Tuesday, December 21, 2010

perihal rambut

kata mereka, rambut itu mahkota wanita - benarkah? tidaklah dapat dikenalpasti kesahihannya..hehe. bagi aku lak, rambut bukanlah fav aku. aku kata bukan fav sbb aku jarang nak beli produk berkaitan rambut..sehinggalah akhirnya aku disedarkan yg rambut aku semakin menipis...terutamanya di bahagian tengah kepala, huhuhu.

akibat takut akan kemungkinan botak di tengah, aku membuat rawatan hair treatment di Yun Nam (hofkos dengan keizinan suami okey!). Kos jgn cakap la, mmg tersangat mahal, in fact smpai sekarang belum habis byr...kua kuaa. treatment tinggal lagi 1 sessi, tp dah culas nak pergi sbb bosan dgn consultant yg x abis2 memujuk suh aku continue treatment.

result sepanjang buat treatment kat yun nam kire okay lah...cuma mungkin memerlukan lebih treatment lagi..tp aku dah x nak melabur duit kat situ lg dah..huhu. lgpun rambut dah byk tumbuh, cuma mungkin masih belum cukup. tgk la, kalau ada rezeki lebih nanti...aku akan sambung lg treatment kat situ kot.

satu hal yg disedari, dgn rawatan yg aku buat tu..rambut mcm cepat panjang. aku ni jenis rimas bila rambut panjang...sbb rambut aku jenis yg wavy dan mengerbang bila panjang. jadi, aku decide utk memotong rambut yg sudah panjang tersebut..

jenuh aku search google carik bentuk rambut yg sesuai utk yg bermuka bulat. nahh...dlm banyak2, yg ni lak yg berkenan di hati. hehe..sabtu lepas aku gi 'buat rambut', lebih kurang mcm rambut cameron diaz ni la rmbut aku skrg. jadik, x pendek mana la jugak rambut aku skrg, cuma layered dan straight kan saje...jadi walau agak panjang, x la rimas dah sbb rambut dah x mengerbang, hahaha.


bila dipertontonkan kepada mr.husband - "cantiknyaaa sayanggg!!!" - katanya! hahahahaha!!!!

sekian perihal rambut! kihkihhh...

Monday, December 20, 2010

Hujan...

weekend kali ni hujan je manjang...sejukkkk bumi tuhan ni. sesetengah tempat dah naik air dah pun. semalam otw balik ke kerteh dari umah mak dah harung air dah kiteorg. lepas satu kawasan tgk kat depan ada lg kawasan naik air. air agak laju pulak tu...laki dah x berani nak harung. so, terus membuat keputusan untuk berpatah semula..padahal umah kiteorg dah dekat dah...dlm 5 minit jek lg. patah balik mengambil masa hampir setengah jam pulak baru sampai..uwawawaaa..
takperla, demi keselamatan sejagat...lambat pun takper, kan kannn!!

Thursday, December 16, 2010

REFRESH!

Kesungguhhan seorang kawan menyertai dunia blogging ni membuatkan aku naik semangat kembali utk berblogging. i feel refresh gitu kekdahnya...ehehe. Tapi skrg ni otak agak berkarat, mengarang x lagi semudah dulu, tapi xperla...janji blog ni x terus berkubur sudah...

Malam td pegi tgk movie sama suami terchenta..tgk citer Aku Tak BODOH. Ohhh..sgtlah touching itu cerita. sok sek sok sek aku duk mencurahkan airmata dlm cinema. Laki sabar je tgk gelagat bininya ini, huhuhu..


lakonan mantap mereka di atas..dan mereka di bawah juga!



aku syorkan korang semua pegi tgk movie ni, tak kire siapa anda sama ada ibu, bapa, nenek, atok atau anak2. pergilah menonton bersama keluarga. ececeyy...promo la pulok!! hehe

chow dulu...bye!


Saturday, October 30, 2010

bersawangnya blog aku ni,huhu

fuhhh...sungguh sgt lama x update blog ni gara2 kegagalan mengingati password, akhirnya dpt jugak recall pw ni. haihhh..makcik sdh tuooooo..huhu. 

