Thursday, July 16, 2009

misi separa berjaya

misi nk celebrate bday en.suami separa berjaya. yg x berjaya ialah plan utk masak2..hehe, semalam blk ofis lmbat, singgah kat kedai barang basah...benda yg dicari telah habis, jadi mood utk memasak sudah lari..hukhuk.

balik rumah tgk en.suami dah ada kat rumah, alamak!! cemaner nak sorok pezen dia ni..iskk!! masuk je rumah smbil bw paper bag dgn selamba shj, dia x perasan pun, hehe. lepas slm peluk cium en.suami, terus suh dia siap2...mkn kat luar je lah.

herm, so instead of candle light dinner di rumah, aku just treat him ke secret recipe shj. mkn2 di sana. balik dr secret recipe, aku wat xtahu je kat dia...dia tgk tv, aku masih dlm bilik. aku letak pezen kat atas tilam..and aku kuar bilik tgk tv sesama ngan dia.

masuk tido...dia surprise tgk pezen tu, dia mmg igtkan xder pezen pasal dah belanja mkn td. hehe. and aku suka sgt sbb dia suka hadiah tu...

note: wpun separa berjaya tp aku yakin it was a memorable bday celebration for him..sbb ni kali pertama dia celebrate bday, and to make it more special...diraikan setelah bergelar suami...diraikan bersama isteri tercinta!! how sweet.

Wednesday, July 15, 2009

en.suami oh en.suami

akhirnya....aku dah pun beli sesuatu sbg hadiah bday utk en.suami, hehe. xderlah mahal pun, xtahu la dia suka atau tak...tp nak paksa jugak supaya dia suka - bley? hikhik.

petang nnti nk g beli kek, gi beli barang basah...mlm ni nk masak!! hoyeyyy...nak candle light dinner ler kununnnn. ahahha. apebenda nk masak pun xtau ler...nasib la en.suami oii dpt isteri mcm gini, hehe.

note: batuk2 aku ni masih x hilang lg. spoil betul la kalo mkn mlm nnti terbatuk2...x lomantik lah kan. huhuuuu

Monday, July 13, 2009

harus bg apa yer?

en.suami x lama lg bakal menyambut ulangtahun kelahiran nya. da x lama, 15 july ni dah. yet aku belum decide nak hadiahkan apa utk dia. teruk betul isteri muhammad redzuan ni yer...huhu.

ni 1st time la aku sambut hari lahir dia since kiteorg kenal..hehe.

aku duk tgh fikir2 lagi ni....nak bg apa kat dia ek??

hermm....

Sunday, June 28, 2009

kawan-kawan x mahu lawan...

huihhhhh...giler lama x jenguk sini!!! huhuhuhu.....

terkejut bila baca citer dr kawan2..i feel sorry for not being together ngan kawan2 pd masa kawan2 dlm kesusahan dan kesedihan. ralat sgt rasa. tp personally, aku ni nak sgt duk bersama2 mendengar luahan hati kawan2..susah senang suka duka segala..

skrg bila dah bergelar isteri, masa utk kawan2 jd sgt terhad. lagilah bila connection to tenet ni da xder. umah skrg belum masuk tenet lg...harapkan kat ofis je..ofis ni pun, kengkadang ok..kengkadag x ok..huhu.

utk kawan2 yg sedang dlm musibah, diharapkan anda semua tabah dan kuat menempuhi dugaan hidup ni. byk2 sabar yer.

setakat ni saje lah dulu..len kali ada masa akan mengepost lagi....huhu.

Thursday, May 21, 2009

lagi 2 hari sebelum betul2 bergelar Mrs. Redzuan!!

huiihhh...lama sungguh la x update blog ni. keinginan utk mengupdate blog mmg meluap-luap, tp selalu terbatas oleh kekangan masa dan keja2 yg xpernah nak abis!! uhuhuhu.

semalam lagi aku dah start cuti. ngemas2 apa yg patut, pasang langsir...susun atur perabot. huhuhu, penat ok!!! petang semalam dah abiskan masa selama 3 jam gi ber'spa', hehe...mmg rileks giler ah. tp hari ni bantai wat keja berat lg...dah ilang sumer kenikmatan ber'spa' semalam!! huhuhu.

tinggal 2 hari je lagi sebelum aku bergelar isteri org. sayu lak rasa hati ni nk meninggalkan zaman single aku yg tunggang terbalik ni. td masa kemas2 pakaian dlm bag utk di'import'kan ke rumah sewa aku....aku rasa sayu giler. aku bukan jenis yg berjauhan ngan family. masa sekolah menengah dulu, aku sempat duk asrama lebih kurang 2 tahun je, pastu balik duk umah. masa matrik pon kat KT je, almost every week aku blk umah. masa kat UKM je la aku berjauhan ngan family..tu pun 3 tahun lebih je, bila keja duk menyewa pon setiap minggu aku blk umah. start 2006, aku dah x menyewa...duk umah ngan mak ayah sampai sekarang. sampaikan masa angkut barang skit2 wat gi ke umah sewa aku kat paka, mak boleh ckp ngan aku....brg dlm umah mak ni byk yg kak ya belikan...kalo angkut ke umah sewa..da tentu umah tu akan hampir lengkap ngan perabot. tp xkan la aku kering hati sgt nk bw sumer brg2 yg dah aku beli tuk mak ayah aku, kan!! hehehe..

erm..persiapan dah 80% siap. esok mak andam dtg pasang pelamin n hias bilik pengantin. yg aku ni, inai pon aku x carik lg...huhu. aku xtau la apa perasaan aku skrg. tp lately ni, aku ngan wan da x selalu call ckp lama2...kurang sms, jumpa mmg da agak lama la x jumpa. td dia call, dia ckp dia miss aku sgt2!! hihihihi...bijak x taktik aku nk bg dia giler rindu kat aku? ngeh ngehhhh...

herm, petang ni nak gi antar skit lg barang2 ke umah sewa...bersekali ngan pakaian aku yg penuh almari tu...sayuuuu hatiku sayuuu!!!

lg sayu bila adik beradik aku x semua dpt berkumpul time wedding aku nnti. huhuhuhu.

aku rasa entry kali ni pon caca marba...xtau aku apa yg nak diceritakan sebenarnya. cuma yg aku pasti....aku cuak gila nk jadi bini org neh!! dia dah tunjukkan ciri2 seorang suami kat aku, tp aku ni masih lg selamba badak. nak gi mana2 xpernah teringat nk bgtau dia. semalam aku cuti pon aku xbgtau dia...sepatutnya hari ni br aku cuti, tp last minit aku minta cuti awal sehari. pagi ni baru aku ckp kat dia...dia xder la marah, cuma dia ckp..len kali bgtau la dia.

korang sumer doakanlah aku yer..semoga kehidupan yg bakal aku lalui bersama dia sentiasa sejahtera hendaknya ye. dia baik..aku takut aku naik tocang nanti!! haha.

wat kawan2 yg datang ke majlis aku ni....aku ucapkan mekasih byk2. terharu aku ngan kesanggupan korang datanga jauh2 nak sama2 raikan majlis aku ni. hati2 drive esok tau! apa2hal call aku, aku akan alert ngan call dr korang.

ok lah...all, wish me luck k! aku sedang menikmati hari2 terakhirku sbg seorang gadis sunti! kuii..kuii...

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com