Saturday, January 07, 2012

update on weight loss lagik...

mode : sangat happy, rasa mcm x nak mkn  5 hari..haha. my body weight keep on reducing. syukran!



sekarang ni ramai org terdekat aku yg sedang pregnant. ada yg bunting pelamin, ada yg da lama menunggu and akhirnya ada rezekinya. giliran aku belum gak kunjung tiba. aku kalo cakap pasal ni kan, selalu teringat time aku bersungut2 pasal jodoh dulu. sbb tu pasal zuriat ni, aku kalo blh da xnak bersungut2 mcm dulu lagi. kalo Allah izinkan, maka ada la rezeki aku satu hari nanti. aku harap, bila sampai masanya nanti, zuriat yg aku tunggu2kan ni akan membahagiakan aku dan laki, sebagaimana kehadiran laki sgt2 membahagiakan aku skrg. kite manusia hanya merancang, namun rancangan Allah jauhhhhh maha cantik dan terbaik untuk kite.

semoga usaha aku utk mencapai berat ideal ini mana tahu rupanya akan menjadi asbab aku mendapat zuriat. insyaAllah. aminnn.

Thursday, December 22, 2011

Weight Loss is a Journey, not a Destination

Lagi pasal diet, kihkih...semakin bersemangat waja ni ha. ;p

update terbaru..




Tips?
kurang makan, byk minum air..hehe.

Tuesday, December 20, 2011

Bukan senang nak kurus weyyy..huhu

Kalo cakap soal nak kuruskan badan...huihhh, jgn cakap la, mmg da bermacam2 cara dah dicuba, sampai dah almost give up! ok, give up mmg tak baik tapi...huhu, apakan daya!

Malas nak story panjang berjela, cuma nak bgtau bila berat badan dah mendaki bukit..mmg susah nak turun balik. ni aku nye case la, tak semua sama mcm aku. After dah cuba few ways to reduce my body weight, namun hasilnya tade lah memberangsangkan, so aku tutup buku and dah malas nak hirau lagi dah. Just imagine, aku cuba dari berat aku baru mencecah 60kg, but end up berat 50kg yg aku idamkan haraaammmmm...!!! sebaliknya berat terus tanpa segan mendaki sehingga above 85kg. OMG!!!!

Sehinggalah, aku sekarang sgt mudah penat dan letih. Kaki yg kecil dah x mampu nak menanggung beban maha hebat agaknya, huhu. Satu hari tu, aku letih smpai tahap x blh nak g kerja, so aku decide not to go to work, aku nak rest je kat rumah. Tp xleh rest jugak sbb kena blk kampung, ada kematian saudara terdekat. Bila blk dr kampung, aku singgah dulu klinik to amik MC. Since skrg da x blh beli MC sesuka hati, nak kena jumpa doctor jugak, so aku jumpa la doctor.

Aku straight je ckp kat doctor, "saya x sakit doctor, cuma sy sgt penat and x pegi keja and nak MC". Doctor sangat ramah tamah bertanya nape aku penat, apa aktiviti weekend aku bla blaaa. Sehinggalah sampai ke topik cepat penat sbb berat badan berlebihan. Doctor check blood pressure aku ok, check tinggi and berat. And the doctor suggest aku amik pil dari klinik beliau. Aku amik bekalan pil utk sebulan, atas nasihat doctor lah.

Sekarang almost sebulan after jumpa the doctor, Alhamdulillah my body weight keep on reducing. Although aku tak makan pil tu hari2 to avoid any kesan sampingan and kononnya xnak bergantung pada ubat tu sgt, tp still ada weight loss.

Aku mkn pil tu dah 6 bijik within 15 days and now berat aku dah hilang 2.6 kg. So far aku happy and bersemangat gila tuk habiskan bekalan pil yg masih berbaki 24 bijik lg tu. Pil aku mkn ni x dijual di farmasi and hanya blh diambil dengan nasihat doctor sahaja.

My short term target is to cut off few more kilos to reach 75kg. Nanti da achieve target, baru aku target baru...scary wey nak target smpai 50kg ke apa ke dulu kan. Play safe dengan perasaan sendiri, haha.

Oh ya, diet seimbang still required even though the pills itself dah berkesan. Persediaan after not taking pills adalah perlu supaya nanti bila x mkn pills lg, berat badan tade lah naik mendadak2 pulak kan.

