Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Monday, January 31, 2011

ceritera langkawi

Dah few days balik dari Langkawi baru nak bercerita kat sini. Sorang kawan tu siap dah masuk 2 entry pasal Langkawi ni, bagus betul, hehe. Aku ni kalau nak mengarang nak kena ada mood. Masalahnya itu mood bukan selalu datang...time mood menerjah, aku lak tade kesempatan nak jenguk blog ni. Time aku ngadap laptop..mood pulak tade mari, haihhh. Baikkk punya  alasan kan? hehehe...

Takper lah, citer lama ke baru ke panas2 ke dah basi ke, yg penting aku bercerita kat sini tujuannya utk rekod aku sendiri. Konon mcm open diary lah..dulu2 tulis diary dalam buku time malam2 nak tido, pastu selit bawah bantal, hehe. Sekarang zaman dah moden...tak perlu tulis2 dalam buku lagik dah..blog terusss!! hehe...

Oklah, balik pasal Langkawi Trip aku last week. Aku bertolak ke Langkawi pada 24th January 2011, jam 10.30am dari airport Kuantan, menyinggah di KLIA sementara tunggu flight ke Langkawi pukul 2.15pm.
Muka excited laki bini di KLIA, hehe
Ni lah laki aku..Redzuan namanya, hehe
 Touch down di Langkawi lebih kurang pukul 3.30pm. Satu kelainan yg terdapat di airport Langkawi adalah tentang taxi counter vs car rental counter. Biasanya airport ada banyak taxi counter, tapi di langkawi counter yg berderet2 sebelum nak exit airport adalah counter sewa kereta sahaja. Aku tercarik2 la mana kaunter taxi, rupanya ada 1 jek nun di luar. Teringat kata2 sorang promoter car rental "taxi sini mahai kok, mana ada meter". Hehe. Tapi..so sorry la abg promoter pasal saya hanya memerlukan taxi wat masa tu. Kelainan yg seterusnya adalah taxi berbentuk van adalah lebih menyerlah berbanding taxi kereta. Senang nak ngangkut ramai org sekaligus agaknya, kan.

Di Langkawi aku stay di Bayview Hotel, di Pekan Kuah. Check in dalam pukul 4.30pm gitu lah, kiteorg laki bini kepenatan so tak terus berjalan-jalan sebaliknya kami memilih utk merehatkan mata, hehe. Sedar tak sedar dah time makan malam. Aku dan laki turun ke hotel restaurant utk menikmati makan malam. tak ketinggalan seorang sahabat lagi menyertai kami, iaitu miss Jules (teringat cougar town, kan). 

Bayview Hotel

the room yang biasa2 saje
Tempat pertama yang aku lawati semasa di Langkawi ni adalah Langkawi Fair. Konon terpengaruh dgn seorang kawan yg beria2 mempromote tempat ni masa makan malam. Lantas, aku, laki dan Jules menonong carik taxi pergi ke tempat ni. hakikatnya bila dah sampai...nan ado! tidaklah havoc seperti dikata, biasa2 saje. Tapi, biasa2 pun berhabis jugak la tang coklat kat sini..hehe. 

Hari kedua dan ketiga adalah hari berlangsungnya PMMS User Workshop, sebuah Forum penyebab aku dan laki berada di sini. Event sepanjang hari dari pagi hingga petang. Jadik, tak banyak tempat yg boleh dilawati sepanjang 2 hari ni. Walaubagaimanapun, disebabkan Bayview Hotel tu terletak di Pekan Kuah, di mana deretan kedai menjual pelbagai barang2 popular Langkawi...maka terjadilah aktiviti shopping spree di situ. Abis event jek terus menapak ke kedai2 kat Kuah tu...sangkut jugak la 1 corele set dan 1 corning ware set, siap ada free gift lagik sebanyak 3 set pyrex, huwaaa...mmg kebabomm lah!! hehehe..

Hari berjalan-jalan adalah hari keempat. Aku sengaja ambik flight lambat semata2 nak berjalan2 dulu di langkawi ni. Kat Langkawi ni kalau nak berjalan tak sah la kalau tade kereta. So, aku menyewa la sebuah kereta bertajuk lancer dengan bayaran sewa RM70/day. Isi minyak RM30, abis la RM100 utk aktiviti berjalan2. Walaupun tak kenal ngan jalan-jalan dan tempat2 di Langkawi ni, namun dengan adanya bantuan GPS bolehlah kami berjalan2 tanpa sesat, hehe.

Antara tempat yang dilawati adalah dataran lang, kota mahsuri, air hangat (hot spring), tempat kapal layar berlabuh berdekatan Telaga harbour park, Teluk Burau, Pantai Cenang dan Underwaterworld. Seronok mmg seronok...cuma sedikit terkilan sbb sebenarnya aku nak island hopping tapi masa tak mengizinkan, huhu.

inilah dia kereta sewa yg bawak kami berjalan2 di sekitar Langkawi

dataran lang

kota mahsuri

air hangat / hot spring

underwater world

teluk burau
sekian dulu ceritera langkawi kali ni. Kemungkinan akan bersambung lagi...tgk tahap kerajinan penulis mcm mana, hehe.

Saturday, January 29, 2011

menghilangkan penat @ home sweet home

Badan penat giler balik dari Langkawi, huhuu.... touch down di airport Kuantan dah hampir pukul 11 malam, exhausted giler dah time tu. Adik ipar datang ambik kiteorg, otw blk umah mertua sempat gak lg menyinggah makan...lapor beb! perut kena jaga!! hahahaha...

Kiteorg memang tak terus balik rumah, yer la...umah mertua lebih dekat, on the way je pulak tu, takkan la nak terus balik kerteh kann...apa pulak kata si mertua nanti. Esoknya MIL ajak pegi umah datuk saudara yg sedang sakit, so pegi lah menjenguk sekejap. Petang lak g berjalan2 umah nenek dan mak saudara sebelah laki, gi bahagi2kan sedikit ole2 dari Langkawi. Byk gak la berhabis tang ole-ole ni, maklumlah keluarga besar..hehe.Sikit2 sorang pun takper lah, janji ada tanda ingatan, tak gitu?

Dah petang barulah balik Kerteh, laki dah tak larat sangat dah, pertengahan jalan tukar driver..aku lah yg kena drive sampai Kerteh. Riiindu ngan umah jangan cakaplah, hehe. Duk la bergolek2 menghilangkan kepenatan ni ha. Tak lama abg aku call, katanya ada di Kerteh dan nak menyinggah ke umah aku. Umah mmg tunggang langgang la, tak sempat nak kemas pun...bag2 dari Langkawi sumer masih bersepah kat depan rumah, hahaha....

Aku kononnya nak mulakan aktiviti laundry after abang aku dan family balik..tapiiiiiiiiiiiiii.................katil lebih ada aura berbanding mesin basuh! hahah....jawabnya, pagi ni lah baru aku wat keja men dobi. Ni tgh tggu abis laundry, nak ke umah mak aku lak. Mak aku pun mesti di beri ole2 panas dari langkawi jugak, tak nak lah dah sejuk basi baru nak bagi, kan!! hehehhe...

tunggu ye mak, jap lagi anakanda sampai! 

p/s - nasib baik aku dah apply cuti untuk esok, kalau tak...mmg melepek la di ofis, penat..penat..PENATTT!!

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com