Thursday, June 10, 2010

Happy

Happy betul aku bila akhirnya tukang yg nak pasang cermin dan buat kabinet bawah tangga dah datang umah aku. Punya la lama menunggu, dah hampir2 nak cancel booking tp sebab dah byr duit deposit so tunggu la jugak. 4 keping cermin besar dah pun siap dipasang, 2 keping dipasang pd ruang tamu dan ruang menonton, lg 2 keping dipasangkan dalam bilik tidur dan bilik pakaian. sungguh seronok bila ada cermin besar ni kat bilik pakaian, blh nampak seluruh badan instead of nampak muka je sebelum ni, hehe. siap blh aerobik tu...hahaha. weekend ni nak susun atur balik perabot dlm bilik pakaian tu supaya ada ruang skit aku nak lompat2 kat situ (kononnya la kan...)

kabinet bawah tangga dekat ruangan menonton sangat cantik, putih bersih (aku request kaler putih). Puashati ngan hasil kerja tukang tu, sangat cermat orangnya. hari ni tukang nak buat final touch up, after that aku ngan laki lak yg akan tokok tambah ruangan menonton tu. may be bila diletakkan sebuah perabot TV baru kaler putih akan lebih menambag seri..hehehe. OH! kalau diletakkan TV baru pula pasti akan lebih DA BOMB!! hahaha...berangan sungguh!! takper2, slow2 kayuh...hehe.

lagi aku happy sbb berat badan aku dah turun 5kg after 2 weeks diet dengan formula Slim Diet II (SDII). Aku gerun nak war2kan target aku tp sbg motivasi pd diri sendiri aku nak cakap jugak la.

"Aku nak cut off lebihan 30kg daripada berat badan aku ni yg mana aku gained 30kg tu dlm masa 6 thn!!! berat badan aku naik sejak aku bekerja...dulu masa awal2 keja berat aku cuma around 55kg."


cabaran langsing tul la kan!! huhuhuhu. tp target short term aku adalah untuk mengalih pangkal nombor 8 kepada pangkal 7 dulu. hehe.. Dari 85 now dah 80, so hopefully x lama lagi akan cecah angka 7. Bila cecah angka 7 dengan langsungnya aku akan lebih bersemangat utk cecah angka 6 pulak, kan!!!

Phewww.....


Saturday, May 29, 2010

2 in 1

skrg byk menda dah in 1, 2 in 1 la, 3 in 1 la, 4 in 1 la....semuanya nak cepat, kan? entry aku kali ni pun nak cepat jugak...pasal tu 2 in 1, hehehe. Ok, diringkaskan cerita...ada 2 cerita yg aku nak bebelkan kat sini. alah, bukan citer menda pun, citer ttg aku, ttg dia dan ttg kehidupan kami sahaja. takder la menarik sgt pun, ahahha.

pertamanya cerita pasal 1st wedding anniversary aku dan laki. mula2 mmg tade plan nak beli hadiah apa2 pun, dan tade plan nak gi mana2 pun. last2, ada sebiji aircond dan ada jugak penginapan 2 hari 1 malam di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di Duyong, Kuala Terengganu. kiteorg ambik cuti 2 hari sempena annv ni, on the way pegi KT tu duk mengimbas2 kenangan setahun dulu, hehe. kiteorg smpai KT around 11.00 am, tp since check in adalah pukul 1pm, so aku decide nak g jumpa sorang kawan baik aku yg dah lamaaaaaaaa x jumpa. last jumpa masa aku attend wedding dia dulu tahun 2006 kot. skrg dah ada sepasang anak dah kawan aku tu. pergi restoran dia di KT, dah la memula tersalah pegi restoran bapak dia, uhuhuhu....dorang ni anak beranak bisnes kedai makan. bagus betul la.

akibat jarang pegi KT, x sangka la pulak jalan kat KT jem teruk. aduuuhai, lomah den!! huhu... tp ok la, dpt jumpa kawan lama, sgt seronok!! oh ya, makan2 di restorannya adalah percuma sahaja, haha...terima kasih la byk2 kat farina dan suami yer. lain kali aku gi mkn free lagik, ok!! haha..

