Thursday, January 21, 2010

awet muda

tahun baru ni membawa aku mengimbau pada memori2 lama betul la. dalam bulan ni je dua kali aku terjumpa ngan kawan lama masa sekolah2 dulu.

kes pertama:
sedang aku menikmati makan tengahari di food court sebuah mall terkemuka di kerteh, aku terpandang kelibat seseorang yg sgt familiar...tp agak sudah lama x dilihat. aku melambai tangan ke arahnya dan dia terkebil2 sebentar...bila aku semakin mendekati, barulah dia tersenyum lebar penuh makna. dia seorang kawan yg rapat dgn aku masa di zaman persekolahan dulu. berpisah pada tingkatan 5 kerana dia terpaksa mengikut keluarga yg berpindah ke negeri sembilan. sejak itu, kami langsung x jumpa2 dah. dia yg aku jumpa beberapa minggu lepas langsung x berubah, masih seperti budak sekolah menengah walaupun dah ada 3 org anak. anak sulung pun dah bersekolah darjah 3. wow!!! very hot mama! anak2 mcm adik2 je. sgt awet muda. tidak bekerja, surirumah sepenuh masa tp ada side bisnes jugak la. skrg terpaksa menguruskan anak2 sendiri kerana suami terpaksa outstation ke turkmenistan. sungguh iron lady kawan aku ni rupanya. salute...salute!!

kes kedua:
baru je semalam berlaku. sehabis masa bekerja, aku ke mall terkemuka di kerteh itu lagi utk memenuhi 1 temujanji merawat muka, hehehehe. promotion separuh harga...ahaha. sesudah membelai muka, aku terus menapak ke pasaraya dan di situ aku terjumpa seorang kawan lama, kawan zaman persekolahan juga. manis...kecil molek saje kawan aku tu. masih seperti zaman dulu2, langsung x berubah. kalo pakai baju sekolah, harus blh masuk blk sekolah jd student. sungguh awet muda. dia skrg cikgu di sekolah di sekitar situ...dah mengajar dari thn 2006 lagi. punya la lama rupanya kami duk di tempat yg sama...tp br semalam terserempak bersama. kawan yg manis ini masih lg single. aku mcm kelu nk tnya status dia pd mulanya sbb bg aku soal tu sgt sensitif...mcm aku sebelum kawen dulu lah. dari raut wajah ketika bercakap soal kawen x kawen, bila kawen..member mana yg dah beranak pinak...aku dpt lihat raut kurang ceria dan raut muka ketat pd wajahnya. sama mcm aku dulu2 masa masih single juga. hairan juga cikgu semanis dan awet muda begitu masih belum berpunya..yer la kan, semua tu ketentuan Allah. Aku sbg kawan mendoakan yg terbaik buat dia...sbb dia yg aku kenali dari zaman remaja dulu adalah seorang insan yg baik hati, lemah lembut..sesuai dgn kerjaya yg dipilihnya tu.

herm...aku pulak? awet muda juga kah?? hahaha...tidak perlu lah aku perahsantan kannn...uhuhu.

n.

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com