Monday, January 31, 2011

ceritera langkawi

Dah few days balik dari Langkawi baru nak bercerita kat sini. Sorang kawan tu siap dah masuk 2 entry pasal Langkawi ni, bagus betul, hehe. Aku ni kalau nak mengarang nak kena ada mood. Masalahnya itu mood bukan selalu datang...time mood menerjah, aku lak tade kesempatan nak jenguk blog ni. Time aku ngadap laptop..mood pulak tade mari, haihhh. Baikkk punya  alasan kan? hehehe...

Takper lah, citer lama ke baru ke panas2 ke dah basi ke, yg penting aku bercerita kat sini tujuannya utk rekod aku sendiri. Konon mcm open diary lah..dulu2 tulis diary dalam buku time malam2 nak tido, pastu selit bawah bantal, hehe. Sekarang zaman dah moden...tak perlu tulis2 dalam buku lagik dah..blog terusss!! hehe...

Oklah, balik pasal Langkawi Trip aku last week. Aku bertolak ke Langkawi pada 24th January 2011, jam 10.30am dari airport Kuantan, menyinggah di KLIA sementara tunggu flight ke Langkawi pukul 2.15pm.
Muka excited laki bini di KLIA, hehe
Ni lah laki aku..Redzuan namanya, hehe
 Touch down di Langkawi lebih kurang pukul 3.30pm. Satu kelainan yg terdapat di airport Langkawi adalah tentang taxi counter vs car rental counter. Biasanya airport ada banyak taxi counter, tapi di langkawi counter yg berderet2 sebelum nak exit airport adalah counter sewa kereta sahaja. Aku tercarik2 la mana kaunter taxi, rupanya ada 1 jek nun di luar. Teringat kata2 sorang promoter car rental "taxi sini mahai kok, mana ada meter". Hehe. Tapi..so sorry la abg promoter pasal saya hanya memerlukan taxi wat masa tu. Kelainan yg seterusnya adalah taxi berbentuk van adalah lebih menyerlah berbanding taxi kereta. Senang nak ngangkut ramai org sekaligus agaknya, kan.

Di Langkawi aku stay di Bayview Hotel, di Pekan Kuah. Check in dalam pukul 4.30pm gitu lah, kiteorg laki bini kepenatan so tak terus berjalan-jalan sebaliknya kami memilih utk merehatkan mata, hehe. Sedar tak sedar dah time makan malam. Aku dan laki turun ke hotel restaurant utk menikmati makan malam. tak ketinggalan seorang sahabat lagi menyertai kami, iaitu miss Jules (teringat cougar town, kan). 

Bayview Hotel

the room yang biasa2 saje
Tempat pertama yang aku lawati semasa di Langkawi ni adalah Langkawi Fair. Konon terpengaruh dgn seorang kawan yg beria2 mempromote tempat ni masa makan malam. Lantas, aku, laki dan Jules menonong carik taxi pergi ke tempat ni. hakikatnya bila dah sampai...nan ado! tidaklah havoc seperti dikata, biasa2 saje. Tapi, biasa2 pun berhabis jugak la tang coklat kat sini..hehe. 

Hari kedua dan ketiga adalah hari berlangsungnya PMMS User Workshop, sebuah Forum penyebab aku dan laki berada di sini. Event sepanjang hari dari pagi hingga petang. Jadik, tak banyak tempat yg boleh dilawati sepanjang 2 hari ni. Walaubagaimanapun, disebabkan Bayview Hotel tu terletak di Pekan Kuah, di mana deretan kedai menjual pelbagai barang2 popular Langkawi...maka terjadilah aktiviti shopping spree di situ. Abis event jek terus menapak ke kedai2 kat Kuah tu...sangkut jugak la 1 corele set dan 1 corning ware set, siap ada free gift lagik sebanyak 3 set pyrex, huwaaa...mmg kebabomm lah!! hehehe..

Hari berjalan-jalan adalah hari keempat. Aku sengaja ambik flight lambat semata2 nak berjalan2 dulu di langkawi ni. Kat Langkawi ni kalau nak berjalan tak sah la kalau tade kereta. So, aku menyewa la sebuah kereta bertajuk lancer dengan bayaran sewa RM70/day. Isi minyak RM30, abis la RM100 utk aktiviti berjalan2. Walaupun tak kenal ngan jalan-jalan dan tempat2 di Langkawi ni, namun dengan adanya bantuan GPS bolehlah kami berjalan2 tanpa sesat, hehe.

