Monday, February 21, 2011

Hati rasa kecil sangat...

Kata dia aku ni kawan dia. Kawan yang agak rapat juga. Bagi aku, dia pun kawan aku. Kawan yang aku percaya. Aku juga dah buktikan yang aku percaya pada dia. Aku yakin dia tak lupa segala bentuk pertolongan dan tolak ansur antara aku dengan dia selama kami berkawan. Banyak cerita ‘dalam kain’ yang saling dikongsi, itu semua atas dasar kepercayaan seorang kawan kepada seorang kawan.

Hari ni, aku dapat tahu sesuatu mengenai dia. Pada aku, sesuatu yang aku tahu tu adalah satu perkara yang besar. Satu perkara yang perlu difikir panjang sebelum membuat keputusan untuk melakukan perkara tu. Aku bukanlah ingin dia jadikan aku sebagai tempat rujukan, semua perkara yang dia nak buat harus diberitahu kepada aku dahulu. Bukan itu pun yang aku mahu. Cuma, bila aku tahu perkara tu dari seorang kawan lain, hati aku rasa kecil sangat. Kenapa kawan yang lain tu boleh tahu tentang perkara tu sedangkan aku langsung tak tahu menahu. 

Entahlah. Mungkin aku bukan lagi kawan yang boleh dia percaya agaknya. Justeru, aku tidak diberitahu tentang perkara sebesar itu. 

Hari ni sebelum mengetahui tentang perkara itu, aku berkira-kira nak menelefon dia untuk bercakap tentang satu hal. Hal yang aku sendiri masih tak pasti, yang aku sendiri masih belum membuat apa-apa keputusan pun. Aku kononnya nak berkongsi hal yang bermain difikiran aku tu dengan dia. Bila aku dapat tahu dia menyembunyikan suatu perkara sebesar tu tentang dia daripada aku, sedangkan aku pulak ingin berkongsi satu hal yang belum pasti dengan dia, aku rasa malu dengan diri sendiri. 

Biarlah. Sekurang-kurangnya sekarang aku tahu sudah ada border antara kami berdua.

Friday, February 18, 2011

Emosiku tersentuh...

Aku bingung. Aku tak tahu samda nak ceritakan kisah ni kat blog ni ataupun tak. Aku dalam dilema. Dari siang tadi aku duk berfikir2 sendiri, patutkah aku buat entry ni atau tak patut.

Aku sebenarnya masih dlm keadaan terkejut. Sungguh aku x sangka langsung dengan apa yg aku dapat tahu hari ni. Dalam masa yang sama aku hiba dan sedih. 

Demi untuk meringankan perasaan gundah dan sedih kat hati ni, maka aku membuat keputusan untuk keluarkan jugak entry ni. Pagi tadi masa aku melayan FB, aku ternampak kawan aku share link berita harian dengan tajuk "2 beradik bunuh abang tiri dipenjara tujuh tahun". Aku tak hiraukan pun. Lepas tu, aku nampak sorang lg kawan aku share link yg sama. Hati aku mula berdetik..curious nak tahu sesuatu dari link tersebut. Aku pun click link tu dan tahulah aku apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh kawan2 aku tu.

Kisah ni dah lama. Pembunuhan tu berlaku pada tahun 2007 dulu. Masa tu aku masih anak dara dan tinggal bersama mak ayah aku. Jadi semasa kejadian berlaku, aku memang berada di kampung aku lah. Mmg kecoh satu kampung sehingga ke kampung2 berdekatan. Rumah mak saudara aku pun sangat dekat dengan rumah dimana pembunuhan tu berlaku. Aku ada la dengar cerita2 apa sebenarnya yang berlaku tapi aku tak pernah ambik pot. Yang aku tahu, mangsa adalah drug addict dan dah buat byk kes kat kg tu. Aku jugak tahu aku ada berkawan dengan adik mangsa. Malah abang aku juga berkawan dengan salah sorang adik beradik diaorg. Aku juga tahu yg lakukan pembunuhan tu adalah adik beradik mangsa, cuma YANG AKU TAK TAHU ialah...rupanya kawan aku terlibat sama!! Astaghfirullahalazimmm!!! 