then, terus menuju ke riyaz. rupanya riyaz ni adalah dulu dikenal dgn nama kelab teluk warisan. sgt cantik tempatnya. sgt tradisional, sgt sunyi dan sgt privacy! gambar belum dipindahkan ke laptop, huhu...so, sorry yer, xder gmbar. tp time kiteorg pegi ni, x ramai pun org kat situ. spa pun tutup - tgh renovate. huhu.. sikit x sikit org yg stay situ, masa breakfast x ada buffet. bila aku tnya katanya guest x smpai 10 bilik, so xder buffet. tp blh order apa je utk breakfast, apa lagi, seronok ler aku dan laki mengo order apa saje. nasi dagang tip top!! nasi lemak juga marvelll!! jus honeydew dan apple pun sgt best smpai repeat order, hahahaha.

overall, sgt best!! rasa mcm x nak blk pun ada. suasana sgt memberi ketenangan jiwa. muara sungai yg saujana, padang rumput yg saujana...i loikeee!!!
keduanya ialah....hihi, yg ni x basi sgt lagi, pasal baru mlm td kisahnya berlaku. mlm td ada konsert jelajah lrgenda rock 2 zaman iaitu ella dan faizal tahir di mesra mall. mak aiii...aku ngan laki first time ni tgk konsert. teruja giler dpt tgk ella dan faizal tahir nyanyi live depan mata. host konsert adalah along champ, artis undangan lak bini si along iaitu zila dan sorang lg x kenal. huhu..

sambutan xder la havoc sgt, x penuh hall pun. artis pun mcm kuciwa jek dgn sambutan peminat, siap nk merajuk x nak nyanyi, hahha..kelakar je! tp aku rasa lain kali mebi dorang dah x nak dtg wat konsert kat sini kot, pasal kalo aku jadi dorang pun rasa mcm hampeh...aperhal peminat2 kat Ganu x happening langsung ni, ahhahaha.

faizsal tahir siap ckp "boleh x sy mintak kalau boleh buang sikit...erm, bukan buang la...kalau boleh anda semua sporting sikit?" hehe... pastu ada audience sound, katanya, "sopan santunnn!!!". terus faizal tahir duk bersila...baiklah, sy nyanyi bersila je la kalo mcm tu, sopan skit kan??? ahahahaha...x boleh blah tul la!


tp bg aku, aku bukan orgnya yg nak terkinja2 kot. dalam duduk2 aku kat seat tu pun, dpt gak salam ella masa dia lalu depan seat aku, nasib baik depan aku duk barisan depan...hahaha. Faizal tahir?? dia byk layan peminat yg berdiri kat belakang, sana lebih happening kot. yg duduk2 kat depan ni dia layan gitu2 je. masa last song dia minta yg depan berdiri...baru la happening skit bhgn depan.

aku? aku pun sama la tade la sporting dan happening sgt. bak kata along "korang ni bukan dengar ceramah agama tau, korang dengar konsert ni!!!" and dia kata lagi, "apa korang ingat kenduri doa selamat ke ni" haha...dia melawak2 je la...since audience mostly sejuk beku je.

nanti ada masa aku tempek gmbar2 yg sempat di snap yea...

dahhhh...

Tuesday, May 18, 2010

Air cond & Ri-Yaz Heritage, Marina Resort & Spa

Aku teruja sangat...anniversary dah sgt2 dekat..lg 5 hari jek lg, ehehehe. Kalau pasangan berkahwin lain yg cepat dikurniakan rezeki (anak), dah tentu 1st wedding anniversary akan disambut bertiga dah. Tp, since aku dan laki masih berdua, kiteorg celebrate berdua saje lah.

Aku dan laki masing2 dah setuju untuk menghadiahkan sebijik air cond utk kami sama2 rasai kesejukan tido malam kami lepas ni sbg hadiah wedding annv kiteorg. kiteorg decide mcm ni sbb blh dikatakan byk lg barangan rumah yg x lengkap dlm rumah kiteorg tu. so, drpd membeli sesuatu utk kegunaan individu sbg hadiah ulangtahun perkahwinan, kiteorg beralih kepada hadiah berbentuk kegunaan bersama..hehe. Air cond adalah pilihan yg tepat memandangkan sekarang kan musim panas..huhuhu. sekarang ni kiteorg terbongkang kat ruang tamu rumah sbb kat situ je ada aircond, kalau tido dlm bilik, alamatnya...bersauna la kiteorg laki bini. huhuhu.

