Tuesday, March 09, 2010

nyaris2 terlupa password

hahaha..mana la x lupa, dah lama sgt x memblog, kan!! hishhh...xtahu la kenapa skrg ni mcm kekeringan idea je apa yg nak di ceritakan. bukan xder cerita....tp, xtau la. mungkin kenghairahan memblog dah x serupa macam mula2 kenal erti blog dulu..hehe.

tp nak terus stop dr memblog pun mcm sayang jugak. byk sgt kenangan manis tercipta kesan dari memblog ni. antaranya, cirlce of my mengong frens...mana la lagi nak carik kawan2 mengong yg mcm dorang tu, hehehe. rinddduuuuuuuuuuuuuu sgt kat dorang semua, tp apakan daya...skrg status dah bertukar jadi bini org. jd payah la skit nak menjuinkan diri dalam aktiviti2 mengong lagik. kalau duk area sana at least blh la pujuk2 laki nak join sekaki. tp ni...duk dah la jauhhhh, jd skrg ni sgt la terasa jauhhh ngan kengkawan mengong semua.

bila nengok dorang masih bersuka ria bergossip isu2 semasa yg sentiasa hangat, owhhh...sungguh terguris2 hati ni...nak jugak menyumbang barang 1,2 gossip kan. hahaha.

anyway, begitulah bila dah bertukar status dan tinggal berjauhan. nasib baiklah ada kemudahan tenet ni utk sekurang2nya masih blh bertegur sapa dan bertanya khabar berita.

hidup aku skrg mmg betul2 mcm berfamily lah. tak pernah tersangka pulak begini kehidupan selepas berkahwin. mcm terputus ngan dunia lain..hehe. hari kerja, kerja la kan mcm biasa. hari cuti, masa bersama keluarga pulak. skrg belum ada anak, jd masa byk dihabiskan pada ibu bapa dan ibu bapa mertua. agak jarang sebenarnya menghabiskan masa weekend berdua.

tp, apa yang penting adalah aku seronok dan bahagia mcm ni. hidup dikelilingi wajah2 kesayangan aku.

pada kawan2 mengong - bila kite nak jumpa lagiiii???? huuuu


Thursday, January 21, 2010

awet muda

tahun baru ni membawa aku mengimbau pada memori2 lama betul la. dalam bulan ni je dua kali aku terjumpa ngan kawan lama masa sekolah2 dulu.

kes pertama:
sedang aku menikmati makan tengahari di food court sebuah mall terkemuka di kerteh, aku terpandang kelibat seseorang yg sgt familiar...tp agak sudah lama x dilihat. aku melambai tangan ke arahnya dan dia terkebil2 sebentar...bila aku semakin mendekati, barulah dia tersenyum lebar penuh makna. dia seorang kawan yg rapat dgn aku masa di zaman persekolahan dulu. berpisah pada tingkatan 5 kerana dia terpaksa mengikut keluarga yg berpindah ke negeri sembilan. sejak itu, kami langsung x jumpa2 dah. dia yg aku jumpa beberapa minggu lepas langsung x berubah, masih seperti budak sekolah menengah walaupun dah ada 3 org anak. anak sulung pun dah bersekolah darjah 3. wow!!! very hot mama! anak2 mcm adik2 je. sgt awet muda. tidak bekerja, surirumah sepenuh masa tp ada side bisnes jugak la. skrg terpaksa menguruskan anak2 sendiri kerana suami terpaksa outstation ke turkmenistan. sungguh iron lady kawan aku ni rupanya. salute...salute!!

kes kedua:
baru je semalam berlaku. sehabis masa bekerja, aku ke mall terkemuka di kerteh itu lagi utk memenuhi 1 temujanji merawat muka, hehehehe. promotion separuh harga...ahaha. sesudah membelai muka, aku terus menapak ke pasaraya dan di situ aku terjumpa seorang kawan lama, kawan zaman persekolahan juga. manis...kecil molek saje kawan aku tu. masih seperti zaman dulu2, langsung x berubah. kalo pakai baju sekolah, harus blh masuk blk sekolah jd student. sungguh awet muda. dia skrg cikgu di sekolah di sekitar situ...dah mengajar dari thn 2006 lagi. punya la lama rupanya kami duk di tempat yg sama...tp br semalam terserempak bersama. kawan yg manis ini masih lg single. aku mcm kelu nk tnya status dia pd mulanya sbb bg aku soal tu sgt sensitif...mcm aku sebelum kawen dulu lah. dari raut wajah ketika bercakap soal kawen x kawen, bila kawen..member mana yg dah beranak pinak...aku dpt lihat raut kurang ceria dan raut muka ketat pd wajahnya. sama mcm aku dulu2 masa masih single juga. hairan juga cikgu semanis dan awet muda begitu masih belum berpunya..yer la kan, semua tu ketentuan Allah. Aku sbg kawan mendoakan yg terbaik buat dia...sbb dia yg aku kenali dari zaman remaja dulu adalah seorang insan yg baik hati, lemah lembut..sesuai dgn kerjaya yg dipilihnya tu.

herm...aku pulak? awet muda juga kah?? hahaha...tidak perlu lah aku perahsantan kannn...uhuhu.

n.