Aku kenal kawan aku tu dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Tp aku x pernah sekelas dengan dia. Aku pernah berkawan rapat dengan dia masa di sekolah menengah. Masa aku sedang menjalani kursus matrikulasi, dia pulak sedang belajar di TESDEC. Kami belajar di bangunan yang sama. Kami selalu berjumpa. Aku pernah naik bas balik kg sama2 dengan dia, duduk seat bersebelahan dengan dia.

Personally, dia yang aku kenal bukanlah budak nakal, jauh sekali jahat!! Bg aku dia baik orangnya. Pendiam. Pemalu. Secara jujur, sepanjang aku berkawan dengan dia, tak pernah dia sakitkan hati aku. Aku tak pernah ada perasaan marah pada dia, apatah lagi benci!!

Habis matrikulasi, kami tak bertemu lg..dah bawa haluan masing2. last aku jumpa dia masa aku jalan2 di Kuantan bersama kawan ofis aku. Aku x pasti masa ni tahun bila, mungkin 2007, tapi aku tak pasti sebelum atau selepas kejadian bunuh tu berlaku. Aku ternampak dia, bersama seorang wanita dan anak kecil. Saat itu baru aku tahu yang dia sudah berumahtannga. Punya lah lama kami tidak berkirim khabar berita. Aku dan dia saling sama2 nampak...saling bertukar senyum. Tapi aku tak pergi tegur dia pun. Aku cant figure out kenapa aku atau dia tak bertegur satu sama lain masa tu. Mungkin dia tggu aku tegur dia, aku pulak menunggu dia yg menegur aku dulu. Mungkin begitu agaknya.

Hari ni, sejak tadi setelah aku membaca link akhbar tu, perasaan aku tak menentu. Mungkin ramai yg mencemuh. Mungkin ramai yg memaki perbuatannya itu. Tapi aku tidak. Bagi aku, dia tetap org yg baik. Mungkin ada cerita, ada sebab di sebalik kejadian yg berlaku tu. Aku, sebagai seorang kawan hanya mendoakan yg terbaik buat dia, isteri, anak dan seluruh keluarganya. Andai hukuman penjara tu adalah yg terbaik untuk dia, aku doakan semoga dia mendapat kebaikan dari hukuman tersebut.


End.

Tuesday, February 08, 2011

Suatu masa dulu aku suka buat ni..

Haaa...daripada tajuk tu rasanya entry ni boleh dikatakan episod "terkenang semasa dulu" neh, hehe. Salah satu perkara atau aktiviti yang aku rindu sangat nak buat sekarang ialah facial treatment. Dulu2 masa single mingle mmg suka sangat wat facial ni. Aku mula berjinak-jinak dengan facial ni masa mula2 kerja dulu. Tapi masa awal2 keja tu takde la aku selalu buat facial ni pasal ongkos tak mengizinkan, huhu. Seingat aku, dua tahun sebelum kawen tu aku rajin sangat gi wat facial, masa tu dalam tahun 2007 dan 2008 la. Faktor penyebab aku jadi suka gi facial ni aku rasa mungkin sebab aku boring hujung minggu takde nak wat apa. Tapi, walaupun aku rajin pegi facial, kulit wajah aku ni takde lah clean n clear pun. Masih tak jumpa produk yang bersesuaian agaknya, huhu.

Sekarang bila dah kawen ni, aku dah sangat jarang wat facial lagi dah. Aku pun tak pasti samada aku malas ke, aku takde masa ke, aku jimat duit ke...entah!! Tapi kemungkinan besar rasanya sebab aku malas kot. Yer la, hari kerja mmg tak sempat la, hari minggu lak selalunya aku balik kg. Kadang kg aku, kadang kg laki aku. Tapi, kadang2 aku cilok gak wat facial masa lunch hour, tapi tak feel la sebab rushing sangat.

Alkisahnya, hari ni aku cuti sakit (mc). Aku kurang sihat..huhu. Aku period pain sebenarnya, bangun pagi tadi belakang badan aku tersangat lah sakitnya. dari tengkuk ke pinggang habis sakit2, tegang segala urat2, mmg sakit la sehinggakan aku tak larat nak pegi ofis. Laki bawa aku ke klinik, masa tu dah tengahari. Klinik yang aku pegi tu takde orang pun. Lengang je, aku suka la sebab mesti cepat je kan...hampeh, takde maknanya..tetap slowwww!! Aku cakap direct je kat doctor yang attend aku. Aku period dan sakit2 badan, skrg dah ok skit tp saya datang klinik jugak sebab saya tak larat pegi keja tadi. Gedebuk gedebak doctor tu bagi aku pil tahan sakit dan ketotop plaster dan mc sehari. jumlah yang perlu dibayar ialah RM21. Series, aku tak pernah dengar plaster ketotop tu apatah lagi menggunakannya..kelakar lak nama tu kan. Doctor bg aku sekeping besar paka tangan je, aku potong dua dan tampalkan pada kedua2 bahu aku...sumpah!! korang tak yah lah carik ketotop ni kat mana2 farmasi, takde kesa langsung!!

