skrg byk menda dah in 1, 2 in 1 la, 3 in 1 la, 4 in 1 la....semuanya nak cepat, kan? entry aku kali ni pun nak cepat jugak...pasal tu 2 in 1, hehehe. Ok, diringkaskan cerita...ada 2 cerita yg aku nak bebelkan kat sini. alah, bukan citer menda pun, citer ttg aku, ttg dia dan ttg kehidupan kami sahaja. takder la menarik sgt pun, ahahha.
pertamanya cerita pasal 1st wedding anniversary aku dan laki. mula2 mmg tade plan nak beli hadiah apa2 pun, dan tade plan nak gi mana2 pun. last2, ada sebiji aircond dan ada jugak penginapan 2 hari 1 malam di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di Duyong, Kuala Terengganu. kiteorg ambik cuti 2 hari sempena annv ni, on the way pegi KT tu duk mengimbas2 kenangan setahun dulu, hehe. kiteorg smpai KT around 11.00 am, tp since check in adalah pukul 1pm, so aku decide nak g jumpa sorang kawan baik aku yg dah lamaaaaaaaa x jumpa. last jumpa masa aku attend wedding dia dulu tahun 2006 kot. skrg dah ada sepasang anak dah kawan aku tu. pergi restoran dia di KT, dah la memula tersalah pegi restoran bapak dia, uhuhuhu....dorang ni anak beranak bisnes kedai makan. bagus betul la.
akibat jarang pegi KT, x sangka la pulak jalan kat KT jem teruk. aduuuhai, lomah den!! huhu... tp ok la, dpt jumpa kawan lama, sgt seronok!! oh ya, makan2 di restorannya adalah percuma sahaja, haha...terima kasih la byk2 kat farina dan suami yer. lain kali aku gi mkn free lagik, ok!! haha..
then, terus menuju ke riyaz. rupanya riyaz ni adalah dulu dikenal dgn nama kelab teluk warisan. sgt cantik tempatnya. sgt tradisional, sgt sunyi dan sgt privacy! gambar belum dipindahkan ke laptop, huhu...so, sorry yer, xder gmbar. tp time kiteorg pegi ni, x ramai pun org kat situ. spa pun tutup - tgh renovate. huhu.. sikit x sikit org yg stay situ, masa breakfast x ada buffet. bila aku tnya katanya guest x smpai 10 bilik, so xder buffet. tp blh order apa je utk breakfast, apa lagi, seronok ler aku dan laki mengo order apa saje. nasi dagang tip top!! nasi lemak juga marvelll!! jus honeydew dan apple pun sgt best smpai repeat order, hahahaha.
overall, sgt best!! rasa mcm x nak blk pun ada. suasana sgt memberi ketenangan jiwa. muara sungai yg saujana, padang rumput yg saujana...i loikeee!!!
keduanya ialah....hihi, yg ni x basi sgt lagi, pasal baru mlm td kisahnya berlaku. mlm td ada konsert jelajah lrgenda rock 2 zaman iaitu ella dan faizal tahir di mesra mall. mak aiii...aku ngan laki first time ni tgk konsert. teruja giler dpt tgk ella dan faizal tahir nyanyi live depan mata. host konsert adalah along champ, artis undangan lak bini si along iaitu zila dan sorang lg x kenal. huhu..
sambutan xder la havoc sgt, x penuh hall pun. artis pun mcm kuciwa jek dgn sambutan peminat, siap nk merajuk x nak nyanyi, hahha..kelakar je! tp aku rasa lain kali mebi dorang dah x nak dtg wat konsert kat sini kot, pasal kalo aku jadi dorang pun rasa mcm hampeh...aperhal peminat2 kat Ganu x happening langsung ni, ahhahaha.
faizsal tahir siap ckp "boleh x sy mintak kalau boleh buang sikit...erm, bukan buang la...kalau boleh anda semua sporting sikit?" hehe... pastu ada audience sound, katanya, "sopan santunnn!!!". terus faizal tahir duk bersila...baiklah, sy nyanyi bersila je la kalo mcm tu, sopan skit kan??? ahahahaha...x boleh blah tul la!
tp bg aku, aku bukan orgnya yg nak terkinja2 kot. dalam duduk2 aku kat seat tu pun, dpt gak salam ella masa dia lalu depan seat aku, nasib baik depan aku duk barisan depan...hahaha. Faizal tahir?? dia byk layan peminat yg berdiri kat belakang, sana lebih happening kot. yg duduk2 kat depan ni dia layan gitu2 je. masa last song dia minta yg depan berdiri...baru la happening skit bhgn depan.
aku? aku pun sama la tade la sporting dan happening sgt. bak kata along "korang ni bukan dengar ceramah agama tau, korang dengar konsert ni!!!" and dia kata lagi, "apa korang ingat kenduri doa selamat ke ni" haha...dia melawak2 je la...since audience mostly sejuk beku je.
nanti ada masa aku tempek gmbar2 yg sempat di snap yea...
dahhhh...
last but not least..
-
Friday, 12.10pm.
last class wit em all. dat is, Sem 1 intake July 2022. it was nice teaching
em all. dat is like 160-ish somethg, of em all...
2 years ago