Monday, January 10, 2011

Rindu baby Iyad...

Semalam adik iparku bertandang ke rumah, sempena AJL..kuikui. Adik iparku ini baru jek pindah dari Selangor ke Kuantan, so kat umah barunya di kuantan tu ASTRO tadak line lagik. Since aku kerja, so dia datang pun dah petang, bertolak dari Dungun..dari umah kak ipar kiteorg. Kire rondaan rumah ke rumah la ni...bagus tau aktiviti mcm ni, mengeratkan silaturrahim begitu kekdahnya. Maklum la..ipar duai ni relationship tu mmg perlu diusahakan. Kite pun masing2 baru kenal, baru jadik 1 keluarga kan.

So, mlm td kiteorg lepak2 je tgk ajl. Aku ni xtau la mcm mana blh sgt mengantuk dan tertidur...baru tgk 1 performance, dah kuyu mata ni ha. Aku dgr halus2 je pastu nyanyian API, Syahir, Hafiz..sayup2 jek dengar. Bila aku jaga, aku tgk adik ipar aku ngan baby pun dah tertido gak. Aku cakap ngan laki "eh, muzi pun tido gok?", terus dia tersedar. Lepas tu terus menonton sampai tamat siaran ajl tersebut.

Aku suka je adik ipar aku dtg umah, sbb ada baby!! hehe. Baby Iyad ni anak sedara aku yg ke-5. Anak sulung adik aku yg nikah lewat seminggu dari kakaknya ni ha.

Ni budak kecik tu sebelum dia tido. Geram tau kat dak ni...baikkk je!



sekejap jek dpt main ngan budak kecik ni...x puasss!!! ni yg nak beranak gak ni. Tapi..xder rezeki lg, nak wat cemano. Sabarrrrrr!!!! huhuhuhu.

Apa aku nak citer ni sebenarnya ek? hahahaha...ntah pape la aku ni. Mata dah ngantuk mcm ni la...membebel ikut suka je..huhu.

windu baby Iyadddd!!! huhu.

Friday, January 07, 2011

penyelesaian masalah yg seterusnya ialah...

previous entry dah citer selesainya beberapa masalah..hari ni nak citer lagi beberapa masalah sudah diselesaikan. sungguh lega hati perut ni setelah semua dpt diselesaikan. hari ni, pagi2 lagik dah pegi kuantan, walaupun dengan cuaca yg masih hujan renyai2 tu. huhuhuhu...sekarang sangat sejuk tau kat sini.

sampai kuantan agak lewat pasal keta hujan2 ni xleh la nk bawak laju2..jln lubang sana sini, ada lopak2 air lagik..so kena berhemah dah berhati2 di jalan raya. so, sesampai di kuantan td terus ke macinda auto wat urusan pembayaran down payment, pastu terus ke maybank utk sign agreement hutang selama 9 tahun, huhuhu....lama tu 9 tahun tanggung hutang! apa boleh buat...xder hutang, x sah!! nguuu.. InsyaAllah my new car will be arrive next week. Alhamdulillah...dah lama tunggu! hehe

seterusnya, kiteorg menuju ke airport utk urusan penebusan flight ticket to langkawi. hujung bulan ni aku akan attend satu forum kat langkawi. disebabkan aku nak laki ikut sekali, aku guna la segala enrich miles yg aku ada utk buat penebusan tiket. Alhamdulillah...points yg aku ada cukup utk wat penebusan tiket pergi balik kuantan-kl-langkawi-kl-kuantan. tiket aku dah sah2 lah ditaja company, hehe.

cakap pasal langkawi, sebenarnya sangat banyak kenangan di sana. kalau nak diceritakan kat sini harus jadi panjang berjela2. dulu2, aku ada coretkan kenangan tu dlm blog lama aku di ekawan. tp blog tu dah lama berkubur dan mostly entries kat dalam tu aku dah delete. aku cant remember why aku delete entry2 lama tu semua. yg pasti masa aku ber blog di ekawan tu, aku tgh jiwa kacau...jadi mebi entry2 aku tu sgt beremosi kot...tu pasal aku delete. agaknya la..aku tul2 x igt dah.

nanti lah bila ada masa yg sesuai skit aku nak bercerita pasal kenangan kat langkawi bersama kawan2 mengong ekawan dulu, hikhik.

Thursday, January 06, 2011

money money money....

