Thursday, January 21, 2010

awet muda

tahun baru ni membawa aku mengimbau pada memori2 lama betul la. dalam bulan ni je dua kali aku terjumpa ngan kawan lama masa sekolah2 dulu.

kes pertama:
sedang aku menikmati makan tengahari di food court sebuah mall terkemuka di kerteh, aku terpandang kelibat seseorang yg sgt familiar...tp agak sudah lama x dilihat. aku melambai tangan ke arahnya dan dia terkebil2 sebentar...bila aku semakin mendekati, barulah dia tersenyum lebar penuh makna. dia seorang kawan yg rapat dgn aku masa di zaman persekolahan dulu. berpisah pada tingkatan 5 kerana dia terpaksa mengikut keluarga yg berpindah ke negeri sembilan. sejak itu, kami langsung x jumpa2 dah. dia yg aku jumpa beberapa minggu lepas langsung x berubah, masih seperti budak sekolah menengah walaupun dah ada 3 org anak. anak sulung pun dah bersekolah darjah 3. wow!!! very hot mama! anak2 mcm adik2 je. sgt awet muda. tidak bekerja, surirumah sepenuh masa tp ada side bisnes jugak la. skrg terpaksa menguruskan anak2 sendiri kerana suami terpaksa outstation ke turkmenistan. sungguh iron lady kawan aku ni rupanya. salute...salute!!

kes kedua:
baru je semalam berlaku. sehabis masa bekerja, aku ke mall terkemuka di kerteh itu lagi utk memenuhi 1 temujanji merawat muka, hehehehe. promotion separuh harga...ahaha. sesudah membelai muka, aku terus menapak ke pasaraya dan di situ aku terjumpa seorang kawan lama, kawan zaman persekolahan juga. manis...kecil molek saje kawan aku tu. masih seperti zaman dulu2, langsung x berubah. kalo pakai baju sekolah, harus blh masuk blk sekolah jd student. sungguh awet muda. dia skrg cikgu di sekolah di sekitar situ...dah mengajar dari thn 2006 lagi. punya la lama rupanya kami duk di tempat yg sama...tp br semalam terserempak bersama. kawan yg manis ini masih lg single. aku mcm kelu nk tnya status dia pd mulanya sbb bg aku soal tu sgt sensitif...mcm aku sebelum kawen dulu lah. dari raut wajah ketika bercakap soal kawen x kawen, bila kawen..member mana yg dah beranak pinak...aku dpt lihat raut kurang ceria dan raut muka ketat pd wajahnya. sama mcm aku dulu2 masa masih single juga. hairan juga cikgu semanis dan awet muda begitu masih belum berpunya..yer la kan, semua tu ketentuan Allah. Aku sbg kawan mendoakan yg terbaik buat dia...sbb dia yg aku kenali dari zaman remaja dulu adalah seorang insan yg baik hati, lemah lembut..sesuai dgn kerjaya yg dipilihnya tu.

herm...aku pulak? awet muda juga kah?? hahaha...tidak perlu lah aku perahsantan kannn...uhuhu.

n.

Monday, December 28, 2009

lagi beberapa hari jek nak jengah 2010

sekejap je masa berlalu, kan? pejam celik dah penghujung tahun 2009 dah, esok lusa dah masuk 2010....mmg sangat pantas. 2009 banyak sungguh kenangan tercipta, yg paling manis dah tentunya lah wedding aku. dari 2005 aku bersedia utk bergelar isteri..last2 terlajak smpai 2009. tp sebenarnya menjadi isteri tidaklah sesukar atau semudah disangka. sehingga sekarang aku dan laki masih mencuba utk menyesuaikan diri dan bertolak ansur dlm byk perkara. sesekali pasti ada juga pertelingkahan, tertumpah juga airmata...tp semua tu proses pembelajaran. yang penting, tiada yg terbuku di hati...semuanya perlu diluahkan agar tiada masalah berbangkit satu hari nanti.

selain berumahtangga, byk jugak wishlist aku berjaya dicapai tahun 2009 ni, Alhamdulillah... sekarang masanya untuk menyenarai pendek wishlist utk 2010 pula...hehehe.

agak2nya apa yer? so far, xder apa yg terlintas di fikiran kecuali yang satu itu...

Ya Allah...tunaikanlah hasrat ku yg satu ini pula yer....

Thursday, November 26, 2009

selamat menyambut eidul adha

kali ni sambut raya haji kat umah mak aku...raya puasa tu ari da raya kat umah mak mertua, hehe. alah, dekat je pun...selang 2 hari leh la balik ke kemaman laks.

hari ni x ramai yg datang keja...da ramai yg cuti, yer la esok da raya kan. aku gak yg x amik cuti pasal cuti dah ZERO!! huhuhuhu...

cuaca ok sejak semalam..da x hujan. paras air yg naik da mula surut. ok la tu...Allah kan Maha Mengetahui.

lately ni, aku malas nak berblog. xder mood. feel buat blog da x sama mcm dolu2. bila tawaf blog kawan2, blog org lain..byk je cerita dorang. aku pun ada je cerita...tp mebi x reti nak disampaikan kot.

apa2 lah...janji rock!! haha..rock kah????

