Thursday, January 06, 2011

money money money....

Masalah 1 dah selesai hari selasa lepas iaitu menterminate celcom broadband line dan mengcancelkan insuran kereta di maybank. Alhamdulillah, hari ni selesai lak masalah 2 iaitu urusan pengeluaran duit dan pembayaran. Wat kuar duit kat few banks (aku ni duit saving merata2, kes xnak terambik/terguna duit saving nyer pasal) pastu terus wat urusan pembayaran. Duit blh nampak sekelip mata je, pastu dah jadi milik org lain dah...haihhh...duit...duittt...!!

Tp lega la dah selesai segala urusan. Esok kena menuju ke kuantan untuk urusan cop mohor pulak. Di samping tu, aku ke kuantan esok jugak utk urusan penebusan flight tiket, bab ni nanti la lain entry blh cerita. Yang penting...sgt suka bab tebus menebus ni sbb x pakai duit....ekekeke.

Ok, bercakap pasal duit. Korang pernah dengar atau pernah ada pengalaman main kutu tak? korang tau tak main kutu tu apa? bukan kutu rayau atau kutu haiwan tau..ni kutu duit. kat opis aku ni, ada la buat main kutu ni. aku pernah join dulu masa nak kawen (thn 2009) pastu thn lepas aku stop. tahun ni aku start balik main kutu ngan kengkawan opis ni. dah ramai yg join, dah jadi 2 grup. sebulan akan ada 1 kepala dari each grup yg akan dapat duit kutu tu. giliran ni ditentukan oleh undian.

giliran aku adalah pd bulan ni. so, pembayaran kutu start dibuat selepas masing2 menerima duit gaji mereka. Mcm utk giliran aku ni, pembayaran sepatutnya dibuat paling lewat pada 30.12.2010 baru2 ni. Penyerahan duit kutu lak akan dibuat pada hari isnin lepas sepatutnya, tp disebabkan ada yg terlewat membayar...jadik lmbat la duit tu diserahkan pd aku.

Dan sepatutnya hari ni dah jadi hari plh lmbat utk aku terima duit kutu tu, dan masih ada 2 org yg x byr lagi. yg sorang cuti..dan initially dah say sorry kat aku pasal katanya bajet terlari bulan ni pasal anak2 masuk sekolah. Yg lagi sorang lak...katanya akan bg hari ahad nanti. yg ni giliran last month pun dia lewat byr gak, penerima kutu last month dah cerita kat aku before ni pasal dia lewat byr.

Aku pun menunggu sahajalah. Takkan nak paksa2 lak kan. Tapi bagi aku, benda berkaitan duit ni x elok diperlambatkan mcm ni. Kite dah commit utk main kutu, utk byr seawal setelah dpt gaji, x boleh la dilewat2kan. kesian kat org. kalau sekali dgn alasan yg munasabah org tentu blh terima, tp kalau last month lewat, this month lewat...tu nak kire cemano??

Sepatutnya bila kite dah agree utk join, kite haruslah allocate siang2 duit kutu tu, xder la nanti terguna atau apa2 ter sekalipun lah. Yg penting kena igt...itu adalah duit org yg ada pada kite.

Haihh..entah la, manusia ni kan berbagai ragam.

3 comments:

Juli.Zakaria said...

ni la kalo bahagian dapt duit laju, bahagian bayo betak, susah main ngn org gini

Achiq said...

Orang Kaya Baru...
kita main kutu atas pala jer...

mrs redzuan said...

jue - nok wat gane, style masing2. huhu..
kakzai - kaya semeta jah, abis lenyap doh pitis tinggal habuk! hahaha

Popular Posts

 
Copyright 2009 aku, dia dan kehidupan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com