Masalah 1 dah selesai hari selasa lepas iaitu menterminate celcom broadband line dan mengcancelkan insuran kereta di maybank. Alhamdulillah, hari ni selesai lak masalah 2 iaitu urusan pengeluaran duit dan pembayaran. Wat kuar duit kat few banks (aku ni duit saving merata2, kes xnak terambik/terguna duit saving nyer pasal) pastu terus wat urusan pembayaran. Duit blh nampak sekelip mata je, pastu dah jadi milik org lain dah...haihhh...duit...duittt...!!

Tp lega la dah selesai segala urusan. Esok kena menuju ke kuantan untuk urusan cop mohor pulak. Di samping tu, aku ke kuantan esok jugak utk urusan penebusan flight tiket, bab ni nanti la lain entry blh cerita. Yang penting...sgt suka bab tebus menebus ni sbb x pakai duit....ekekeke.

Ok, bercakap pasal duit. Korang pernah dengar atau pernah ada pengalaman main kutu tak? korang tau tak main kutu tu apa? bukan kutu rayau atau kutu haiwan tau..ni kutu duit. kat opis aku ni, ada la buat main kutu ni. aku pernah join dulu masa nak kawen (thn 2009) pastu thn lepas aku stop. tahun ni aku start balik main kutu ngan kengkawan opis ni. dah ramai yg join, dah jadi 2 grup. sebulan akan ada 1 kepala dari each grup yg akan dapat duit kutu tu. giliran ni ditentukan oleh undian.

giliran aku adalah pd bulan ni. so, pembayaran kutu start dibuat selepas masing2 menerima duit gaji mereka. Mcm utk giliran aku ni, pembayaran sepatutnya dibuat paling lewat pada 30.12.2010 baru2 ni. Penyerahan duit kutu lak akan dibuat pada hari isnin lepas sepatutnya, tp disebabkan ada yg terlewat membayar...jadik lmbat la duit tu diserahkan pd aku.

Dan sepatutnya hari ni dah jadi hari plh lmbat utk aku terima duit kutu tu, dan masih ada 2 org yg x byr lagi. yg sorang cuti..dan initially dah say sorry kat aku pasal katanya bajet terlari bulan ni pasal anak2 masuk sekolah. Yg lagi sorang lak...katanya akan bg hari ahad nanti. yg ni giliran last month pun dia lewat byr gak, penerima kutu last month dah cerita kat aku before ni pasal dia lewat byr.

Aku pun menunggu sahajalah. Takkan nak paksa2 lak kan. Tapi bagi aku, benda berkaitan duit ni x elok diperlambatkan mcm ni. Kite dah commit utk main kutu, utk byr seawal setelah dpt gaji, x boleh la dilewat2kan. kesian kat org. kalau sekali dgn alasan yg munasabah org tentu blh terima, tp kalau last month lewat, this month lewat...tu nak kire cemano??

Sepatutnya bila kite dah agree utk join, kite haruslah allocate siang2 duit kutu tu, xder la nanti terguna atau apa2 ter sekalipun lah. Yg penting kena igt...itu adalah duit org yg ada pada kite.

Haihh..entah la, manusia ni kan berbagai ragam.

Tuesday, January 04, 2011

Nasib pekerja kaunter

Seandainya diberi peluang untuk memilih kerja yg sesuai ngan diri, rasanya bekerja di kaunter adalah pilihan terakhir yg akan aku buat. Aku tak cukup kesabaran dan ketabahan hati rasanya nak bekerja di kaunter..be it apa2 kaunter sekalipun.

Kenapa aku x sanggup kerja kat kaunter? selain sikap sabar yg kurang menebal dalam diri, aku jugak adalah jenis manusia yg sensitif dan moody...sungguh tidak sesuai dengan sikap seorang pekerja kaunter.

Pagi ni, aku ke cawangan celcom kemaman sbb nak buat termination line broadband. Since last 2 weeks, aku dah start pakai streamyx kat umah so aku rasa dah tade keperluan utk aku terus subscribe celcom broadband tersebut.