Pray for me ok, another 9.3kg to go. I wish i can get rid of thi 9.3kg within 5 months time.

Caiyokkk..caiyokkk!!!




Wednesday, December 07, 2011

Hujung tahun bersamaan dengan bulan December

Alamak aiii..sekejap je dah penghujung tahun 2011 dah kan. Dah 8 december pun hari ni...sangat tak perasan masa berlalu. Ingatkan mengandungla aku tahun ni, rupanya belum jugak ada rezeki..huhu, tp takper..yakin sahaja bahawa aturan Allah maha cantik dan sempurna. Jgn la merungut2, x baik!! hehe.

Tapi kan, kalo tade benda nak bebel, xkan la aku meng update blog ni kan. So, mmg ada la benda yg nak dibebelkan ni...huhuu. Sadis!! Pilu!! Aku dengki weyy tengok staff yang sakan bercuti di hujung2 tahun ni. Sekali amik cuti kauu..sampai 9 hari direct.

Aku??? Berangan la nak dpt cuti mcm tu. Nak amik cuti direct 3 hari pun berkira nak pecah kepala. Maklumla cuti tahunan aku cuma 11 hari setahun!!! Oh ye, aku adalah rakyat malaysia, jati, tulen!!! bukan pendatang!! Tapi dah nasib aku hanya diberi cuti tahunan 11 hari jek oleh majikan ku.

Hasil berjimat cuti, ada la lagi balance sehari cuti aku tu...dpt la jugak aku amik cuti after christmas neh.

Wahai majikan - tidak kah anda tahu, staff anda yg ketandusan cuti ini kadang2 datang keja langsung tak produktif???? Hohhhh!!!

OK, cukuplah membebel. Nasib ada keja pun dah syukur kan. Kalo tade keja hah..cuti setahun terus...SERONOK KE? hehehe.

Sunday, August 14, 2011

membebel di bulan mulia, hehe

Sedar tak sedar dah 14 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, aku masih puasa penuh setakat ni, hehe. Kalau dapat puasa penuh sebulan mmg heaven ah, xyah susah2 berganti nanti, hehe. Personally, aku rasa Ramadhan aku kali ni insyaAllah lebih baik daripada Ramadhan2 yang lepas. Masak untuk berbuka dan sahur dah semestinya, walaupun dulu aku bukan jenis yg bangun bersahur tp bila dah jadi bini org ni kenalah bangun sahur dan masak sahur. Biasanya aku panaskan lauk berbuka je, memang dah siap-siap masak lebih masa berbuka. Masak untuk 2 org makan apa lah sangat kan, ala kadar saje. Nasib laki tak cerewet, apa dimasak itulah dimakan. Kritik membina sentiasa ada – tu tade hal. Hehe.

Minggu ni minggu OFF MASAK BERBUKA. Sebabnya hari ni ada majlis berbuka puasa kat ofis, lusa nak balik umah mak sbb Rabu cuti nuzul Quran dah janji nak wat biskut raya berjemaah ngan family. Khamis lak balik ke rumah mertua, minggu ni giliran berbuka rumah mertua. Kawen org dekat macam ni lah, ada giliran berbuka di rumah keluarga sendiri dan keluarga mertua, berselang minggu tauuu!!!. Tp still kena masak jugak untuk sahur..tp sahur laaagii ala kadar dari berbuka, so itu kicik punya hal lah, hehe.

Haihhh sungguh tak sabar nak wat biskut raya neh. Lagi2 wat beramai2, seronok..tak sedar masa berlalu. Resepi tahun ni ialah almond London, tart nenas, samperit, choc chip ala famous amos dan biskut koko rangup. Masak laaaa makan biskut raya!! Hahaha.

Oh, aku pun ada jual biskut raya yg mak sedara aku buat. Alhamdulillah, ada la kawan2 tempah dlm 40 bekas. Rezeki mak sedara ku, hehe. insyaAllah, aku pun akan dapat imbuhannya jugak skit2, aku tak niat berniaga pun, just tolong mak sedara je.

Ok lah, stop kat sini dulu. Blog ni nampaknya semakin sepi tapi takper…sepi itu kan indah!! Haha. Chow..

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com