Saturday, October 03, 2009

deco deco decoooo

hoyayyyy!!!!! akhirnya aku blh mentenet dan jejak blk kawan2 tenet aku yg sgt2 dirindui sekali...huhuhu. serius, zean rinduuuu giler ngan korang sumer (u know who u r, heheh)

aku baru jer berjaya memiliki sebuah berukband, life agak miserable sekejap tanpa talian hayat yg satu ni...hahahha. aku mentenet dgn keizinan laki ok....

naper laki? naper dah bukan en.suami? ermmm, aku peratikan dah ramai sgt isteri2 yg gunakan kata ganti nama en.suami buat suami masing2, jadi aku selaku anak terengganu jati terasa ingin mgunakan laki sbg ganti nama utk en.suami aku. hehe, walau bunyiknya mcm kasar, mcm ganas...tp hakikatnya org sini mmg guna kata nama laki utk suami.

cth: "laki mung pah mana xdok dumoh, keja ke?" maksudnya, "suami kau ke mana x der kat rumah, kerja ke?"

hehehe....begitulah contoh penggunaan perkataan laki, yg sebenarnya sama je masudnya ngan perkataan suami. hikihk.

herm, laki xder kat rumah ni, dia bekerja mncarik sesuap nasik hari ni. aku sepatutnya menyambung keja2 umah yg xsiap lg dari semalam....tp tetiba teringat nak update blog yg da bersawang ni. blog ni pun kena kemas gak kan....ekekekke.

aku skrg da duk umah sendiri. time aku ngan laki gatal2 decide nak nikah last year, time tu jugaklah aku gatal2 nak beli rumah. hehe, hasilnya...bulan 5 kiteorg nikah, bulan 8 da blh duk umah sendiri. umah aku belu ni umah lama jer, umah org. usia umah ni pun dah agak lanjut dah...tp aku suka umah lama pasal besar...xderla bersegi2 mcm umah skrg. dapur pun besar..yer la, aku ngan laki masing2 punya family besar...sesekali berkumpul...xderla berhimpit. kalo umah skrg, aku peratikan dapur, bilik, hall sumer agak kecik. aku maksudkan umah teres la ni, pasal aku beli umah teres gak...hehe, xleh la nk compare ngan umah pesen lain...yer dok?

walaupun da pindah masuk umah ni dr bulan 8, tp still aku x siap2 lg mendeco umah ni. sungguh aku tidak kreatif mendeco rumah..hahaha. tingin jek nak panggil cPG dtg mendeco umah buruk aku ni...ehehe. lagipun, aku kawen n beli rumah dalam masa serentak, jadik kewangan aku dan laki da agak kurang mengizinkan utk kiteorg berhabis mendeco rumah lak. cukupla dgn ada apa yg asas je dulu, itupun carik yg sehabis murah.

Alhamdulillah...aku dan laki setuju ngan 1 benda iatu tidak suka berhutang. jadik x kisahlah barang2 umah yg kiteorg beli ni x segah mana atau semahal mana...janji sumernya cash dan x perlu pening2 nk byr hutang.

nantila bila umah dah 'nampak rupa' skit, aku post la wat tatapan korang yg jauh dimata...yer la, nak dtg bertandang bukan dekat kan..tp kalo nak dtg gak.....seluas laut china selatan aku tadahkan...hehehe.

oklah...aku nak sambung aktiviti kemas walking wardrobe aku (hahah..perasan). kang laki balik bising lak baju2 sumer x berkemas lagik. dah sah2 dia akan tuduh aku ralit ber mentenet...hikhik.

wat kawan2 seperjuangan, ada masa nnti zean gi jenguk n tinggalkan jejak kat blog korang k. winduuuu giler nak tahu citer korang ni...sungguh!!!!

ok...jumpa lagi yer.

Wednesday, August 26, 2009

apa khabar org kampung....lama sudah berjumpa!!

huwaaa...penatnya aku taip last2 ilang dah semua............huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

xder mood dah nak taip lg. okla wat semua kwn2-selamat berpuasa.

