Wednesday, December 24, 2008

ting tong!

kepala rasa ting tong giler ari ni. agak bz sgt2 lately. badan penat jgn cakap la..penat travel!! huhu. semalam baru balik dari KL, ari ni masuk ofis...sepatutnya rasa mcm nak cuti, tp sayang lak ngan cuti yg ciput tu..so, terpaksala keja gak..lgpun ari ni mmg ada keja yg nak kena settle. tp xperla, pasal esok dah cuti, christmas kan...pastu sambung terus ngan weekend, so dptla rehat panjang. 3 hari tu should be ok la. kalo lama sgt pon bosan gak!

tp kan kalo time penat cenggini dapat tido best giler, kan!!! tido mcm ni haaa.......hahahaha!! buruk tul dak ni tido...anak sape ler nehh!!

Thursday, December 18, 2008

bersiaran dari lautan biru..

hari ni aku ke offshore lagik, kali ni ke platform Pulai...sejauh kira2 200km dari daratan kerteh. Cuak jugakla naik chopper time cuaca macam gini di musim tengkujuh ni kan...tp atas tuntutan kerja, terpaksala diturutkan juga....huhuhu.
hari sabtu ni aku dah nak balik, hopefully blh balik chopper pagi, sempatla aku nak gi jumpa kak ain bakal mak andam aku tu belah petang. nak confirmkan pasal fotografer kawen aku nanti. hari tu dah confirm ngan kawan aku tp...disebabkan sebab2 yg xdapat dielakkan, dia terpaksa cancel utk jadi fotografer aku. aku pun sgt faham ngan situasi dia, and actually aku yg bagi dia option sama ada nak teruskan atau nak cancel je.
cumanya bila dia cancel, aku kena la carik pengganti. aku dah identify sorang fotografer ni...pakej dia pon blh tahan jugak la...cuma aku kena confirmkan dgn kak ain dulu sbb pakej kawen kak ain pun termasuk sekali ngan fotografer, kalau blh aku nak bawa pakej kak ain tu pd majlis kedua nanti. tgk la mcm mana...pening gak nak uruskan sumer benda ni...nasib baikla lambat lagi, hopefully dengan wat persiapan awal2 ni, xderla aku kelam kabut nanti.
hari ahad ni aku akan ke KL, ada 2 days meeting di dayabumi. blh sambung shopping...hehehhe.
ok lah, aku better stop. dah maghrib ni..
chowtalabesta bebeh...haha!

Friday, December 12, 2008

December Checklist - Update 2

Personal:
  1. Kereta - done
  2. PTPTN - done
  3. PB - done
  4. Mak+Ayah - done
  5. Insuran - done
  6. Marvel - done
  7. cc - done
Together:
  1. check EPF - done
  2. booking rumah sewa - done
  3. confirm rumah
  4. confirm mak andam + pakej
  5. confirm photographer - done
  6. beli baju nikah + sambut menantu - done
  7. beli brg hantaran - done
  8. beli kain langsir

YES! akhirnya aku dah settlekan ansuran bulanan keta and ptptn. cuma yg x bestnya, bila aku check penyata online ptptn aku, masih x update lagik payment yg aku buat tu. dlm akaun aku mmg dah tolak dah duitnya...ni wat aku sakit hati dan pening kepala ni. kalau ofis ptptn tu depan umah aku senang gak la aku nak berurusan. menyusahkan betul la, nanti kang alih2 ckp aku x bayar lak! kalo buat cmm tu kat aku, tengok la...aku mmg la xblh buat apa2, tp korang tanggungla azabnya kat akhirat yg kekal abadi nu nanti!! dah la selama bertahun duk bayar, baru gerak sikit je...asyik duk poww aku RM40+ sebulan!! aku kalo nak citer mmg sakit hati tahap giler babas la kat ptptn ni...mmg cekik darah org betul lah! hutang aku jumlahnya 21000, tp setelah dibayar balik selama beberapa tahun ni, baki hutang aku 20ribu lebih lg..tak ke sakit hati??? secara kasarnya aku dah bayar hampir 3ribu dah, tp tengokla bakinya seolah2 aku baru bayar x cukup seribu pun....sangat mencekik darah,kan???? takper...Allah ada!!

Esok nak guna duit lg, nak gi confirm pakej kawen aku tu, mestila nak kena bayar deposit. adusss!! botak kepala den camni haa...tu la, nak sangat kawen!! rasakan!! ahahaha...

