Saturday, May 14, 2011

I who have nothing

suka giler ngan suara dan nyanyian haley reinhart neh....power beb!!! cant get enough of it!! caya lah...



Tuesday, May 10, 2011

Lompat Kerja

Aku memulakan karier aku di tempat kerja aku sekarang ni dari tahun 2004 lagi. So, dah almost 7 years aku bekerja di sini. Berbagai onak duri, pengalaman pahit manis yang aku lalui sepanjang tempoh 7 tahun tersebut. Aku pernah apply kerja lain di jabatan kerajaan, tapi satu pun tak sangkut. Asyik dapat ujian bertulis je. Sekali je pernah dapat interview gomen masa aku apply for KPLI tahun 2004 kot. Jadi, pengalaman aku di interview adalah sangat sedikit, iaitu hanya 2 kali sahaja sepanjang 7 tahun ni.

Beberapa hari lagi, aku bakal mencipta pengalaman baru, pengalaman di interview. Perghhh…nervous gila tau!! Huhuuhu. Kawan-kawan seangkatan aku dah ke mana-mana dah. Ada yang ke Melaka, ada yang ke KL, ada yang ke Serawak..merata ceruk dah. Aku je yang masih setia disini. Bila aku dapat tahu ada kekosongan kerja di sebuah company ni, aku tetiba terbuka hati nak apply kerja tersebut. Akhirnya, aku dipanggil untuk di interview.

Aku tak pasti sama ada aku betul-betul nak lompat kerja ke company lain atau aku masih ingin terus setia di sini. Sejujurnya aku tak pernah terfikir untuk lompat-lompat kerja ni, walaupun aku bekerja contract basis sahaja. Yang pasti, walaupun aku masih tiada keputusan sama ada ingin lompat kerja atau tak, aku tetap akan attend interview tu dulu. Mana lah tahu interview tu aku tak lulus pun kan…ekekeke. Kalau lulus interview, baru lah aku akan fikirkan baik buruk lompat kerja neh as aku takde masalah besar sangat kat tempat kerja aku sekarang. Tak puas hati sikit-sikit tu biasa lah. Aku assume kat mana-mana pun sama je tu, tak puas hati adalah penyakit yang boleh datang pada kita bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, hehehehe.

So, soal sayang nak tinggalkan tempat kerja yang dah hampir 7 tahun aku bernaung ni, ataupun soal bagus tak tempat kerja baru nanti…tidak akan difikirkan lagi buat masa ini!! NOKTAH!! Hehehehe.

.

Sunday, May 08, 2011

Info Sharing : 8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

 Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya okey, hehehe.

Sumber : Forwarded email dari kawan-kawan.

Wednesday, May 04, 2011

Buat baik dibalas baik..

Seronok tak terkata bila company sedang meng-implement flexible working hours, walaupun hanya untuk trial mode sahaja wat masa skrg. Masa kedatangan adalah dari 7.00am hingga 9.00am, masa pulang pula adalah dari 4.00pm hingga 9.00pm. Aku tade kesulitan apa-apa sebelah pagi, bangun pagi je boleh terus siap-siap ke tempat kerja..so aku decided to masuk ofis seawal 7.00 pagi, membolehkan aku pulang dari ofis seawall 4.00 petang, hehehe…HEAVEN!! Tapi tade lah tepat-tepat pukul 7 aku sampai ofis, terbabas je ke pukul 7.10, 7.15, 7.30..tak kisah lah, janji aku boleh balik sebelum pukul 5 petang. Seronok tau balik awal ni…hehe.