Disebabkan mood utk celebrate annv di resort, maka aku telah mengebook 1 malam penginapan di Ri-Yaz Heritage, Marina Resort & Spa di Kuala Terengganu. 1 mlm cukupla...ikut budget! hahaha.

Bagi aku, resort ni cantik...ni first time aku nak pegi sini..harap2 best lah.


ni bilik..tp aku request king bed la kan....


ni restaurant nya...cantik, kan?
Lambatnya 23 May....x sabar nak bercuti neh!! hehehe..


Sunday, May 09, 2010

dalam dilema

Kenari masih bersama aku. Aku ingatkan keputusan aku dah muktamad, tp sebenarnya masih sangsi dan was-was. Dah nak pergi kuantan semalam, tiba2 ada kawan laki adjust waja dia. so, skrg kiteorg masih berfikir2 nak let go kenari atau waja. ikutkan selesa, mmg lah waja lebih selesa. tp kiteorg pun dah plan lg setahun dua nak pakai kereta lain, jadi nak jugak ada 1 kereta kecil. Kenari kereta aku, waja kereta laki. Tauke kat kuantan bg masa seminggu saja utk fikirkan...dan, sehingga ke pagi ni, masih tiada keputusan!

semalam masa ambik kereta ayah, bukan main ceria lg aku tgk wajah mak dan ayah aku. mak cakap, dah 50 tahun lebih baru blh pakai kereta sendiri...serius sedih beb! kalau korang dari keluarga berada, mungkin x rasa apa2 la.

since x jadi tinggalkan kenari kat situ, ayah bg kunci kereta baru pd laki and suruh laki bw kereta tu. biar dia dan mak bw kenari. kata ayah, belum biasa dengan kereta tu. aku dan laki naik kereta baru ayah sampai lah ke sungai ular. brenti makan and lepas makan terus suruh ayah bawa kereta baru dia tu dgn mak. aku ngan laki tukar naik kenari lak.

ayah terus balik ke rumah, aku lak singgah kemaman dulu nak beli bakul baju baby utk adik ipar aku. dah janji nak hadiahkan untuk dia. cari dekat anakku x der la pulak. nak cari kat kedai lain mcm x sempat je sbb dah malam. last2 call kawan kat Paka, minta tlg dia belikan dulu and kiteorg gi ambik barang tu kat paka. mujurlah ada, dan ada kaler biru lak tu, syukurrr!!!

lepas ambik bakul baju baby ngan kawan aku, terus blk rumah mak sbb nak bg barang tu pd mak. nanti senang adik aku blk ambik. duduk sekejap je rumah mak sebab dah mlm. masa nak balik salam2...salam mak dulu, pastu salam ayah. terkejut aku sbb ayah peluk aku, ayah cakap "terima kasih byk2 kak ya bg ayoh pakai kenari..dekat setahun doh bg ayoh pakai, kak ya byr bulan2...terima kasih la byk2". aku just "alolololooooo". Family aku bukan western oriented, salam peluk2, cium2 pipi bukan culture kiteorg. kiteorg just salam and cium tngan je selalunya. jadi aku sgt terkejut ngan pelukan dr ayah aku tu.

dalam kereta on the way blk ke kerteh, bermulala drama air mata. laki gelakkan aku..huhu. tp serius beb - perlu kah ayah aku berterima kasih??? jasa dia membesarkan aku, menyekolahkan aku sehingga kau berjaya hari ni lagi besar sampai tak terbalas rasanya, kan?? meleleh lagi airmata aku ni ha...aduiiii.

mak dan ayah - kak ya sayang mak dan ayah sampai bila2. u r the BEST!!!


Saturday, May 08, 2010

Oh! Kenari...

Dimana suara burung kenari
Selalu merayu menghibur hati
Mengapa kau tidak menyanyi
Merajukkah dikau kenari?


Hai burung kenari sedang sembunyi
Dibalik rimbunan pohon yang tinggi
Semalam ku tunggu di sini
Kenapa kau tidak ke mari?