Antara tempat yang dilawati adalah dataran lang, kota mahsuri, air hangat (hot spring), tempat kapal layar berlabuh berdekatan Telaga harbour park, Teluk Burau, Pantai Cenang dan Underwaterworld. Seronok mmg seronok...cuma sedikit terkilan sbb sebenarnya aku nak island hopping tapi masa tak mengizinkan, huhu.

inilah dia kereta sewa yg bawak kami berjalan2 di sekitar Langkawi

dataran lang

kota mahsuri

air hangat / hot spring

underwater world

teluk burau
sekian dulu ceritera langkawi kali ni. Kemungkinan akan bersambung lagi...tgk tahap kerajinan penulis mcm mana, hehe.

Saturday, January 29, 2011

menghilangkan penat @ home sweet home

Badan penat giler balik dari Langkawi, huhuu.... touch down di airport Kuantan dah hampir pukul 11 malam, exhausted giler dah time tu. Adik ipar datang ambik kiteorg, otw blk umah mertua sempat gak lg menyinggah makan...lapor beb! perut kena jaga!! hahahaha...

Kiteorg memang tak terus balik rumah, yer la...umah mertua lebih dekat, on the way je pulak tu, takkan la nak terus balik kerteh kann...apa pulak kata si mertua nanti. Esoknya MIL ajak pegi umah datuk saudara yg sedang sakit, so pegi lah menjenguk sekejap. Petang lak g berjalan2 umah nenek dan mak saudara sebelah laki, gi bahagi2kan sedikit ole2 dari Langkawi. Byk gak la berhabis tang ole-ole ni, maklumlah keluarga besar..hehe.Sikit2 sorang pun takper lah, janji ada tanda ingatan, tak gitu?

Dah petang barulah balik Kerteh, laki dah tak larat sangat dah, pertengahan jalan tukar driver..aku lah yg kena drive sampai Kerteh. Riiindu ngan umah jangan cakaplah, hehe. Duk la bergolek2 menghilangkan kepenatan ni ha. Tak lama abg aku call, katanya ada di Kerteh dan nak menyinggah ke umah aku. Umah mmg tunggang langgang la, tak sempat nak kemas pun...bag2 dari Langkawi sumer masih bersepah kat depan rumah, hahaha....

Aku kononnya nak mulakan aktiviti laundry after abang aku dan family balik..tapiiiiiiiiiiiiii.................katil lebih ada aura berbanding mesin basuh! hahah....jawabnya, pagi ni lah baru aku wat keja men dobi. Ni tgh tggu abis laundry, nak ke umah mak aku lak. Mak aku pun mesti di beri ole2 panas dari langkawi jugak, tak nak lah dah sejuk basi baru nak bagi, kan!! hehehhe...

tunggu ye mak, jap lagi anakanda sampai! 

p/s - nasib baik aku dah apply cuti untuk esok, kalau tak...mmg melepek la di ofis, penat..penat..PENATTT!!

Sunday, January 23, 2011

Lambaian Langkawi

Hehe..tajuk tak boleh blahhh. Tp betul, Langkawi dah melambai2 tu, hehe. Aku pun excited ni nak berjalan ngan laki. Last berjalan2 adalah bulan 5 last year, masa our 1st wedding anniversary. Tu pun pergi KT saje. Laki siap kena ambik cuti 4 hari tu..nasib baik approved. Kalau tak, bawa diri je la aku ke Langkawi sana.