Umah sewa pon x settle lg ni. Memula plan nak beli rumah, tp rasa mcm kelam kabut pulak..time ni la nak kawen, time ni la nak beli rumah..cemano?? huhuhu...xperla, beli rumah later la...biar keadaan da x kelam kabut..baru leh pikir pasal tu lak. Tp, umah sewa pon bukan senang nak dapat skrg ni. Aku kalo blh nak duk umah teres setingkat je. xnak la duk umah semi D ke umah 2 tingkat ke...besar sgt utk nak duk berdua je. Tp tu lar...susah tul nak dpt! dah la sewa mahal. Idop kat kerteh ni lebey kurang je ngan kat KL..cuma x sibuk mcm KL je, bab kos sara hidup, mmg xbyk beza pun!!

next 2 weeks, aku mebi akan ke KL la, early January pun kena gi KL, offshore pon nak kena visit, aku hutang 3 locations lg ni....byk keluar, maksudnya...ada la duit lebih selain basic gaji bulan2...hehehe. xbyk pun..tp still ada lebih skit2, kire ok la kan.

Ari ni, adik pmpuan aku dah balik ke kolej kat kedah nu. makin berkurangler anggota kuarga aku. nanti bila dah buka sekolah..lagiii lah berkurangan ahli kat umah ni. Thn depan mencabar skit wat mak ayah aku. Adik bongsu aku amik UPSR, yg second bongsu amik PMR and 3rd bongsu thn akhir matrikulasi. sumer nak pakai duit tu, yuran exam la..buku2 la..kalo xder aral apa2, adik yg matrik tu akan daftar ke U somewhere in July 09. Aku ngan adik aku kawen May and June. Mmg mak ayah aku dah pening kepala sangat tu, mcm mana nak manage duit betul2, budget betul2..supaya boleh cover utk semua dgn 'tiada hutang'.

setakat aku termampu, aku akan tolong mak ayah aku...hai..dunia zaman sekarang, xder duit...seolah2 hidup ni tiada ertinya!!

Tuesday, December 09, 2008

December Checklist - update

Personal:
  1. Kereta
  2. PTPTN
  3. PB - done
  4. Mak+Ayah - done
  5. Insuran - done
  6. Marvel - done
  7. cc - done
Together:
  1. check EPF - done
  2. booking rumah sewa - done
  3. confirm rumah
  4. confirm mak andam + pakej
  5. confirm photographer - done
  6. beli baju nikah + sambut menantu - done
  7. beli brg hantaran - done
  8. beli kain langsir

Huishh...kereta ngan PTPTN aku x settle lagi tu. tak blh jadi ni!! Esok gi keja aku meti settlekan kereta, lunch hour MESTI gi maybank kat mesra mall..MESTI!! PTPTN pun aku harus settlekan dgn kadar segera iaitu sebelum 17hb. duit gaji dah ciput sgt dah ni..nampaknya bulan ni aku mgharapkan duit claim je la utk saving, huwaaa!!! duit claim tu bila dah tolak ngan hotel, tinggal berapa sen la sangat, tp ok la still blh saving.

kebetulan aku gi KL last week, ada assessment and meeting on 3rd & 4th December. So, aku pun sambil menyelam minumler air jugak...janji x lemas ok la kan! haha. Aku sampai KL ari selasa 2nd December, lepas check in (aku stay kat PNB Darby Park - 1st time stay kat sini..sgt impress ok ngan bilik dia, nanti ada masa aku tempek pic kat sini) aku terus menyelusup ke SOGO. aku gi ngan kawan aku - che sue. Kagum aku tgk che sue, serius dia dah semakin kurus sekarang! dah la kulit dia putih melepak, muka lak takder sebarang kesan cela...sangat putih, bersih dan mulus!

ok ni dia aku updatekan gambo yg dimaksudnkan...hehe

ni workstation..ala2 org korporat ler duk hotel 2 malam pun bz nak berbisnes!! hehehehe
ni living hall...kalo duk sorang xyah la stay kat PNB ni...sunyi beb bilik besor sgt!
ni lak tempat makan2...bagus kalo bawak family ni..
siap boleh masak-masak lagi tu, sumernyer tersedia, periuk belanga semua...dun worry!! hehebiliknya cuma ada satu - inilah satu2nya. kalo bawa ramai anggota keluarga, yg lain2 tu blh la rehat2 kat living hall je...alah, setakat 2,3 malam xkanla xblh xtido atas katil kan..hehekalo dtg sorang, abaikanla living hall...kesimpulannya, baik duk hotel biasa je, xyah duk service apartment, kalo bw family...ok la..kan! lagik2 kalo penakut....hehehehe.


first day tu, aku cuma sempat shopping handbag ngan kasut je utk aku, nak beli perfume tp x sempat. aku pilih handbag bonia (ada sale 50%) dan kasut carlo rino (sale 20% kot..xigt dah) kaler cokelat. Mmg rambang mata, tp sib baik gi ngan kawan, jadi blh tolong aku wat pilihan. hehe.