Takde 21ringgit tak dapat semua di atas ni tau!
Oh, berbalik pada kisah facial tadi. Disebabkan mc ni, aku dapatlah pegi facial tadi, hahahha...tu je nak ceritanya, punya la panjang lebar mukaddimah!! addduiii!!! walaupun best dpt facial setelah berbulan tak buat facial, tapi....ada kesalan lah di hati aku ni, huhu.

p/s - kalau sakit2 belakang badan, walaupun dapat mc, tak payah la pegi buat facial, tambah sakitkan badan je, lebih bagus kalau buat body massage. Inilah kesalan aku - menggelitik rasa belakang badan ni nak tggu habis facial sejam setengah...seksa oiiii!!!!!



Monday, February 07, 2011

Yang penting niat...

Sebelum berhujah pangjang lebar pasal "yang penting niat" ni, aku nak bgtau ni...pagi tadi aku betul2 lafazkan kata2 "aku sayang keja aku" sebelum langkah keluar rumah utk pegi keja. Hasilnya...Alhamdulillah...banyak juga lah keja boleh settle walaupun masih dalam holiday mood, hehehe. Aku rasa mujarab jugaklah kata2 cinta tu, boleh lah praktikkan lg pasni. hehe..

Ok, selesai mukaddimah. Ni nak masuk pasal tajuk utamanya yer. Apa ada di sebalik "yang penting niat" ni ek? Aku kat sini takde nak citer pasal orang lain. Citer di sini adalah berkaitan aku, dia dan kehidupan, ececeyyy. Kisahnya, petang td aku tengok siaran ulangan awan dania, terus sambung ke episod terbaru awan dania tu sekejap td. Aku ni bukanlah follow sangat citer ni, tp setiap siri awan dania ni takdelah aku tak tengok langsung. kiranya walaupun aku tak follow every episode, tapi tak ketinggalan lah on jalan ceritanya.

Aku boleh katakan yang aku terharu la ngan perasaan cinta si benjy tu pada dania. Mungkin hormon jugak mempengaruhi emosi aku skrg ni...entahla, tapi seriously mmg susah la nak jumpa lelaki mcm tu kot zaman sekarang ni. Aku terlebih2 terharu masa scene padlock tadi. Aku terdengar laki aku bercakap2 sendiri, sayup2 je aku dengar, lebih kurang mcm ni la monolog dia tadi "kite pun nak buat macam tu kat bini kite, tapi kite tak pandai lah...rasa macam bukan kite kalau kite buat macam tu"

weyyy...aku terharu giler la dengar ucapan ikhlas laki aku tu. Dia tak maksudkan untuk aku dengar pun...dia bercakap sorang2 diri dia je. Aku akui laki aku mmg tak romantik, typical malay man. Namun aku tak kecewa pun bila laki aku tu bukan jenis lelaki yang romantik. Kehidupan kami masih bahagia dan mengikut cara kami sendiri walaupun kurang scene2 romantik berlaku..hahaha. 

Apapun, aku dah cukup tersentuh ngan kata2 laki aku tadi. Bagi aku, takpelah kalau laki aku malu2 meow nak berlaku romantik, cukuplah keihklasan dia tadi yang dapat aku dengar sendiri. Itu lah yang aku katakan "yang penting niat"...hehe

Buat suamiku - aku bangga kite menjalani hidup seperti pasangan dulu2 yang malu nak tonjolkan kasih sayang tapi sebenarnya sangat kuat perasaan kasih, sayang dan cinta itu terhadap pasangan masing2. tak perlu kite segan dengan cara kite kerana hanya kite yang mengetahui perasaan kite satu sama lain. 


p/s - saya sayang suami saya. :)