Ni trip kali kedua aku ke Langkawi. First trip dulu masa zaman single..masa zaman jiwa terluka, hahaha. Aku pegi ngan kawan-kawan e-kawan bloggers yang sangat sporting dan happening. Kira antara kenangan terindah la dalam hidup aku yang aku tak akan boleh lupa sampai bila-bila. Masa ni semuanya adalah first time buat aku. First time pegi Langkawi, first time vacation ngan kawan2, first time naik ferry, in fact first time jugak jumpa most of the e-kawan blogger friends yang join the trip! For me the vacation was a very memorable one! To the friends who joined the trip, I must say that I miss each and everyone of you very much. How time flies kan! After almost 4 years, esok aku akan jejak kan kaki ni lagik ke Langkawi. Tapi aku pasti, jejak je bumi Langkawi tu nanti…pasti terbayang2 semua kenangan di sana. Namun, kenangan baru pasti akan tercoret juga di situ..which akan lebih aku appreciate as this time aku ke sana bersama suami tercinta. Hohohoiiii… 
Sebenarnya trip kali ni adalah for business purpose, tapi saje aku ajak laki join sekali. Jimat cost kot..kan!! hehehe. Aku redeem my enrich miles points dan dapatlah free ticket to Langkawi, return ticket lak tu..mmg terbaikk lah!! Hehehe.

Antara pics last trip to langkawi

 Aku, Lina & PG

all of us @ jambatan gantung

all of us dalam ferry..tak mabuk tau!! ekeke


last but not least...hohohoiii....kecik skit aku time ni..skrg tade makna nak duduk mcm tu, mmg x dapek ler...huhuhu..STRESSS!!!!

Saturday, January 22, 2011

Sleeping Beauty

Mata macam sudah mau pejam, tapi ku paksa jua supaya tidak terpejam lagi. Baru pukul 9.45 kotttt...apa lah mata ku ni!! hehe.. Aku dah biasa tido awal, tu pasal la bila hampir pukul 10pm jek, mata pun mula la layu. Dulu masa zaman student, takde nye nak tido awal cenggini. Selagi belum 1,2 pagi...selagi tu la tak ngantuk, kadang2 terlajak gak sampai 3,4 pagi baru tido. Awal2 kerja dulu, aku ada masalah ngan timing tido ni. Dah terbiasa tido lewat, jadi mmg tak la nak tido awal, kan. Aku tade menda pun nak buat malam2, housemate aku geng tido awal..tinggal la aku sengsorang bersengakang mata tak tau nak buat apa. Sudahnya aku angkut pc gedabak aku zaman belajar dulu ke umah sewa. Dulu laptop mahal gile, x mampu nak beli..so, dpt beli pc gedabak tu dah seribu syukur dah. Bila ada pc kat umah sewa aku tu, baru la aku ada 'keja' skit nak buat malam2. Bukan mentenet tau...sebab masa awal2 keja dulu aku x mampu nak byr bil streamyx ni. broadband lagik laaa tak mampu kan.

Jadi, apa yg aku buat ngan pc tu? Nape beriya sgt aku angkut pc gedabak aku tu ke umah sewa aku? ahaaa...sebabnya ialah...pc aku byk games kat dalam dia. Gigih aku main game setiap malam smpai lewat malam tau...tak ingat lah berapa lama aku bertahan macam tu.. Tapi, lama2, aku perasan mata aku dah tak tahan sangat nak berjaga malam. Jadik la mcm sekarang, pukul 10pm jek aku dah ready nak masuk tido. 

Kalau siang mmg aku jarang tido. hari bekerja mmg langsung tak tido siang la. hari cuti pun sangat jarang la aku tido siang hari. Kalau tertido sekalipun, mesti tak lama..tak reti aku nak tido siang lama2. Kalau dah badan letih sangat mungkin la lena lebih skit kot.

Tido ni penting, kan. kalau terkurang tido kan bermasalah pulak. Terlebih tido pun masalah jugak, hehe. Aku kurang gemar kalau waktu tido aku terganggu. Tahun lepas, masa neighbour aku nak kawenkan anak dia..mak aiii....sabar jek aku! lama jugak la tido aku terganggu dek bunyi drill kat umah dia. Aku tak faham nape harus nak drill memalam buta, siang2 tak nak buat!! Dah la tu, start keja pukul 10 malam ko, awal2 tade lak bergerudi bagai...mmg mengganggu ketenteraman awam betul lah..haihhh....ni la boleh org cakap tak semua orang tua tu betul, tak semua lak orang muda tu tak betul. Pernah satu malam tu, bunyi drill berhenti setelah aku terdengar telefon rumah dia ringing. Aku rasa ada orang call dan mengadu kot. Tapi malam esoknya buat lagi. Berminggu jugak la aku bersabar dengan bunyi bising tu. Itu lah dia kisah orang tua yang excited nak kawenkan anaknya sampai tak hiraukan jiran tetangga! Mudah2an aku dah tua2 nanti bila nak buat kenduri kawen anak..aku akan ingat la kisah ni tuk dijadikan pedoman...semoga aku lebih prihatin pada jiran2 aku, hehe. Semoga Allah panjangkanlah umur aku...kurniakan zuriat buat aku..boleh la merasa pengalaman tu kan.

ok lah, nak mengarut ke mana2 dah aku ni. sembang bab tido jek tapi dah over the limit laks. haha. Time tido aku dah ni...aku beransur la dulu gayanya...hehe.

nitey nite~sleep tight!

