Saturday, February 18, 2012

Batuk..uhuk uhuk

Sebelum bercakap pasal batuk, marilah kite mengupdate carta weight loss yang dah sebulan tak ber-update ni ha. Huhu. Alkisahnya, semangat diet ke laut sekejap..dan berat mula naik balik 1kg. Aku mula la nervous, down pun ada. Tp nervous2 pun masih melengah2kan aktivti diet, punyala bertangguh nak start diet semula. Huhu..tu la pasalnya nak kurus kembali ni bukan senang kan.

Apapun, as to date, berat aku mcm kat bawah ni ha. Syukurla sebab turun jugak akhirnya walaupun dengan diet yg tak teratur sangat. Batuk pun menyumbang kepada penurunan berat badan ni kot.



Aku kalau batuk tak pernah sekejap. Selalu makan berbulan...mmg risau setiap kali kena penyakit batuk2 ni.  Kali ni batuk sehari je, suara terus hilang. Hari ke 2 batuk pergi clinic terus ckp kat doctor, sejarah batuk aku yg biasanya mmg lama. Doctor mcm berfikir jugak la sekejap aku tgk...fikir ubat apa nak bg kat aku. Last2 dibaginya ubat batuk yg untuk batuk tidak berkahak, ubat surut bengkak since tekak aku da bengkak dan antibiotik. Aku makan ikut aturan dan dos seperti saranan doctor..sehari je mkn ubat2 tu, esoknya aku rasa batuk aku makin teruk. Dari tak berkahak jd ada kahak, suara makin hilang..huhu. Terus pergi jumpa lg doctor yg sama esoknya. 

Doctor tu keep on cakap, dah betul ubat yg saya bg awak ni. Aku like..come on la doc, xkan xder ubat lain kot..sah2 batuk saya makin teruk. Last2 dia cakap..saya tgh fikir ni nak bg awak gas atau tak, tp...awak x semput kan. Doctor ni da check aku punya lung and pernafasan, and dia sendiri da confirm aku x semput..lg mau tanya. Finally doctor tu just bg ubat batuk baru, tablet punya..ubat batuk yg dia bg before tu dia suruh continue. Bg ubat surut bengkak baru since bengkak x surut2 walaupun ubat surut bengkak sebelum tu da abis aku telan. antibiotik continue katanya. Siap suruh aku pergi cari madu atau ubat batuk yg ada campuran madu. Kat umah ada madu..aku telan la madu tu. air asam jawa aku minum gak. air biji selasih pun aku minum...so far, semua x membantu..huhu. 

Hari ni, 2 days after jumpa doctor tu..aku rasa batuk aku saaamaaa aje lagi. Cuma aku rasa tekak aku mebi da surut bengkaknya since bila batuk aku da x rasa sakit sgt kat bhgn tekak. Kalau tak, rasa mcm tekak aku terkoyak rabak je everytime batuk. Ubat batuk liquid da abis, antibiotik tnggal sehari telan je lagi, ubat batuk pill masih ada thn la utk 2 days more rasanya. But, aku mula rasa batuk yang x puas..batuk da x sakit sgt tp batuk yg byk kali pulak. Kahak mcm ada tp xnak keluar..and bila bernafas aku ada dengar something kat bhgn tekak...mebi kahak kot..huhu..xtau la.

So now, aku tengah berkira2..nak pergi jumpa doctor lg atau tak hari ni. Aku ingat kalau jumpa doctor hari ni, terus suruh dia buat neb la kot...sebut mcm berani je kan...hoho. Mcm mana lah penangan neb tu pun xtau la...laki pernah buat neb sbb dia ada lelah, katanya..after buat tu segala air mata, air hidung, air liur semua rasa paaahittttt!!! Huhu...scary!!

Tapi...nak baik punya pasal...tak kisah la kan. Tak sanggup ah mcm ni. Memula kena batuk yang bila batuk rasa tekak sgt sakit, urat perut semua sgt sakit, kepala pun berdenyut2..huhu..xtahan. Now dpt batuk yg da x sakitkan tekak, x sakitkan kepala and urat2 perut, tapi...batuk yg x puas2...bertalu2 asyik baatukkk memanjang..pun x tahann jugak. 

So, disebabkan x sanggup tu kan, aku rasa baik aku sanggupkan je buat neb tu, pahit ke x selesa ke atau apa je lah perasaan masa buat tu..redah aje lah. Semoga hilang la batuk2 ni..nak kerja pun x selesa tauuu.

Wahai batuk, walau kedatangan kau tidak aku undang...namunnn, pemergian kau amat lah aku alu-alukan! Nyahla kau dari hidupku ini..huhu.

1 comments:

makcik rokiah said...

sama lar saya...klu batuk tu lmbt tol nak baik...

ubat batuk plg mujarab is minum air kosong byk2 ...doc selalu bising ni huhuuu

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com