Ooo... tak usahlah
Engkau meradang


Ooo.. begitukah
Segera aku datang


Hai burung kenari mari ke mari
Buangkan yang keruh ambil yang jernih
Marilah bersama menyanyi
Hapuskan hati yang bersedih


Hai...si kenari, akhirnya kau lepas bebas!! sungguh hati aku sayu sekali, kenari ni harta pertama yg aku ada setelah aku mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. aku start keja tahun 2004, akhir tahun 2005 baru lah aku blh bela si burung kenari ni. yerla, terkedek2 ambik lesen...semua sendiri tanggung, dahla memula keja dulu gaji alaaaahai, ciput giler!!

sejak kawen, mmg aku dah x pakai kenari ni. aku sumbangkan kenari pada ayah aku. mmg ayah tak pernah ada kereta sejak dari dulu. ayah dan mak aku mmg lebih pentingkan anak2 dari kehendak sendiri. ayah dan mak org lain pun mesti mcm tu jugak, kan...kalau dah namanya mak dan ayah. hehe..

last month, ayah keluarkan duit epf dia yg ada skit2 berkat 6 tahun keja mkn gaji. sblm ni ayah keja ladang sndiri so takder epf. dengan duit epf tu, ayah bercadang nak beli kereta lain yg lebih selesa skit berbanding kenari. tu pun ayah ambik masa lama nk buat keputusan nak keta lain sbb ayah bimbang aku kecil hati. ayah bimbang aku akan kata ayah x sudi terima kenari yg dah hampir setahun dia pakai tu.

aku ckp kat ayah, aku x kecil hati pun. ayah berhak ikut hati sendiri pilih kereta apa yg ayah nak pakai sesuai dengan kemampuan ayah. akhirnya, petang ni ayah, emak aku dan laki akan ke kuantan ambik kereta baru ayah dan tinggalkan kenari di situ. tiada lagi kenari....

wpun si burung kenari tu tidak besar, tp ia telah banyak berjasa pd aku, pada ayah emak aku dan pada adik beradik aku. dari 2005 sehingga 2010 ni, sangat byk jasa kenari, kalau dikenang-kenang, harus x sampai hati nanti nk tinggalkan ia.

kesimpulannya - aku bangga dengan kewujudan burung kenari tu selama lebih kurang 5 tahun ni. semoga kenari bakal dapat terus berjasa pada bakal tuan barunya nanti.

oh! kenari.......kau tetap akan sentiasa bersemadi di hati ini!



Thursday, May 06, 2010

kad perakuan nikah

setelah hampir setahun usia pernikahan aku ngan laki, baru semalam kiteorg dpt memiliki kad perakuan nikah dari pejabat agama. apala punya slowww.....huhu.

aku: apa lagi bang, jom berdua2an di tempat sunyi lg gelap mlm ni nak?
laki: nok kena takap basoh ker??

hahahaha....

lg beberapa minggu je adalah ulangtahun perkahwinan pertama aku dan laki. dalam kepala ni masih kosong tade plan apa2. tokoh membuat surprise dan berlaku romantik adalah sangat tidak ada pada diri aku ni, apatah lagi pd diri laki aku tu. hikhik...

takper lah, mungkin celebration without planning is more romantic, mana tahu kan?

hehe.

note: hai kawan2...nx week i pegi KL, kite ronggeng cik kiah k. sila tgk msg facebook memasing k.

Tuesday, March 09, 2010

nyaris2 terlupa password

hahaha..mana la x lupa, dah lama sgt x memblog, kan!! hishhh...xtahu la kenapa skrg ni mcm kekeringan idea je apa yg nak di ceritakan. bukan xder cerita....tp, xtau la. mungkin kenghairahan memblog dah x serupa macam mula2 kenal erti blog dulu..hehe.

tp nak terus stop dr memblog pun mcm sayang jugak. byk sgt kenangan manis tercipta kesan dari memblog ni. antaranya, cirlce of my mengong frens...mana la lagi nak carik kawan2 mengong yg mcm dorang tu, hehehe. rinddduuuuuuuuuuuuuu sgt kat dorang semua, tp apakan daya...skrg status dah bertukar jadi bini org. jd payah la skit nak menjuinkan diri dalam aktiviti2 mengong lagik. kalau duk area sana at least blh la pujuk2 laki nak join sekaki. tp ni...duk dah la jauhhhh, jd skrg ni sgt la terasa jauhhh ngan kengkawan mengong semua.

