hadir pada masa aku sgt memerlukan.

perasaan aku terganggu skrg. bukan sbb dia. bukan sbb hubungan kami berdua. tp disebabkan cerita kat TV - haha!!

dalam masa terdekat ni aku ada tgk 2 cerita ni - tinggal kasih tinggal pujaan dan hujan malam 1 dan 2. aku malas nak citer kat sini kisah dari 2 cerita ni, cuma bg aku 2 cerita ni sgt meninggalkan kesan di hati aku.

dan aku byk menangis malam ni hanya disebabkan 2 cerita melayu kat TV ni!!! erghhh...sgt bodoh, kan!! huhuhu...

aku sedih sgt..

btw, aku xder masalah ngan si dia. bukan dia yg buat aku sedih. so far, aku happy ngan relationship kiteorg yg keep growing dari sehari ke sehari ni.

u out there - doakanlah kebahagiaan aku dan dia.

Sunday, February 08, 2009

laut biru dan langit biru jugaa...hehe

aku suka betul la tengok langit nan biru, jugak lautan nan biru. tak tahu la naper, tp aku rasa aku cukup suka ngan pemandangan yg saujana mata memandang. jadik tenang je kepala hotak aku ni bila tgk pemandangan mcm ni. Pic2 kat bawah ni antara koleksi peribadi aku lah. aku ketik sendiri ngan gaya machoku yg tersendiri...hehehehe.

lagi satu, aku pun suka tgk view yg luas ngan pokok2...mcm padang, sawah padi, ladang teh mcm kat cameron tu...pendek kata mmg yg luas mata memandang lah!

skrg ni aku ngah pening ngan preparation kawen, jadi masa2 pening mcm ni la aku suka tenung gambar2 ni...aku rasa mcm berada di tgh lautan je..hehe. aku bersyukur pada Allah sbb Allah beri aku peluang bekerja kat mana aku berada skrg, sbb ngan keja aku skrg la aku boleh terbang di langit biru dan bermalam di lautan biru. Peluang ni lah yg akhirnya membolehkan aku mengumpul gambar2 yg kat atas ni..

Setiap kali pandang laut, aku boleh bayangkan yg aku sedang berada di tengah2 lautan, yg mana disekeliling aku hanyalah lautan semata2. Setiap kali aku pandang langit pula, aku dapat bayangkan yg disekeliling aku hanyalah awan semata2.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang merasa Nikmat-Mu ini. Sesungguhnya aku tiada sebarang kelebihan malah keistimewaan melainkan dengan KuasaMu sahaja.

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com