Thursday, March 26, 2009


Saturday, March 14, 2009

bizi aku kalahkan menteri kewangan...

naper menteri kewangan? sebabnya....dalam kepala hotak aku skrg ni asyik duk memikirkan $$$ jer...uhuhuhuh. feningggg...makcik feningggg!!!!

ok..apa kah bentuk2 kepeningan tu?

  1. fikir pasal persiapan kawen - of course lah pening memikirkan belanjawannya kan? nasib baik..masih within budget! hehe. tp bila nengokkan flow duit keluar tu...adussss!!!! waser mcm nak gi kutip balik jer!!
  2. fikir pasal rumah - ok la, dah nak kawen sgt kan...nak ler ada rumah. time2 ni jugakler aku sibuk2 nak beli rumah, padan la muka aku!! hahaha...tp ok la, sekali pening je nanti...hikhik. Alhadulillah, loan dah approve, cuma urusan pindah milik tu je makan masa skit pasal tanah pajakan kerajaan. aku beli rumah lama...rumah baru skrg ni, teres setingkat je dah cecah 160k! oh tidak!!!! beli rumah ni memang pening yang amat, dari apply loan, tggu loan approve...smpai ke pilih lawyer...nak byr deposit lg, byr lawyer..semua segala bagai lah...of course lah...sangat memeningkan!!!! untung x bakal laki aku, aku hadiahkan rumah utk dia..xyah susah2 dia beli rumah...hehe, tp nanti bulan2...aku serahkan pd dia utk mensettlekannya! hakhak!! DEAL!!
  3. marvel oh marvel. banyak plan dan idea bernas utk bg marvel lebih maju. tp xcukup modal...modal dah digunakan utk kepentingan sendiri...hehehehe. jd, disni timbul lah kepeningan bila memikirkan mana nak carik modal ni. cuti kawen nanti aku nak habiskan dgn turun naik MARA carik duit utk marvel. harap2 segalanya berjalan lancar. apa best cuti kawen tp uruskan pasal marvel, kan?? xperlah....semua benda dlm dunia ni perlukan pengorbanan. honeymoon 3hari 2 mlm cukuplah....hihihihi.
  4. fikirkan berat badan yg x turun2 neh...ahhh!!! STRESS!! dah tu, aku memilih satu plan diet utk aku..hukhuk!! duit lagik!!! harap2 berbaloi ler apa yg aku buat ni...bukan sikit tuuu!!!! huwaaaaa!!!! alahai lemak di badanku, naper syg sgt kat aku, kau ni xtahu malu betul la..aku dah x suka kau, watper duk terhegeh2 kat aku lagi...gi lah jauh2 dari aku!!! huhuhuhu
  5. lastly, disebabkan aku xnak kehidupan selepas kawen aku kekeringan kekontangan sbb dah berhabis utk majlis, jadi aku set kan jugak target utk saving tuk guna pas kawen lah. seratus je sebulan!!! alahai......mcm x cukup jer..tp ok la...kan! dari xdak langsung!!! hehehe.
tu aku belum nak citer pasal kebizian di ofis, nx time la kalo masa mengizinkan aku berceritalah yer. sori kat semua kawan2 tercayunk, xsempat aku nak jenguk2 korang. adala aku jenguk jugak, tp sepintas lalu mcm tu je lah. sampaikan encik tadza warded aku xtahu menahu...dah basi citer baru aku tahu. isk, maafkan la kawan korang yg sedang bz kalahkan menteri kewangan ni yer!! ada kawan lak dah privatekan blog..huhu..sedor2 dah xleh jenguk blog dia..isk nak kena ni ckawan itu!!! open la weyyyy!!!huhu

ok la, kite jumpa lg di lain kesempatan yer!! aku kan suka ngambik kesempatan...hahaha!!