Thursday, January 20, 2011

Jalan-Jalan 2011

Tahun ni macam banyak je planning jalan2...WALAUPUN dengan cuti tahunan yang sangatlah limited itu, huhuhu.Sedey giler tau cuti ciput!!! Cuti tahunan hanya 11 hari setahun mana lah nak cukup kan, tapi terpaksa la redho dan pasrah saje lah seadanya. I can do nothing regarding this issue, the only thing that I can do is just raised it up during our engagement sessions. Then it's all depend on the person in charge how to tackle it but as year passed by, TAK NAMPAK JALAN PUN. Kalau org Terengganu cakap "GELAP GAMBO" So, sabo aje lah!

Ok lah, bercerita semula pasal program jalan-jalan 2011 ni tadi. Program ni akan di kick-off seawal January ni tau. Haa…pantas kan?? Kebetulan ada User Forum bulan January ni di mana aku adalah salah seorang dari peserta forum tersebut. This forum actually is an annual program, which already being conducted since 2006 and I’ve been the loyal participant since then, hehe. Forum ni dah bawa aku ke Sutera Harbour KK lepas tu ke Park Royal Penang, followed by Sheraton Imperial Hotel KL, Le Meridien KK and this year this Forum will take place at Bayview Hotel Langkawi.

Bulan March lak ada nak penuhi undangan majlis perkahwinan kawan di Melaka. Harus pergi neh sebab masa wedding aku dulu pun kawan aku ni sanggup datang sama2 memeriahkan majlis kiteorg, hehe. Lagipun, kalau tade undangan macam ni, sesaje nak jenjalan tu susah skit la..huhu. Bulan march ni jugak ada nak ikut rombongan pengantin ke Kelantan..yang ni family trip. Kite follow saje. Dengar citer macam nak menyinggah ke Rantau Panjang…haihh…harus buat pelaburan tu kat situ nanti. Ngeh ngehhh..!

May pulak will be month of my 2nd wedding anniversary. Tade plan lagik nak pegi mana. Dalam planning samada Bukit Tinggi atau Genting. Tengok la dulu mcm mana. Dah nak masuk 2 tahun kiteorg kawen ek, rasa mcm sekejap je, rasa macam baru jek kawen semalam! Agagagagaga!!!

June dah plan untuk buat family day. Open to our family only..ni bukan tajaan company atau sewaktu dengannya. Ini adalah tajaan sendirian berhad! Gigih mengumpul dana neh..jangan tak jadik dah ler yer…hehe. Venue pun tak confirm lagi, most probably will be visiting Perak, kot!

Sebelum raya puasa plan nak gi KL untuk shopping deco2 nyer items di sana. Yang ni pun masih tertakluk pada terma dan syarat2. Hahaha…proposal tak approve lagik neh. Ada bajet lebih, ada orang nak temankan..insyaAllah jadik la! Kenapa nak kena ada org teman? Pasal…kiteorg ni kan kampongs, mana tau jenjalan di KL tu. Hehehe…

Alhamdulillah, tahun ni banyak cuti terkepit..jadi tade la risau sangat pasal cuti tahunan yg ciput tu. Kuui..kuiii


Sunday, January 16, 2011

Dari sudut hati ini..

Kalau bercakap tentang kasih sayang keluarga, hati aku mudah benar tersentuh.

Hari ni aku nak ceritakan pasal nenek dari belah ayah aku. Aku kurang rapat dengan wan (panggilan untuk nenek aku) sebab wan aku ni garang sikit orangnya. Wan dah lama tak sihat dan sejak kehilangan arwah suaminya (Tok Ayah), wan tinggal bersama anak2. Kadang2 di rumah org tua aku, kadang2 di rumah anknya yang lain pula.