bila nengok dorang masih bersuka ria bergossip isu2 semasa yg sentiasa hangat, owhhh...sungguh terguris2 hati ni...nak jugak menyumbang barang 1,2 gossip kan. hahaha.

anyway, begitulah bila dah bertukar status dan tinggal berjauhan. nasib baiklah ada kemudahan tenet ni utk sekurang2nya masih blh bertegur sapa dan bertanya khabar berita.

hidup aku skrg mmg betul2 mcm berfamily lah. tak pernah tersangka pulak begini kehidupan selepas berkahwin. mcm terputus ngan dunia lain..hehe. hari kerja, kerja la kan mcm biasa. hari cuti, masa bersama keluarga pulak. skrg belum ada anak, jd masa byk dihabiskan pada ibu bapa dan ibu bapa mertua. agak jarang sebenarnya menghabiskan masa weekend berdua.

tp, apa yang penting adalah aku seronok dan bahagia mcm ni. hidup dikelilingi wajah2 kesayangan aku.

pada kawan2 mengong - bila kite nak jumpa lagiiii???? huuuu


Thursday, January 21, 2010

awet muda

tahun baru ni membawa aku mengimbau pada memori2 lama betul la. dalam bulan ni je dua kali aku terjumpa ngan kawan lama masa sekolah2 dulu.

kes pertama:
sedang aku menikmati makan tengahari di food court sebuah mall terkemuka di kerteh, aku terpandang kelibat seseorang yg sgt familiar...tp agak sudah lama x dilihat. aku melambai tangan ke arahnya dan dia terkebil2 sebentar...bila aku semakin mendekati, barulah dia tersenyum lebar penuh makna. dia seorang kawan yg rapat dgn aku masa di zaman persekolahan dulu. berpisah pada tingkatan 5 kerana dia terpaksa mengikut keluarga yg berpindah ke negeri sembilan. sejak itu, kami langsung x jumpa2 dah. dia yg aku jumpa beberapa minggu lepas langsung x berubah, masih seperti budak sekolah menengah walaupun dah ada 3 org anak. anak sulung pun dah bersekolah darjah 3. wow!!! very hot mama! anak2 mcm adik2 je. sgt awet muda. tidak bekerja, surirumah sepenuh masa tp ada side bisnes jugak la. skrg terpaksa menguruskan anak2 sendiri kerana suami terpaksa outstation ke turkmenistan. sungguh iron lady kawan aku ni rupanya. salute...salute!!

kes kedua:
baru je semalam berlaku. sehabis masa bekerja, aku ke mall terkemuka di kerteh itu lagi utk memenuhi 1 temujanji merawat muka, hehehehe. promotion separuh harga...ahaha. sesudah membelai muka, aku terus menapak ke pasaraya dan di situ aku terjumpa seorang kawan lama, kawan zaman persekolahan juga. manis...kecil molek saje kawan aku tu. masih seperti zaman dulu2, langsung x berubah. kalo pakai baju sekolah, harus blh masuk blk sekolah jd student. sungguh awet muda. dia skrg cikgu di sekolah di sekitar situ...dah mengajar dari thn 2006 lagi. punya la lama rupanya kami duk di tempat yg sama...tp br semalam terserempak bersama. kawan yg manis ini masih lg single. aku mcm kelu nk tnya status dia pd mulanya sbb bg aku soal tu sgt sensitif...mcm aku sebelum kawen dulu lah. dari raut wajah ketika bercakap soal kawen x kawen, bila kawen..member mana yg dah beranak pinak...aku dpt lihat raut kurang ceria dan raut muka ketat pd wajahnya. sama mcm aku dulu2 masa masih single juga. hairan juga cikgu semanis dan awet muda begitu masih belum berpunya..yer la kan, semua tu ketentuan Allah. Aku sbg kawan mendoakan yg terbaik buat dia...sbb dia yg aku kenali dari zaman remaja dulu adalah seorang insan yg baik hati, lemah lembut..sesuai dgn kerjaya yg dipilihnya tu.

herm...aku pulak? awet muda juga kah?? hahaha...tidak perlu lah aku perahsantan kannn...uhuhu.

n.

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com