Tuesday, July 28, 2009

kerisauan aku...

apa nak jadi ngan company cop P ni pun xtahu lah....aku da pening ngan hear say yg bermacam2. yg aku tahu n aku rasa happy - aku dah di shorlisted dlm exercise "conversion to permanent" which aku da pun lepas screening proses. cuma tinggal wat profiling evaluation n then proceed to the structure interview session lah.

hearsay yg buat aku mcm cuak ialah - relative declaration. only 2 siblings MAX in the company. unfortunately, 2 of my brother dah pun jadik staff permanent in the company...aku yg ke-3 ok. 3rd sibling will not be accepted although sponsored by the Company or come from critical skill group.

so far, semua ni hanyalah hearsay...but still blh buat aku cuak!! hukhuk!!

pasal contract employment aku lak, aku da dpt new T&C as my current contract will be expired soon. the package is ok, cuma yg wat aku surprised n x puas hati - i'm not gonna be paid during my maternity leave. dulu for sure aku x kisah sbb aku single, skrg ni aku da kawen n semestinyalah aku ada chances to get pregnant kan. aku dah x daya nak fight lagik dah...ke hilir ke hulu aku dah tnya org n da ngadap HR...

xperlah, aku terima seadanya!!


Wednesday, July 22, 2009

best ke kawen?


ini pic td adik mms kat aku....pic ni aku letak as wallpaper kat pc kat umah. nmpak sgt dia snap dr pc pastu mms kat aku...korang nmpak tak ada arrow cursor kat pic tu? ehehehe.

kebosanan tahap dewa agaknya adik aku tu. skrg tinggal dia je kat umah wat peneman mak dan ayah. sok pas UPSR, kalo dia pon nk duk hostel..tinggallah mak ayah jd pengantin baru balik kat umah tu...hehehehe.

ok, berbalik pd soalan - best ke kawen?

ada la few of my frens bertanyakan pd aku soklan ni. bila aku jawab "BEST!!" mula la gelakkan aku. one of my fren tu siap soal lg pastu..."so, nyesal x kawen lewat?" aku cakap...aku x nyesal, malah aku bersyukur sbb aku kawen pd usia yg matang..pd ketika aku dah cukup bersedia dan dah byk ambil iktibar dari kisah perkahwinan mereka yg dekat dgn aku.

so far, aku ngan en.suami xder masalah sangat. cuma aku perasan, aku agak manja dan semakin mengada2 betul skrg.

hubungan aku ngan keluarga en.suami pon ok. hubungan mak ayah aku ngan besan dorang pon ok.

aku happy! aku syukur sgt pada Yg Esa kerana beri aku peluang merasai semua ni. Alhamdulillah....




Tuesday, July 21, 2009

dua cerita..

hehe...aku mcm syok lak bila lately ni blh berblogspot dari opis!! ;p

ari ni aku ada 2 cerita...1 ttg kekesalan, 1 lg pasal excited. mana korang nk tahu dulu? ekeke...
ok la, aku nk bercerita pasal kekesalan lah dahulu. weekend lepas, aku balik ke umah mak aku. da lama x borak2 ngan mak, kali ni blk lama skit blh la berborak2 ngan dia smbil en.suami dan ayah ke belakang rumah menjejak durian, manggis, salak, duku dan rambutan..hehe.

korang ada dgr x kisah pelajar perempuan bergaduh? aku ada dengar tp aku buat x kisah je, last2 mak aku citer, budak2 tu budak2 kg aku je sbnarnya. Ya Allah...sungguh terkejut aku dengar citer dr mak aku. mak, ayah n adik2 aku dh tgk video budak2 tu bergaduh...tp aku x tgk lagi..wpun x tengok, dgr citer dr mak aku pun aku dah rasa geram dan sakit hati. aku kenal benar dgn salah sorang budak pmpuan tu (yg menganiaya). budak pmpuan yg aku kenal ni jiran aku...adalah selang 4,5 buah rumah dr rumah aku...aku kenal benar ngan ibu bapanya...ngan abang2 nya...kesimpulan yg aku blh kata...budak2 kalo xder perhatian dari mak ayah inilah akibatnya!!

aku sungguh x sangka budak yg br berusia 14 tahun dah ada tokoh jadi ketua geng mafia...nauzubillah.. apapun, aku mohon budak2 yg belum matang ni akan dpt pengajaran dan insaf. nanti dah tua baru nk menyesal dah xder guna. aku juga berharap agar mak bapak budak2 jahat ni akan buka mata dan sedar akan tanggungjawab dorang. sibuk cari kekayaan smpai akhlak anak2 tergadai...mati nanti bukan blh bw harta2 tu semua masuk kubur pun..

ok lah. citer kedua ialah,

aku bakal
...................................................................................................
...................................................................................................


...................................................................................................
...................................................................................................

bakal apa yer????


...................................................................................................
...................................................................................................
...................................................................................................




...................................................................................................




...................................................................................................


.....................................................................................................................................



...................................................................................................











...................................................................................................
...................................................................................................
...................................................................................................



...................................................................................................


bakal pindah rumah sendiri laaaaaaaaaaa....ehehehehe. seronoknya nak pindah rumah sendiri, wpun rumah da x baru! hehehe

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com