Kesihatan wan sekarang makin merosot. Sekarang wan dah tak mampu walaupun hanya untuk mengengsot. Makan, pakai, mandi, menunaikan hajat semuanya perlu dibantu. Wan dah tak mampu nak urusakan diri sendiri.

Saat seperti ini lah yang menduga sedalam mana kasih sayang anak2 pada org tua mereka. Aku boleh katakan yang aku sangat kagum pada ayah dan mak aku yang sangat menjaga kebajikan wan. Walau wan sekarang tinggal bersama kakak sulung ayah aku, tapi ayah setiap hari akan pergi mandikan wan setiap pagi dan petang.

Petang semalam aku ikut mak menjenguk wan, dah kebetulan aku balik umah mak ayah weekend tu. Aku jenguk wan di biliknya. Berat badan wan dah menyusut. Kata2 wan pun dah semakin sukar nak difahami.

Hari dah petang, dah tiba masa ayah mandikan wan. Aku memerhati sahaja. Aku memerhati dari mula sehinggalah selesai ayah mandi dan siapkan wan. Ayah sempat soal aku adakah aku mampu buat apa yang dia buat apabila dia dah tua dan tak sihat macam wan satu hari nanti. Aku yakin ayah dan mak aku dengar bisikan perlahan dari aku "InsyaAllah".

Sungguh - Aku sayang mak dan ayah aku. Aku mohon Allah sentiasa limpahi rahmatNya pada kedua org tua aku atas kasih sayang mereka pada anak2 mereka dan juga atas kasih sayang mereka pada kedua org tua mereka.

Sungguh - Aku juga ingin memiliki anak, zuriat aku sendiri. Agar aku boleh limpahkan kasih sayang aku padanya kelak sepertimana kasih sayang mak dan ayah aku.

Sungguh - Aku bersyukur memiliki mak dan ayah yang penyayang. Adik beradik yang saling menghormati.

Terima Kasih Ya Allah....

Monday, January 10, 2011

Rindu baby Iyad...

Semalam adik iparku bertandang ke rumah, sempena AJL..kuikui. Adik iparku ini baru jek pindah dari Selangor ke Kuantan, so kat umah barunya di kuantan tu ASTRO tadak line lagik. Since aku kerja, so dia datang pun dah petang, bertolak dari Dungun..dari umah kak ipar kiteorg. Kire rondaan rumah ke rumah la ni...bagus tau aktiviti mcm ni, mengeratkan silaturrahim begitu kekdahnya. Maklum la..ipar duai ni relationship tu mmg perlu diusahakan. Kite pun masing2 baru kenal, baru jadik 1 keluarga kan.

So, mlm td kiteorg lepak2 je tgk ajl. Aku ni xtau la mcm mana blh sgt mengantuk dan tertidur...baru tgk 1 performance, dah kuyu mata ni ha. Aku dgr halus2 je pastu nyanyian API, Syahir, Hafiz..sayup2 jek dengar. Bila aku jaga, aku tgk adik ipar aku ngan baby pun dah tertido gak. Aku cakap ngan laki "eh, muzi pun tido gok?", terus dia tersedar. Lepas tu terus menonton sampai tamat siaran ajl tersebut.

Aku suka je adik ipar aku dtg umah, sbb ada baby!! hehe. Baby Iyad ni anak sedara aku yg ke-5. Anak sulung adik aku yg nikah lewat seminggu dari kakaknya ni ha.

Ni budak kecik tu sebelum dia tido. Geram tau kat dak ni...baikkk je!



sekejap jek dpt main ngan budak kecik ni...x puasss!!! ni yg nak beranak gak ni. Tapi..xder rezeki lg, nak wat cemano. Sabarrrrrr!!!! huhuhuhu.

Apa aku nak citer ni sebenarnya ek? hahahaha...ntah pape la aku ni. Mata dah ngantuk mcm ni la...membebel ikut suka je..huhu.

windu baby Iyadddd!!! huhu.

