Saturday, May 08, 2010

Oh! Kenari...

Dimana suara burung kenari
Selalu merayu menghibur hati
Mengapa kau tidak menyanyi
Merajukkah dikau kenari?


Hai burung kenari sedang sembunyi
Dibalik rimbunan pohon yang tinggi
Semalam ku tunggu di sini
Kenapa kau tidak ke mari?


Ooo... tak usahlah
Engkau meradang


Ooo.. begitukah
Segera aku datang


Hai burung kenari mari ke mari
Buangkan yang keruh ambil yang jernih
Marilah bersama menyanyi
Hapuskan hati yang bersedih


Hai...si kenari, akhirnya kau lepas bebas!! sungguh hati aku sayu sekali, kenari ni harta pertama yg aku ada setelah aku mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. aku start keja tahun 2004, akhir tahun 2005 baru lah aku blh bela si burung kenari ni. yerla, terkedek2 ambik lesen...semua sendiri tanggung, dahla memula keja dulu gaji alaaaahai, ciput giler!!

sejak kawen, mmg aku dah x pakai kenari ni. aku sumbangkan kenari pada ayah aku. mmg ayah tak pernah ada kereta sejak dari dulu. ayah dan mak aku mmg lebih pentingkan anak2 dari kehendak sendiri. ayah dan mak org lain pun mesti mcm tu jugak, kan...kalau dah namanya mak dan ayah. hehe..

last month, ayah keluarkan duit epf dia yg ada skit2 berkat 6 tahun keja mkn gaji. sblm ni ayah keja ladang sndiri so takder epf. dengan duit epf tu, ayah bercadang nak beli kereta lain yg lebih selesa skit berbanding kenari. tu pun ayah ambik masa lama nk buat keputusan nak keta lain sbb ayah bimbang aku kecil hati. ayah bimbang aku akan kata ayah x sudi terima kenari yg dah hampir setahun dia pakai tu.

aku ckp kat ayah, aku x kecil hati pun. ayah berhak ikut hati sendiri pilih kereta apa yg ayah nak pakai sesuai dengan kemampuan ayah. akhirnya, petang ni ayah, emak aku dan laki akan ke kuantan ambik kereta baru ayah dan tinggalkan kenari di situ. tiada lagi kenari....

wpun si burung kenari tu tidak besar, tp ia telah banyak berjasa pd aku, pada ayah emak aku dan pada adik beradik aku. dari 2005 sehingga 2010 ni, sangat byk jasa kenari, kalau dikenang-kenang, harus x sampai hati nanti nk tinggalkan ia.

kesimpulannya - aku bangga dengan kewujudan burung kenari tu selama lebih kurang 5 tahun ni. semoga kenari bakal dapat terus berjasa pada bakal tuan barunya nanti.

oh! kenari.......kau tetap akan sentiasa bersemadi di hati ini!



0 comments:

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com