Sunday, February 06, 2011

esok dah keja weyyy!!

huwaaa...sangat tak gembira sebab cuti dah habis, esok dah kena start keja semula, huhu. walaupun menghabiskan masa cuti mostly di rumah sahaja, tapi cuti itu adalah tetap seronok!! kebizian laki yang terpaksa bekerja pada hari cuti membuatkan aku stuck di rumah sahaja, hahah. jadi, aktiviti yg berjaya dilakukan hanyalah mengemas rumah dan main masak2, hehe. tapi, dalam2 laki bekerja tu sempat jugak la menjenguk adik aku dab keluarganya di gebeng sekejap. sempat juga menjenguk tanya khabar mertua sekejap. sempat juga bermalam 2 malam di rumah mak ayah aku dan sempat jugak jalan-jalan ke rumah nenek aku, Tok Mek di bukit bading. last sekali ke bukit bading ialah pada raya puasa lepas, dah agak lama la jugak tu, kan. time ada masa mcm ni la blh ambil kesempatan untuk jenguk orang tua. paling best bila tgk reaksi tok mek yang happy sangat2 ngan kehadiran kiteorg tadi.

ni tak tau nape mata kental sangat tak ngantuk lagi masa ni, biasa dah selamat ni. agaknya sbb semalam pun tido lewat kot. ralit tgk cerekarama kat tv3 semalam..tgk sampai habis, tu yg lewat tido tu. uii..citer semalam mmg bikin panas la, geram jek tgk lakonan elli suriati masa dia jadi anak derhaka tu...menjadik lakonan dia, sampai sangat benci la aku kat watak dia malam tadi tu. haihhh...mintak jauh la sikap mcm tu, nauzubillahh.

aku pernah terbaca atau terdengar, tak pasti pulak..pasal suami dan isteri kena sematkan rasa sayang dan cinta pada pasangan masing2 setiap hari. antara caranya ialah..sentiasa lafazkan kata2 "saya sayang isteri/suami saya" pada diri sendiri setiap hari. aku rasa cara ni kena praktikkan jugak bagi menyemarakkan kasih sayang pada ibu bapa kite jugak, kan. apa salahnya kalau cakap jugak pada diri sendiri "saya sayang mak dan ayah saya" setiap hari selain "saya sayang suami/isteri saya", betul tak? hehehe...

ok lah, melalut dah ni..cukup lah dulu mengomel. esok dah nak keja...sebelum tido ni nak kena lafaz "saya sayang keja saya" gak agaknya, baru ada mood nak keja esok kot. mana lah tahu kannn...heehhe.

chioww...

Wednesday, February 02, 2011

working life

Hari ni aku nak bercerita pasal kerjaya aku. Bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi perasan bagus, tapi lebih kepada peringatan untuk diri sendiri yang aku bermula dari bawah, bermula dari susah payah! Aku join this company since 2004 bermula dengan jawatan kerani teknikal sahaja dengan gaji bulanan RM900. Bayangkan lah berapa jek balance gaji aku bulan2 after dah tolak epf, byr sewa rumah, byr van yg aku chartered utk ulang alik pegi keja, bayar hutang belajar, bagi mak sikit, makan minum semua...i tell you, balance mmg sangat sikit, sampaikan mmg mengira hari lah untuk dapat gaji bulan berikutnya pulak. Tp, jgn salah faham, tak cukup bukan bermaksud aku takde saving..balance gaji setelah tolak sumer utilities tu, aku dah asingkan some portion utk saving. Aku mmg puji diri aku sbb berdisiplin dalam hal ni. 

Masa ni mmg aku susah. Kalau lah orang tgk jenis rumah yg aku sewa masa ni..aku rasa mmg menangis lah! Aku sendiri pun sayu setiap kali mengenang sejarah ni. Sebelum chartered van utk ulang alik ke tempat keja, aku naik bas tau! Aku rasa kurang dari 5 org kat ofis aku tu yg guna perkhidmatan bas ni. Kalau hari khamis blh blk seawal pukul 4 ptg, aku tetap blk pukul 5 sbb takde bas pukul 4 lalu depan ofis aku. Masa ni sarapan pagi aku adalah nasi lemak 50 sen. Biasanya aku akan beli 2 bungkus utk tengari terus. Kadang2 kalau tengahari aku dan ofismate aku (housemate jugak) makan nasi ayam bungkus, kiteorg just bukak 1 kuah sup supaya 1 plastik kuah lagi tu blh bw balik ke rumah sewa dan kiteorg akan masak nasi/bubur dan makan dengan kuah sup tu.