Friday, January 07, 2011

penyelesaian masalah yg seterusnya ialah...

previous entry dah citer selesainya beberapa masalah..hari ni nak citer lagi beberapa masalah sudah diselesaikan. sungguh lega hati perut ni setelah semua dpt diselesaikan. hari ni, pagi2 lagik dah pegi kuantan, walaupun dengan cuaca yg masih hujan renyai2 tu. huhuhuhu...sekarang sangat sejuk tau kat sini.

sampai kuantan agak lewat pasal keta hujan2 ni xleh la nk bawak laju2..jln lubang sana sini, ada lopak2 air lagik..so kena berhemah dah berhati2 di jalan raya. so, sesampai di kuantan td terus ke macinda auto wat urusan pembayaran down payment, pastu terus ke maybank utk sign agreement hutang selama 9 tahun, huhuhu....lama tu 9 tahun tanggung hutang! apa boleh buat...xder hutang, x sah!! nguuu.. InsyaAllah my new car will be arrive next week. Alhamdulillah...dah lama tunggu! hehe

seterusnya, kiteorg menuju ke airport utk urusan penebusan flight ticket to langkawi. hujung bulan ni aku akan attend satu forum kat langkawi. disebabkan aku nak laki ikut sekali, aku guna la segala enrich miles yg aku ada utk buat penebusan tiket. Alhamdulillah...points yg aku ada cukup utk wat penebusan tiket pergi balik kuantan-kl-langkawi-kl-kuantan. tiket aku dah sah2 lah ditaja company, hehe.

cakap pasal langkawi, sebenarnya sangat banyak kenangan di sana. kalau nak diceritakan kat sini harus jadi panjang berjela2. dulu2, aku ada coretkan kenangan tu dlm blog lama aku di ekawan. tp blog tu dah lama berkubur dan mostly entries kat dalam tu aku dah delete. aku cant remember why aku delete entry2 lama tu semua. yg pasti masa aku ber blog di ekawan tu, aku tgh jiwa kacau...jadi mebi entry2 aku tu sgt beremosi kot...tu pasal aku delete. agaknya la..aku tul2 x igt dah.

nanti lah bila ada masa yg sesuai skit aku nak bercerita pasal kenangan kat langkawi bersama kawan2 mengong ekawan dulu, hikhik.

Thursday, January 06, 2011

money money money....

Masalah 1 dah selesai hari selasa lepas iaitu menterminate celcom broadband line dan mengcancelkan insuran kereta di maybank. Alhamdulillah, hari ni selesai lak masalah 2 iaitu urusan pengeluaran duit dan pembayaran. Wat kuar duit kat few banks (aku ni duit saving merata2, kes xnak terambik/terguna duit saving nyer pasal) pastu terus wat urusan pembayaran. Duit blh nampak sekelip mata je, pastu dah jadi milik org lain dah...haihhh...duit...duittt...!!

Tp lega la dah selesai segala urusan. Esok kena menuju ke kuantan untuk urusan cop mohor pulak. Di samping tu, aku ke kuantan esok jugak utk urusan penebusan flight tiket, bab ni nanti la lain entry blh cerita. Yang penting...sgt suka bab tebus menebus ni sbb x pakai duit....ekekeke.

Ok, bercakap pasal duit. Korang pernah dengar atau pernah ada pengalaman main kutu tak? korang tau tak main kutu tu apa? bukan kutu rayau atau kutu haiwan tau..ni kutu duit. kat opis aku ni, ada la buat main kutu ni. aku pernah join dulu masa nak kawen (thn 2009) pastu thn lepas aku stop. tahun ni aku start balik main kutu ngan kengkawan opis ni. dah ramai yg join, dah jadi 2 grup. sebulan akan ada 1 kepala dari each grup yg akan dapat duit kutu tu. giliran ni ditentukan oleh undian.

giliran aku adalah pd bulan ni. so, pembayaran kutu start dibuat selepas masing2 menerima duit gaji mereka. Mcm utk giliran aku ni, pembayaran sepatutnya dibuat paling lewat pada 30.12.2010 baru2 ni. Penyerahan duit kutu lak akan dibuat pada hari isnin lepas sepatutnya, tp disebabkan ada yg terlewat membayar...jadik lmbat la duit tu diserahkan pd aku.