Pakej yg aku subscribe masa register celcom broadband ni dulu adalah di caj pada kadar RM68 sebulan, tp lately ni dah jadik RM70 sebulan. RM2 penambahan untuk billing/statement caj. Jadi bg aku adalah membazir utk spend RM70/month sedangkan pd masa sama aku dah ada streamyx kat umah. Reason aku register streamyx adalahhhh.....line celcom kat umah aku sgt slow kalah si sipuuuuutttttttt!!! sabar je aku selama ni ngan line yg slow itu. Aku bertahan pun pasal aku blh guna broadband tu kat opis, pasal kat opis line nya adalah laju tahap superb!! huhu

Ok, berbalik pada pekerja kaunter. Tadi masa aku gi terminate line celcom tu, masa duk ngadap ngan budak kaunter tu...masa tu pagi2 hari tau, aku mungkin customer kedua, ketiga atau boleh jadi 1st customer kot! Budak tu tnya aku, "akak, nape nak terminate ni?" aku cakap "akak dah pakai streamyx skrg dik". Pastu dia cakap "rugi ni akak terminate ni, ni pakej lama..skrg pakej ni dah kena caj RM100 sebulan" Aku reply "takper lah, kalau guna pun rugi gak akak nak byr 2 bil, celcom lg, streamyx lagi" bla blaaa blaaa....sampaila aku start rasa meluat. Dah aku cakap aku nak terminate jgn la byk soal. Siap ckp aku rugi la apa la, pastu siap suggest aku tnya dulu kot2 ada sedara mara yg nak pakai line tu, bagi la dorang pakai, suruh diaorg byr la bulan-bulan. Aku like...."apa kes la budak ni????"

last2 aku bagi gak sedas, "xper la dikkalau rugi pun, selama ni akak dah lama rugi jugak pasal broadband ni slowwwwwwwwwwwwwwwww gilerrr time akak guna kat umah, x kire siang malam. kalau kat opis ok pulak walhal satu kawasan jek umah ngan ofis akak. Adik kabo je brp lg kak kena byr, kak nok masuk opis pulak ni..abis byr ni adik terminate la ek"

Tp, bila aku cuba letakkan diri aku dlm situasi budak kaunter tu, aku mesti gerammmm jek kalo customer wat camtu kat aku, huhu. Respek la kat budak tu pasal muka dia x nampak boring pun ngan aku, aku je yg boring ngan dia...huhu.

note: adik ipar aku ada sorang kerja kat kaunter saman, x dpt bygkan ketabahan dia melayan customer. Hehe.

Monday, January 03, 2011

Important to do survey before buying any goods

Percayalah..memang penting survey dulu harga barang yg kite nak beli sebelum membeli, lebih2 lagi kalau barangan yang nak dibeli tu adalah expensive. Kisahnya semalam aku dan laki meronda2 bandar dungun untuk membeli sebuah LCD TV. Laki mmg sangat berminat utk memiliki brand TOSHIBA. Aku lak lebih kepada brand apa yg aku x prefer..aku x prefer LG & SAMSUNG. Tak tau la naper..tapi kalau 2 brand ni aku x nak beli.

Bajet aku adalah 2k sahaja. Nak carik LCD TV 40" dgn bajet 2k tu aku rasa mcm payah kot. Sbb so far duk survey harga tu dpt utk plasma TV saje. LCD TV mostly above 2k. Selepas menyinggah beberapa kedai, kiteorg akhirnya singgah di sebuah electric store yg dah pernah kiteorg pegi dulu masa carik fridge n washing machine. Bila tgk display LCD, aku rasa aku setuju ngan laki utk membeli TOSHIBA REGZA. Gambar sgt cantik lah compare to yg lain2. Ni pada mata kiteorg laki bini la..pd mata org lain aku xtau la kan.

Sembang punya sembang ngan tokei kedai, dia blh bg setakat 2300 with few free gifts. Aku pun mengajak laki beredar. Carik kat kedai lain lak. Kiteorg pun masuk Seng Heng. Ada SHARP AQUOS kaler putih yg sangat santek, price 2199. TOSHIBA xder display, stok pun tade, kalo nak kena order. Bila tnya price, kata adik salesgirl tu harga member Seng Heng adalah RM1999 utk toshiba regza 40" model yg sama yg kedai sebelum tu bg RM2300. Byk tu beza, byk leh jimat. Jadi, sesungguhnya survey lah duru sebelum membeli...hehehe. (pesanan penaja neh)

Aku pun apa lagi, 1999 dah mmg within bajet aku dah tu, LCD pilihan hati lak tu. Tanpa berlengah terus renew membership RM12. Tak sabar nak tggu tv mcm kat bawah ni smpai ke teratak kiteorg ari rabu ni, hehe. Tak sabar jugak nak deco ruang menonton...hihihii. EXCITED!!

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com