Friday, November 13, 2009

another 1 week....

maka genaplah setengah tahun aku bergelar bini org. herm, kami masih berdua, belum ada tanda2 nak jadi bertiga lagik...hehe. belum ada rezeki lagi nampaknya. aku ok je, laki pun ok je. laki hari ni keja...haihhh, laki ni asyik keja je. sian aku kena tinggal sorang2 kat umah, hukhuk.
takperla, aku faham ngan corak keja laki. lagipun, dia nak carik duit lebih...byk perancangan masa depan yg kiteorg laki bini dah create. utk merealitikan sumer perancangan tu haruslah kena ada duit. so, kena rajin keja carik duit dan pandai guna duit. JIMAT CERMAT itu adalah sgt perlu...huhuhu.
pagi ni x sempat masak sarapan...bangun lewat, syok sgt tido time ujan2 mcm neh. takper...nanti tengahari aku masak utk laki. ada udang ngan ikan dalam peti...nak masak apa la gaknya ek? huhu. jap lg godek je la resepi masak udang...sonang citer.
so far laki x kisah aku x selalu masak. pagi da mmg x sempat, tengahari makan sendiri2...malam lak kiteorg x makan heavy. so, hari minggu je la masa tuk manjakan perut laki ngan air tangan bini.
laki prefer mkn kat umah, JIMAT katanya. so, stok makanan mmg selalu ada lah...senang time nak makan masuk dapur and sediakan saje. jemput2 pun jadik, laki x cerewet sgt. masak nasi, goreng ikan ngan sayur goreng pun x jadik masalah pada dia.
selain jimat dr segi pemakanan, laki pun ajar aku jimat dari segi pemakaian. dia x suka sgt aku ikut arus trend. aku ni xderla jenis bergaya sgt pun..so, tade masalah sgt lah. bila aku ckp satu hari aku nak belajar jahit baju...dia suka sgt. sekurang2nya xpayah dah upah utk baju kurung. yerla, upah sepasang baju kurung paling kurang pun 25 ke 30 ringgit skrg ni.
mcm barang2 dalam umah ni, kalo ikutkan aku....mcm2 benda aku nak beli. tp laki aku rilekkk je. bg dia cukupla ngan apa yg basic je, tu pun janji ada je. asalkan rumah kemas, bersih...da nampak cantik. hehe.
hermm...so, selama hampir setengah tahun duk bersama laki ni, aku rasa ok-ok la. takde byk menda yg blh buat kiteorg bermsam muka. merajuk skit2 tu biasalah. penyeri rumah tangga org kata..hehe.

Tuesday, November 03, 2009

bila bos 1 dan bos 2 tiada di ofis.....

dengan pantas nya aku connect to tenet, hehehe. uihhhh, sonok tul. tp...nak citer apa yer kat sini?

herm..aku nak start ngan tempat keja la dulu. keja skrg sgt bz, preparation utk benchmarking tinggal 2 bulan jek lagi. walaupun kengkadang aku rasa aku byk cover keja sorang2, aku rasa sakit kat dalam hati, tp lama2 aku biarkan jer. takper lah, lagipun yg lebih penting adalah keikhlasan. dan yg lebih penting lg, bos aku tahu apa yg aku buat.

pasal sub ordinate laks, aku kadang2 berbulu mata gak ngan sikap dorang ni. tp aku sabarkan saje lah. ada gak few issues yg aku hilite pd senior aku..hopefully dia blh tackle la issue tu. kecik punya issue je pun sebenarnya...tp still perlu perhatian.

pasal user forum tu, locationnya adalah samada di Kuching, KK atau Kuantan. aku belum pernah jejak Kuching, so mcm best gak kalo buat kat Kuching, leh gak aku heret laki sekali..hehe. aku dah byk kali ajak laki teman aku outstation...tp dia susah nak dpt cuti. end up, bulan 12 nanti, dia ckp dia blh ikut aku...yeyyy!!! kali ni aku nak book service apartment lah, besar skit biliknya..leh main kejar2...ahahahaha.


setelah berminggu2 laki keja masa weekend, at last...last week dia ckp x keja and kiteorg gi shopping kat Parkson Kuantan, ada jualan gudang sbb da nak tutup parkson tu. aku beli keperluan rumah mcm bantal, bedsheet...murah2 giler...naik gila aku dibuatnya. laki belikan handbag utk aku, warna putih lagi..dia tahu aku suka putih. terharu rasa sbb aku x belikan apa2 pun untuk laki...huhu. pastu gi berjimba2 di Panching. hubungan aku ngan laki sekarang makin OK, kiteorg makin mula memahami satu sama lain. aku cuba bertoleransi ngan kekurangan dia dan tidak mengambil kesempatan ngan kelebihan dia.


Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com