Dan sepatutnya hari ni dah jadi hari plh lmbat utk aku terima duit kutu tu, dan masih ada 2 org yg x byr lagi. yg sorang cuti..dan initially dah say sorry kat aku pasal katanya bajet terlari bulan ni pasal anak2 masuk sekolah. Yg lagi sorang lak...katanya akan bg hari ahad nanti. yg ni giliran last month pun dia lewat byr gak, penerima kutu last month dah cerita kat aku before ni pasal dia lewat byr.

Aku pun menunggu sahajalah. Takkan nak paksa2 lak kan. Tapi bagi aku, benda berkaitan duit ni x elok diperlambatkan mcm ni. Kite dah commit utk main kutu, utk byr seawal setelah dpt gaji, x boleh la dilewat2kan. kesian kat org. kalau sekali dgn alasan yg munasabah org tentu blh terima, tp kalau last month lewat, this month lewat...tu nak kire cemano??

Sepatutnya bila kite dah agree utk join, kite haruslah allocate siang2 duit kutu tu, xder la nanti terguna atau apa2 ter sekalipun lah. Yg penting kena igt...itu adalah duit org yg ada pada kite.

Haihh..entah la, manusia ni kan berbagai ragam.

Tuesday, January 04, 2011

Nasib pekerja kaunter

Seandainya diberi peluang untuk memilih kerja yg sesuai ngan diri, rasanya bekerja di kaunter adalah pilihan terakhir yg akan aku buat. Aku tak cukup kesabaran dan ketabahan hati rasanya nak bekerja di kaunter..be it apa2 kaunter sekalipun.

Kenapa aku x sanggup kerja kat kaunter? selain sikap sabar yg kurang menebal dalam diri, aku jugak adalah jenis manusia yg sensitif dan moody...sungguh tidak sesuai dengan sikap seorang pekerja kaunter.

Pagi ni, aku ke cawangan celcom kemaman sbb nak buat termination line broadband. Since last 2 weeks, aku dah start pakai streamyx kat umah so aku rasa dah tade keperluan utk aku terus subscribe celcom broadband tersebut.

Pakej yg aku subscribe masa register celcom broadband ni dulu adalah di caj pada kadar RM68 sebulan, tp lately ni dah jadik RM70 sebulan. RM2 penambahan untuk billing/statement caj. Jadi bg aku adalah membazir utk spend RM70/month sedangkan pd masa sama aku dah ada streamyx kat umah. Reason aku register streamyx adalahhhh.....line celcom kat umah aku sgt slow kalah si sipuuuuutttttttt!!! sabar je aku selama ni ngan line yg slow itu. Aku bertahan pun pasal aku blh guna broadband tu kat opis, pasal kat opis line nya adalah laju tahap superb!! huhu

Ok, berbalik pada pekerja kaunter. Tadi masa aku gi terminate line celcom tu, masa duk ngadap ngan budak kaunter tu...masa tu pagi2 hari tau, aku mungkin customer kedua, ketiga atau boleh jadi 1st customer kot! Budak tu tnya aku, "akak, nape nak terminate ni?" aku cakap "akak dah pakai streamyx skrg dik". Pastu dia cakap "rugi ni akak terminate ni, ni pakej lama..skrg pakej ni dah kena caj RM100 sebulan" Aku reply "takper lah, kalau guna pun rugi gak akak nak byr 2 bil, celcom lg, streamyx lagi" bla blaaa blaaa....sampaila aku start rasa meluat. Dah aku cakap aku nak terminate jgn la byk soal. Siap ckp aku rugi la apa la, pastu siap suggest aku tnya dulu kot2 ada sedara mara yg nak pakai line tu, bagi la dorang pakai, suruh diaorg byr la bulan-bulan. Aku like...."apa kes la budak ni????"

last2 aku bagi gak sedas, "xper la dikkalau rugi pun, selama ni akak dah lama rugi jugak pasal broadband ni slowwwwwwwwwwwwwwwww gilerrr time akak guna kat umah, x kire siang malam. kalau kat opis ok pulak walhal satu kawasan jek umah ngan ofis akak. Adik kabo je brp lg kak kena byr, kak nok masuk opis pulak ni..abis byr ni adik terminate la ek"

Tp, bila aku cuba letakkan diri aku dlm situasi budak kaunter tu, aku mesti gerammmm jek kalo customer wat camtu kat aku, huhu. Respek la kat budak tu pasal muka dia x nampak boring pun ngan aku, aku je yg boring ngan dia...huhu.

note: adik ipar aku ada sorang kerja kat kaunter saman, x dpt bygkan ketabahan dia melayan customer. Hehe.