Monday, February 16, 2009

i cried a lot

aku ni sensitif orgnya...sangat sensitif sebenarnya! malam ni aku nangis banyak sgt..dah few days aku tahan dari nangis. malam ni akhirnya termenangis jugak. aku pernah cakap kat diri aku, one day bila aku dah ada somebody di sisi, yg membahagiakan aku..aku dah xnak menangis lagi...

pada kawan2 yg kenal aku, u know that it is not easy for me to get him..banyak giler dah dugaan yg aku lalui. kisah sedih aku sebelum ni byk bg aku pengajaran dan mematangkan aku. dia tidaklah sempurna, juga bukan terlalu istimewa..tp dia menyenangkan hati aku. dia hadir pada masa aku sgt memerlukan.

perasaan aku terganggu skrg. bukan sbb dia. bukan sbb hubungan kami berdua. tp disebabkan cerita kat TV - haha!!

dalam masa terdekat ni aku ada tgk 2 cerita ni - tinggal kasih tinggal pujaan dan hujan malam 1 dan 2. aku malas nak citer kat sini kisah dari 2 cerita ni, cuma bg aku 2 cerita ni sgt meninggalkan kesan di hati aku.

dan aku byk menangis malam ni hanya disebabkan 2 cerita melayu kat TV ni!!! erghhh...sgt bodoh, kan!! huhuhu...

aku sedih sgt..

btw, aku xder masalah ngan si dia. bukan dia yg buat aku sedih. so far, aku happy ngan relationship kiteorg yg keep growing dari sehari ke sehari ni.

u out there - doakanlah kebahagiaan aku dan dia.

Sunday, February 08, 2009

laut biru dan langit biru jugaa...hehe

aku suka betul la tengok langit nan biru, jugak lautan nan biru. tak tahu la naper, tp aku rasa aku cukup suka ngan pemandangan yg saujana mata memandang. jadik tenang je kepala hotak aku ni bila tgk pemandangan mcm ni. Pic2 kat bawah ni antara koleksi peribadi aku lah. aku ketik sendiri ngan gaya machoku yg tersendiri...hehehehe.

lagi satu, aku pun suka tgk view yg luas ngan pokok2...mcm padang, sawah padi, ladang teh mcm kat cameron tu...pendek kata mmg yg luas mata memandang lah!

skrg ni aku ngah pening ngan preparation kawen, jadi masa2 pening mcm ni la aku suka tenung gambar2 ni...aku rasa mcm berada di tgh lautan je..hehe. aku bersyukur pada Allah sbb Allah beri aku peluang bekerja kat mana aku berada skrg, sbb ngan keja aku skrg la aku boleh terbang di langit biru dan bermalam di lautan biru. Peluang ni lah yg akhirnya membolehkan aku mengumpul gambar2 yg kat atas ni..

Setiap kali pandang laut, aku boleh bayangkan yg aku sedang berada di tengah2 lautan, yg mana disekeliling aku hanyalah lautan semata2. Setiap kali aku pandang langit pula, aku dapat bayangkan yg disekeliling aku hanyalah awan semata2.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang merasa Nikmat-Mu ini. Sesungguhnya aku tiada sebarang kelebihan malah keistimewaan melainkan dengan KuasaMu sahaja.

Thursday, January 29, 2009

MC

Aku baru balik dari Angsi semalam, sampai rumah kul 3 petang, x masuk ofis dah. Tp petang aku gi Marvel sbb malam nya ada aerobic class. Balik dari Marvel pukul 9.30 mlm, pukul 10.00 baru smpai rumah...engage ngan wan jap pastu zzzz. Tp xtahu la naper mata susah nak lelap..rasa x sedap badan. dari kul 11 ke pukul 12 ke pukul 1, tetiba rasa pening dan nak termuntah. bila sapu ubat, tetiba lak badan seram sejuk....pastu panas!! adus, petanda nak demam neh. menjelang subuh, badan makin panas. aku berusaha menurunkan suhu badan ngan cemerlangnya sbb aku kalo blh x nak MC sbb mggu ni langsung x masuk ofis lagi. By morning tu, badan dah kurang panas tp kepala terasa berat..end up aku x gi ofis gak lah. Ni pun masih rasa x sedap badan....tp aku rasa ni penangan cat baru kat rumah ni. Ayah dah start cat baru kat dalam rumah...hidung aku ni sensitip benar ngan bau cat + tinner neh. terus mabuk!! huhuhu....

erm..bila buka blog ni td, aku tgk countdown aku dan dia tu....sgt menarik la pulak gabungan bulan, minggu dah hari nya. 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari ke hari bersejarah aku. hehehe.


Checklist kawen masih byk yg incomplete. adusss.....debor2 rasa weihhhh!!!!!

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com