Monday, December 28, 2009

lagi beberapa hari jek nak jengah 2010

sekejap je masa berlalu, kan? pejam celik dah penghujung tahun 2009 dah, esok lusa dah masuk 2010....mmg sangat pantas. 2009 banyak sungguh kenangan tercipta, yg paling manis dah tentunya lah wedding aku. dari 2005 aku bersedia utk bergelar isteri..last2 terlajak smpai 2009. tp sebenarnya menjadi isteri tidaklah sesukar atau semudah disangka. sehingga sekarang aku dan laki masih mencuba utk menyesuaikan diri dan bertolak ansur dlm byk perkara. sesekali pasti ada juga pertelingkahan, tertumpah juga airmata...tp semua tu proses pembelajaran. yang penting, tiada yg terbuku di hati...semuanya perlu diluahkan agar tiada masalah berbangkit satu hari nanti.

selain berumahtangga, byk jugak wishlist aku berjaya dicapai tahun 2009 ni, Alhamdulillah... sekarang masanya untuk menyenarai pendek wishlist utk 2010 pula...hehehe.

agak2nya apa yer? so far, xder apa yg terlintas di fikiran kecuali yang satu itu...

Ya Allah...tunaikanlah hasrat ku yg satu ini pula yer....

Thursday, November 26, 2009

selamat menyambut eidul adha

kali ni sambut raya haji kat umah mak aku...raya puasa tu ari da raya kat umah mak mertua, hehe. alah, dekat je pun...selang 2 hari leh la balik ke kemaman laks.

hari ni x ramai yg datang keja...da ramai yg cuti, yer la esok da raya kan. aku gak yg x amik cuti pasal cuti dah ZERO!! huhuhuhu...

cuaca ok sejak semalam..da x hujan. paras air yg naik da mula surut. ok la tu...Allah kan Maha Mengetahui.

lately ni, aku malas nak berblog. xder mood. feel buat blog da x sama mcm dolu2. bila tawaf blog kawan2, blog org lain..byk je cerita dorang. aku pun ada je cerita...tp mebi x reti nak disampaikan kot.

apa2 lah...janji rock!! haha..rock kah????

Friday, November 13, 2009

another 1 week....

maka genaplah setengah tahun aku bergelar bini org. herm, kami masih berdua, belum ada tanda2 nak jadi bertiga lagik...hehe. belum ada rezeki lagi nampaknya. aku ok je, laki pun ok je. laki hari ni keja...haihhh, laki ni asyik keja je. sian aku kena tinggal sorang2 kat umah, hukhuk.
takperla, aku faham ngan corak keja laki. lagipun, dia nak carik duit lebih...byk perancangan masa depan yg kiteorg laki bini dah create. utk merealitikan sumer perancangan tu haruslah kena ada duit. so, kena rajin keja carik duit dan pandai guna duit. JIMAT CERMAT itu adalah sgt perlu...huhuhu.
pagi ni x sempat masak sarapan...bangun lewat, syok sgt tido time ujan2 mcm neh. takper...nanti tengahari aku masak utk laki. ada udang ngan ikan dalam peti...nak masak apa la gaknya ek? huhu. jap lg godek je la resepi masak udang...sonang citer.
so far laki x kisah aku x selalu masak. pagi da mmg x sempat, tengahari makan sendiri2...malam lak kiteorg x makan heavy. so, hari minggu je la masa tuk manjakan perut laki ngan air tangan bini.
laki prefer mkn kat umah, JIMAT katanya. so, stok makanan mmg selalu ada lah...senang time nak makan masuk dapur and sediakan saje. jemput2 pun jadik, laki x cerewet sgt. masak nasi, goreng ikan ngan sayur goreng pun x jadik masalah pada dia.
selain jimat dr segi pemakanan, laki pun ajar aku jimat dari segi pemakaian. dia x suka sgt aku ikut arus trend. aku ni xderla jenis bergaya sgt pun..so, tade masalah sgt lah. bila aku ckp satu hari aku nak belajar jahit baju...dia suka sgt. sekurang2nya xpayah dah upah utk baju kurung. yerla, upah sepasang baju kurung paling kurang pun 25 ke 30 ringgit skrg ni.
mcm barang2 dalam umah ni, kalo ikutkan aku....mcm2 benda aku nak beli. tp laki aku rilekkk je. bg dia cukupla ngan apa yg basic je, tu pun janji ada je. asalkan rumah kemas, bersih...da nampak cantik. hehe.
hermm...so, selama hampir setengah tahun duk bersama laki ni, aku rasa ok-ok la. takde byk menda yg blh buat kiteorg bermsam muka. merajuk skit2 tu biasalah. penyeri rumah tangga org kata..hehe.

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com