Pagi-pagi lagi tadi aku call mak. Aku mmg sangat selalu call mak aku, boleh dikatakan setiap hari aku call mak aku. Kadang-kadang takde nak sembang apa pun, tapi kalau dengan mak, tak perlu bimbang kalau takde topic nak sembang, for sure mak sentiasa ada je benda yang nak dia cakapkan, hehe. Macam sekejap tadi, topiknya adalah ayah aku. Sejak pemergian wan, ayah belum miss jenguk pusara wan setiap pagi. Bacakan surah yassin, sedekahkan Al Fatihah, tanamkan pokok-pokok. Sejuk hati mak tengok ayah macam tu. Mak cakap ngan aku tadi, “bertuah la seorang ibu dapat anak mcm ayah tu”. Aku akui kata-kata mak. Aku masih ingat satu insiden di kampong, sewaktu wan masih sihat dan tinggal dirumahnya, ayah menangis-nangis memohon maaf dari wan macam anak kecil, hilang segannya pada isteri dan anak-anak walaupun silapnya bukan lah besar mana pun namun ayah tetap bersungguh-sungguh memohon maaf dari wan kerana bimbang silap yang kecil itu boleh mengguris hati seorang ibu.

Orang kata, kalau kite bersikap baik pada ibu bapa kita, InsyaAllah anak-anak kita nanti pun akan melayan kita dengan baik. Apa yang aku nampak, anak-anak mak dan ayah aku takde yang degil keterlaluan, kalau langsung tak degil dan sentiasa mendengar kata tu pun tidak lah…manusia dan salah silap tu kan sentiasa ada. Aku harap aku dan adik beradik yang lain boleh mengikut teladan baik ayah..semoga kami pun boleh terus melayan mak ayah kami sebaik mungkin sehingga akhir usia mereka. Kalaulah ada rezeki aku menimang zuriat (aminnn), aku mohon zuriat aku nanti pun akan hormat dan patuh pada ibu bapa nya, insyaAllahh!!


Monday, May 02, 2011

Hargailah semasa ada...

Tanggal 29.04.2011 (Jumaat), selepas masuknya waktu Asar..Wan (gantinama nenek yg dipanggil cucu-cucu arwah) telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Wan menghembuskan nafas terakhirnya bersama anak sulung beliau (Che We) dan emak ku berada rapat disisinya. Abang, aku dan sepupu ku suami isteri juga ada di rumah Che We tapi kami tiada di sisi wan saat-saat terakhir wan pergi. Ayah ku pula telah ke masjid untuk solat asar.

Wan dah lama uzur, maklum lah dah tua. Namun, keuzuran melampau tahap tidak dapat megurus diri sendiri adalah sejak Aidil Adha tahun lepas. Sejak itu ayah setiap hari pagi dan petang akan pergi ke rumah Che We dan uruskan wan. Aku pernah ceritakan pasal ni di sini

Pada hari wan meninggalkan kami semua, aku nampak ayah sangat cekal hati dan tabah. Aku tahu ayah dah lakukan yang terbaik buat ibu nya. Ayah tak abaikan wan. Ayah anak yang baik. Berbeza semasa arwah Ayah Chik (adik ayah) meninggal dunia beberapa tahun lepas, ayah nampak fragile..tp kali ini ayah betul-betul nampak redha dengan pemergian ibu nya. Untung anak-anak wan kerana wan pergi secara perlahan-lahan, tidak mengejut.

Ini pengalaman pertama aku bersama-sama membantu uruskan jenazah. Satu pengalaman yang sangat menginsafkan. Satu pengalaman yang sangat menguji keimanan dan kecekalan hati. Di saat kite bersedih, air mata ingin mencurah laju, namun terpaksa ditahan atas alasan menghormati jenazah dan tidak mahu menyakitinya. Mengangis hanya dalam hati, sakit di dada menahan tangis hanya Allah yang tahu...

Semasa membantu mandikan jenazah, aku sedar yang sekujur jasad wan bersih dan cantik..kuning berseri, mata pulak tertutup serapatnya.

Kini, wan tiada lagi. Pengganti juga tidak boleh di cari. Wan hanya satu-satunya. Semoga roh wan tenteram di sana, semoga roh wan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al Fatihah.


Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com