Merasa jugak lah aku keja as clerk ni setahun lebih. After that, aku di upgrade kan as technician. Masa ni aku dah manage to hold a driving license and even a new perodua kenari hasil saving setiap bulan tu. Bila dah ada kereta, aku dah tak menyewa lagi. Aku stay ngan parents aku, rumah parents aku ke ofis aku ada la dlm setengah jam perjalanan. Masa jadi technician ni gaji ada la lebih skit, lagi pulak aku selalu gak pegi offshore, so ada la elaun lebih untuk tu. Boleh dikatakan aku dah cukup happy lah dengan gaji aku masa ni. 

Hampir 2 tahun as technician, ada reorganization kat company aku keja tu. So, ada byk position kosong. Antaranya adalah position executive. Since aku dah ada experience almost 3 tahun dalam bidang yang aku ceburi tu, dan since aku jugak adalah seorang degree holder, aku pun apply lah untuk position tu. Alhamdulillah, memang dah nak jadik rezeki aku, maka berpindah lah aku dari position technician kepada position executive pulak. Monthly pay pun sudah tentu lebih dari techncian, kan. Aku sangat2 bersyukur sampai kadang2 aku lupa yang aku ni bekerja contract basis saje, tak secure. 

Masa jadi exec ni, bagi aku corak kerja adalah sangat challenging. Kadang2 aku rasa aku ni mangsa buli sbb colleague aku adalah lelaki dan kebanyakan keja yg konon 'keja pempuan' di pass kan pada aku. Selain tu, challenge nya adalah walaupun ada 3 tahun experience tapi bidang ni bukan bidang aku. Masa belajar dulu, aku dalam bidang kimia tulen. Tp kerja aku sekarang adalah sedikit technical, berkaitan sistem pengurusan penyelenggaraan or maintenance management system (MMS). Masa ni aku being appointed as MMS focal person represent company aku dan bersidang setiap bulan di KLCC. Jadi, masa ni aku sangat2 busy dengan berbagai focal person yang di assign kan kepada aku. MMS lah, Bajet lah, KPI lah, MPP lah..mcm2 lah. Aku belajar dan terus belajar untuk perform beyond bos aku punya expectation. Even masa ni gaji aku tade adjustment selama hampir 3 tahun!! Tapi aku tetap fokus dan komited pada keja aku. I can say that i am really passionate towards keja aku, nobody can deny it.

Last year, aku resign dari contract under HR after aku di confirm kan yang aku tak boleh di absorb sebagai permanent staff sebab ada relatives issue. Aku decided to join contract under my own department. After 3 years being MMS FP, aku withdraw aku punya position tu kepada new permanent members kat dalam section aku tu. Since then, aku dah x dapat direct information dari MMS central team di KLCC. Aku a bit lost sbb aku masih buat keja MMS. Aku jadi hilang sedikit fokus sbb aku dah get used to receive direct info and direction dari central team, KL. Ada jugak la beberapa incidents yang membuatkan aku merajuk dan macam tak nak hiraukan MMS lagik dah. Tp my soul dah mmg dengan MMS, jadik aku still buat jugak walaupun di belakang tabir saje. 

Oh, panjang lebar aku bercerita. Bottom line, aku sayang dan suka ngan keja aku ni. Selagi masih diperlukan kat sini, aku akan terus bertahan. Biasalah, semua yang berlaku ada pro dan kontra nya. 

Ni antara kenangan aku menjadi MMS FP & attending the annual MMS user forum:-
first MMS user forum @ Kota Kinabalu - i am very new at this point of time


second MMS user forum @ Penang - after more than 1 year being MMS FP and i was asked to present best practice paper that time
third MMS user forum @ KL - i was happy to have new appointed MMS FP who helped me a lot as some of the task had been cascaded to her, hehe.
fourth MMS user forum @ Kota Kinabalu again - my last year of being MMS FP after i manage to achieve 4th place of best MMS FP the year before.

p/s - tade mood nak letak pic fifth MMS user forum kat langkawi baru2 ni..pasal konon merajuk, ekekeke.


Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com