Tuesday, December 20, 2011

Bukan senang nak kurus weyyy..huhu

Kalo cakap soal nak kuruskan badan...huihhh, jgn cakap la, mmg da bermacam2 cara dah dicuba, sampai dah almost give up! ok, give up mmg tak baik tapi...huhu, apakan daya!

Malas nak story panjang berjela, cuma nak bgtau bila berat badan dah mendaki bukit..mmg susah nak turun balik. ni aku nye case la, tak semua sama mcm aku. After dah cuba few ways to reduce my body weight, namun hasilnya tade lah memberangsangkan, so aku tutup buku and dah malas nak hirau lagi dah. Just imagine, aku cuba dari berat aku baru mencecah 60kg, but end up berat 50kg yg aku idamkan haraaammmmm...!!! sebaliknya berat terus tanpa segan mendaki sehingga above 85kg. OMG!!!!

Sehinggalah, aku sekarang sgt mudah penat dan letih. Kaki yg kecil dah x mampu nak menanggung beban maha hebat agaknya, huhu. Satu hari tu, aku letih smpai tahap x blh nak g kerja, so aku decide not to go to work, aku nak rest je kat rumah. Tp xleh rest jugak sbb kena blk kampung, ada kematian saudara terdekat. Bila blk dr kampung, aku singgah dulu klinik to amik MC. Since skrg da x blh beli MC sesuka hati, nak kena jumpa doctor jugak, so aku jumpa la doctor.

Aku straight je ckp kat doctor, "saya x sakit doctor, cuma sy sgt penat and x pegi keja and nak MC". Doctor sangat ramah tamah bertanya nape aku penat, apa aktiviti weekend aku bla blaaa. Sehinggalah sampai ke topik cepat penat sbb berat badan berlebihan. Doctor check blood pressure aku ok, check tinggi and berat. And the doctor suggest aku amik pil dari klinik beliau. Aku amik bekalan pil utk sebulan, atas nasihat doctor lah.

Sekarang almost sebulan after jumpa the doctor, Alhamdulillah my body weight keep on reducing. Although aku tak makan pil tu hari2 to avoid any kesan sampingan and kononnya xnak bergantung pada ubat tu sgt, tp still ada weight loss.

Aku mkn pil tu dah 6 bijik within 15 days and now berat aku dah hilang 2.6 kg. So far aku happy and bersemangat gila tuk habiskan bekalan pil yg masih berbaki 24 bijik lg tu. Pil aku mkn ni x dijual di farmasi and hanya blh diambil dengan nasihat doctor sahaja.

My short term target is to cut off few more kilos to reach 75kg. Nanti da achieve target, baru aku target baru...scary wey nak target smpai 50kg ke apa ke dulu kan. Play safe dengan perasaan sendiri, haha.

Oh ya, diet seimbang still required even though the pills itself dah berkesan. Persediaan after not taking pills adalah perlu supaya nanti bila x mkn pills lg, berat badan tade lah naik mendadak2 pulak kan.

Pray for me ok, another 9.3kg to go. I wish i can get rid of thi 9.3kg within 5 months time.

Caiyokkk..caiyokkk!!!




0 comments:

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com