Monday, January 03, 2011

Important to do survey before buying any goods

Percayalah..memang penting survey dulu harga barang yg kite nak beli sebelum membeli, lebih2 lagi kalau barangan yang nak dibeli tu adalah expensive. Kisahnya semalam aku dan laki meronda2 bandar dungun untuk membeli sebuah LCD TV. Laki mmg sangat berminat utk memiliki brand TOSHIBA. Aku lak lebih kepada brand apa yg aku x prefer..aku x prefer LG & SAMSUNG. Tak tau la naper..tapi kalau 2 brand ni aku x nak beli.

Bajet aku adalah 2k sahaja. Nak carik LCD TV 40" dgn bajet 2k tu aku rasa mcm payah kot. Sbb so far duk survey harga tu dpt utk plasma TV saje. LCD TV mostly above 2k. Selepas menyinggah beberapa kedai, kiteorg akhirnya singgah di sebuah electric store yg dah pernah kiteorg pegi dulu masa carik fridge n washing machine. Bila tgk display LCD, aku rasa aku setuju ngan laki utk membeli TOSHIBA REGZA. Gambar sgt cantik lah compare to yg lain2. Ni pada mata kiteorg laki bini la..pd mata org lain aku xtau la kan.

Sembang punya sembang ngan tokei kedai, dia blh bg setakat 2300 with few free gifts. Aku pun mengajak laki beredar. Carik kat kedai lain lak. Kiteorg pun masuk Seng Heng. Ada SHARP AQUOS kaler putih yg sangat santek, price 2199. TOSHIBA xder display, stok pun tade, kalo nak kena order. Bila tnya price, kata adik salesgirl tu harga member Seng Heng adalah RM1999 utk toshiba regza 40" model yg sama yg kedai sebelum tu bg RM2300. Byk tu beza, byk leh jimat. Jadi, sesungguhnya survey lah duru sebelum membeli...hehehe. (pesanan penaja neh)

Aku pun apa lagi, 1999 dah mmg within bajet aku dah tu, LCD pilihan hati lak tu. Tanpa berlengah terus renew membership RM12. Tak sabar nak tggu tv mcm kat bawah ni smpai ke teratak kiteorg ari rabu ni, hehe. Tak sabar jugak nak deco ruang menonton...hihihii. EXCITED!!

Saturday, January 01, 2011

Semangat 2011

2010 dah sehari meninggalkan kite semua. Tahun baru biasanya sgt sinonim dengan azam. Semua org sibuk bercerita tentang azam baru masing2. Sama la ngan aku jugak..hehe, x nak kalah tau!!

Azam aku tahun ni nak meminimumkan expenses, sebab ada byk wishlist berbentuk material yg nak dicapai tahun ni, insyaAllah. Antara material yg aku idam2kan tercapai tahun ni adalah LCD TV 42" beserta meja hiasannya seperti ini contohnya yermeja makan marble seperti di bawah ini

dan aku juga berniat nak expand rumah sikit lg rumah kecik kami laki bini tu, huhu.

Mcm mana aku nak meminimakan perbelanjaan tu tak tau la mcm mana...income kami suami mcm takde pertambahan je, income aku lak x pasti lagi. kalau ada increment ALHAMDULILLAH.

Antara yg terfikir di benak fikiran ni adalah....aku nak lebih rajin memasak tahun ni. Tang makan ni mmg byk jugak duit dibelanjakan, jadi kalau rajin masak dan selalu mkn kat umah mungkin akan memakbulkan niat nak berjimat tadi, hehe.

Ok, cakap pasal masak, hari ni ada aku masakkan puding roti karamel. cubaan kali pertama ni, huhu. sekali masak dua kali terus hari ni..ekeke, semangat punya pasal.

ni 1st attemp. karamel terlebih masak..hangus lain mcm jek, rasa pun jadik pahit, huhuhu.


yg ni pulak 2nd attemp. haaa...baru la semenggah sikit. hehe. rasa pun sodapppp!!!!

SEMOGA TERTUNAI LAH AZAM 2011 YG MULIA INI, hehehehe.

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com