2nd day di KL, selepas b/fast aku ngan che sue mengatur tapak ke KLCC. xjauh sgt pun KLCC ngan Darby Park. Yg kelakonyer, aku beriya gi tower 1, siap dah amik pass sumer...call member aku tnya assessment kat mana, dia ckp kat level 5, bilik 501. aku carik punya carik tp x jumpa. when aku decided to call my fren back, ternampak la sms dia, "Yan, assessment kat Dayabumi..bukan KLCC"

Tersentap la aku kan bila dpt sms tu. masa tu dah 8.30, assessment start kul 9.00, sgt nerves dah aku ni. pastu dah mula salahkan diri sendiri sbb xcheck betul2 the invitation email. aku terus berkejar ke taxi stand utk ke dayabumi laks. dahler agak susah nk dptkan taxi..huhu. tp at least, before 9.00 aku sampai juga ke menara dayabumi itu.

Assessment ok..hehe. Open book, so xla nerves sgt (confident tu penting!! haha). masa lunch hour, aku lunch ngan exhostelmate aku masa sekolah menengah dulu, giler bercampur baur perasaan aku. aku dah x jumpa kawan aku ni for 14 years!! bukan 4 tahun tp 14 tahun, ok!! baru dlm setahun ni kiteorg contack balik, tu pun terjumpa profile dia kat frenster. ada aku ketik pic ngan dia, tp nanti2la aku masukkan kat sini...aku xtransfer lagik gambar2 kat kl dari phone, cable ada kat opis!huhu. Malina skrg makin cantik berseri, maklumla sedang berbadan dua..teruja lak aku tgk ibu mengandung ni. she waits for 2 years to get pregnant. Yerla, baby ni kan rezeki dari Allah..mcm jodoh jugak. sehebat mana pun kite merancang, Allah jua yg menentukan. Jadi, wat sorang lg kawan aku tu...jgn sedey2, nanti bila dah ada rezeki,insyaAllah..ada lah! byk2 doa ok!

ni la dia kawan aku yg diceritakan tu. 14 tahun x jumpa...xder beza sgt pun dak malina ni...aku dah tentu2lah berbeza!!! hahaha...huhuhuhu.


ok, sambung citer shopping aku. abis assessment pukul 4.30, aku terus balik ke hotel, tggu che sue tukar baju jap pastu terus ke Jalan TAR..and terus heading to Semua House. Based on kawan2 nyer advise...dorang kata xyah la gi butik2 kain lain tu..mahal! hehe. time ni pun, che sue byk tolong aku wat pilihan, sgt susah ok nak decide nak yg mana sbb sgt byk pilihan...sumer cantik2 lak tu..huhu. Last2, for akad nikah aku beli lace putih, for abang agak creamy skit kaler dia. lace tu pulak xder kelip2 sgt..sgt simple! i likee!! memula aku kononnya nak beli chiffon for akad nikah tp mata sgt berkenan kat lace tu..hehe. Utk reception lak, aku beli lace coklat, satin kaler coklat gold. yg ni agak merelip merelap skit. che sue yg pilihkan...santek sgt!

3rd day kat KL..ada meeting kat KLCC. masa lunch hour, aku gi terjah parkson, shopping lagik! kali ni aku beli belt & wallet utk abg, aku beli gak perfume for us. Gergio armani for him and armani diamonds for aku. bau dia sgt blend..i likee!! hehe. masa beli perfume ni, aku dapat cash voucher, so aku beli purse utk aku guna voucher tu, of course la kena tambah gak duit sendiri..huhu.

overall, aku puas hati la walaupun aku x sempat nak survey kat byk tempat...tp ok lar sbb yg aku beli sumer discount price. Ari sabtu lepas, aku gi Kuantan..sambung shopping. Kain utk majlis kat umaha bg x beli lg. kiteorg gi beli kat ala moda kuantan. pergi gak kat parkson east cost mall, nak beli kemeja dan seluar abg, tp end up dia xnak beli la pulak. Takperla..byk masa lagi.

Weekend ni aku nak gi confirm mak andam ngan pakej andaman tu, aku terus nak hantar kain2 tu utk dijahit. So, checklist aku ni nampaknya dah makin melapangkan kepala otak aku ni...ehehehe.

p/s: byk duit abis wehh!!!! huhuhuh.

Monday, December 01, 2008

December Checklist

Personal:
  1. Kereta
  2. PTPTN
  3. PB - done
  4. Mak+Ayah - done
  5. Insuran
  6. Marvel
  7. cc - done
Together:
  1. check EPF - done
  2. booking rumah sewa - done
  3. confirm rumah
  4. confirm mak andam + pakej
  5. confirm photographer - done
  6. beli baju nikah + sambut menantu
  7. beli brg hantaran
  8. beli kain langsir
banyak lg yg tak done nampaknya neh! huhuuu....

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com